🥀Bab Tujuh Puluh Sembilan•°
"Saya keluar dulu,bye.Jumpa esok" kataku lalu membuka pintu kereta.Namun baru sahaja aku hendak berdiri tiba-tiba lenganku dipegang.Aku toleh ke arah Taehyung semula.
"Tunggu sekejap,ada hal saya nak cakap" kata Taehyung.Aku kerutkan dahi.Pintu kereta aku tutup semula.
"Hal apa?" Soal aku,hairan.
"Saya lupa nak cakap.Hujung minggu ni mama ajak makan tengahari dekat rumah sekali dengan makan malam.Jadi,seharian itu sayang akan berada di rumah saya.Suka tak?" Soal Taehyung sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.
"Kenapa nak suka pula?" Soal aku.Sengaja nak bermain tarik tali dengan dia.
Taehyung mencebik.
"Kan seharian sayang akan berada dekat rumah saya.So maknanya bolehlah kita berkepit sampai ke malam"
"Eh eh siapa yang nak berkepit dengan awak? Ada saya cakap saya akan berkepit dengan awak? Waktu-waktu macam tu lah elok kalau saya berkepit dengan mama dan papa.Ambil hati diorang.Yalah,saya ni kan bakal menantu diorang" kataku.Aku dah nak ketawa bila tengok perubahan pada muka Taehyung.Masam mencuka seperti lemon.Panjang cebikannya.Dah macam mulut itik😂.
"Alah..sayang ni"
"Saya gurau jelah" aku ketawa kecil."Oklah,saya keluar dulu" sambungku lagi.
"Nanti jangan lupa ajak sekali Hoseok hyung dengan Daelia.Mama cakap lagi ramai lagi meriah" pesan Taehyung.Aku anggukan kepala.
"Baiklah..jumpa esok" pintu kereta aku buka semula lalu aku keluar dari perut kereta.
"Selamat malam sayang" ucap Taehyung.
"Selamat malam.Drive hati-hati" balasku sambil tersenyum lalu pintu kereta itu aku tutup semula.Sempat Taehyung tersenyum dan melambaikan tangan ke arah aku sebelum keretanya bergerak pergi.Setelah bayangan kereta Taehyung tidak kelihatan lagi barulah aku melangkah masuk ke dalam rumah.
××××
Ddum! Ddum! Ddum!
Bunyikan ketukan pintu bertalu-talu itu kedengaran tanpa henti.Semakin lama semakin deras dan kuat.Hampir-hampir sahaja pintu rumah itu hendak roboh gara-gara diketuk dan ditendang dengan kaki.Sudah hampir setengah jam berlalu namun Yoongi langsung tidak membukakan pintu.Entah ada orang atau tidak,Jungkook pun tak pasti.Apa yang dia tahu,dia mahu berjumpa dengan Yoongi segera.
"Woi Yoongi! Kau keluar sekarang! Aku tahu kau tipu aku! Kau tahu Yura ada dekat mana kan!" Teriak Jungkook dari luar pintu rumah Yoongi itu.Bertalu-talu pintu diketuk.Jiran-jiran yang berada disebelah kiri dan kanan langsung tidak dihiraukannya.
"Woi!!! Keluar!!" Teriak Jungkook lagi.Termengah-mengah dia menarik nafas.Penat agaknya bertumbuk dengan pintu rumah Yoongi.Sejak petang tadi sehinggalah ke malam dia berada di situ.Namun sehingga sekarang Yoongi tidak keluar-keluar.Pengecut betul!
"Nak..anak cari anak Yoongi yer?" Tiba-tiba satu suara datang menyapa.Jungkook terkejut.Dia menoleh ke belakang.Seorang nenek tua yang sedang bertongkat kelihatan berdiri tidak jauh darinya.Terketar-ketar lutut nenek itu apabila dia berjalan.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...