🥀Bab Enam Puluh Lima•°
Aku duduk di birai katil sambil mengeringkan rambut yang basah menggunakan hairdrayer.Seketika kemudian,tanganku berhenti secara tiba-tiba.Satu keluhan yang panjang meniti keluar dari dua ulas bibirku secara spontan.
Aku pejamkan mata dengan serapat-rapatnya.Hairdrayer yang masih terpasang itu aku biarkan.Seketika kemudian barulah aku bukakan mata semula dan menutup suis hairdrayer itu.
Berkali-kali aku lepaskan keluhan.Kolam mataku tiba-tiba sahaja terasa hangat dan panas.Mataku mula berkaca dan nampak kabur.Perlahan-lahan air mataku luruh.Bercucuran membasahi kedua belah pipiku.
"Ah kenapa pula aku menangis?" Soalku sendiri sambil menyapu air mata dengan telapak tangan.Namun air mataku tetap tidak mahu berhenti.Semakin kuat ia mengalir.
"Kenapa aku masih mahu menangis untuk lelaki tak guna tu? Lupakan dia,Yura! Lupakan lelaki tak guna tu!.Untuk apa kau menangis lagi? Kau kena kuat.Sudah tiga bulan kau berada di sini,takkan kau masih tak boleh lupakan dia!?" Monolog aku sendiri.Memberi semangat kepada diri sendiri supaya sentiasa kuat dan tabah.Buang segala rasa sakit itu jauh-jauh.Buat apa lagi aku nak ingatkan pada kisah silam yang menyakitkan itu?
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu kedengaran.Aku menoleh memandang pintu.Air mata yang mengalir aku lap berkali-kali sehingga tiada.
"Masuklah" teriaku lalu pintu itu terus terkuak.Hoseok tersenyum lalu melangkah masuk mendekati aku.
"Sorry lambat.Yura keringkan rambut tadi" jawapku tanpa sempat Hoseok bertanya dahulu.
"Keringkan rambut atau menangis teringat dia?" Kata Hoseok tiba-tiba.Aku tersentak.Lama aku diam,tiba-tiba bahuku terasa disentuh dan diusap dari sebelah.
"Oppa tahu.Yura masih tak boleh lupakan dia kan? Setiap malam oppa nampak Yura menangis.Cuma oppa sengaja diamkan diri.Oppa tak marahkan Yura.Memang sukar untuk kita lupakan orang yang kita sayang.Oppa faham sangat-sangat bagaimana sakitnya yang Yura rasa.Tapi,oppa yakin.Suatu hari nanti Yura mampu lupakan dia juga.Yura boleh.Oppa tahu adik oppa kuat.Cuma Yura perlukan masa sahaja.Jangan terlalu memaksa diri.Perlahan-lahan lupakan dia.Oppa pasti,Yura boleh" kata abangku panjang lebar sambil mengusap bahuku.Aku mengangguk dan tersenyum.Tubuh Hoseok segera aku rangkul dengan erat.
"Maafkan Yura,oppa.Yura masih tak boleh lupakan dia.Tapi Yura janji,Yura akan berjaya lupakan dia juga.Suatu hari nanti.." Air mataku kembali hangat mengalir.Hoseok mengusap belakang tubuhku dengan perlahan.
"Baiklah,oppa tuntut janji Yura" balas abangku.Aku tersenyum dan ketawa kecil.
"Baiklah.Wait and see" Hoseok juga ketawa.
"Sudahlah,jom turun makan.Oppa lapar ni" rungut Hoseok.Aku lepaskan pelukan.Hoseok yang sedang muncungkan bibir,aku pandang sambil ketawa.Alahai,kesian.
"Alah alah,lapar ya?.Yelah jom turun.Yura pun lapar ni"
××××
"Tuan Kim pandang apa tu sampai tak berkelip mata" usik Daelia apabila dia melihat lelaki itu ralit memandang ke arah dapur.
"Daelia,itu siapa? Pekerja baru ke?" Soal lelaki yang diberi gelaran Tuan Kim itu.Daelia mengerutkan dahi.Tiba-tiba sahaja soalan itu meluncur keluar.
Daelia turut memandang ke arah belakang.Mencari titik fokus pandangan lelaki itu.Seketika kemudian bibirnya tersenyum.Patutlah mata tak berkelip,tengah pandang Yura rupanya.
"Ouh itu.haah pekerja baru.Nama dia Jung Yura.Baru je masuk semalam.Yura tu kawan baik saya.Kenapa? Tuan Kim berkenan ke?" Soal Daelia sambil menaikkan keningnya berkali-kali.Bibirnya turut tersenyum nakal.
Tuan Kim sekadar tersenyum.Senyuman yang penuh makna.Senyuman yang hanya dia seorang sahaja tahu apa maksud disebaliknya.Matanya juga masih tidak lepas memandang Yura yang sedang sibuk membuat coffee untuk pelanggan di dapur.Setiap gerakan dan lenggok Yura diperhatikan sambil tersenyum gembira.Daelia yang berada di kaunter itu hanya mampu menggeleng kepala.Nampaknya ada orang sedang dilamun cinta!.Kata orang,cinta pandang pertama❤️
××××
"Daelia" gamit aku.Daelia yang sibuk mengelap meja kaunter segera mendekati aku.
"Kenapa?" Soal Daelia.
"Kenapa dengan lelaki tu? Asyik pandang aku aje.Aku rasa tak selesa lah" adu aku.Sesekali aku melirik ke arah lelaki itu,dia sedang memandang aku sambil tersenyum.
Daelia mencari kelibat lelaki yang dimaksudkan oleh aku.Kepalanya terjenguk-jenguk mencari gerangan itu.
"Lelaki berambut biru tu.Yang duduk dekat tingkap tu" kataku apabila melihat Daelia masih tercari-cari.Mendengar jawapan aku,dia segera melihat ke arah tingkap.Seorang lelaki yang lengkap berpakaian t-shirt dan seluar jeans sedang duduk bersandar itu sedang menatap aku dari jauh.Bibirnya asyik tersenyum.Hampir berjam-jam juga dia dalam posisi begitu sehingga membuatkan aku tidak selesa.
"Ouh,Tuan Kim rupanya.Aku ingat siapa lah tadi.Aku pun perasan juga.Kau nak tahu,sejak pagi tadi lagi dia tenung kau.Masa tu kau dekat dapur.Mata dia tak berkelip bila tengok kau.Kemana kau pergi,matanya bergerak sama" jelas Daelia membuatkan aku agak terkejut.Patutlah rasa macam diperhatikan seseorang.Rupa-rupanya lelaki berambut biru itu yang memandang aku.Eh kejap,sejak pagi tadi? Maknanya dah lama lah dia tenung aku? Tadi masa aku dekat dapur,aku tengok jam pukul 10.Sekarang ni pukul 11:30.Jangan cakap dia tenung aku sejak aku masuk kerja pagi tadi sampai sekarang.
"Kenapa dengan dia tu? Aku tak selesa lah.Rasa seram pun ada.Macam orang tak betul sahaja aku tengok dia.Tengok orang lama-lama lepastu senyum sorang-sorang.Apa tu?😲" Keluh aku sambil mengusap leher.Meremang bulu roma aku rasa.
"Kau nak tahu?.Tuan Kim tu memang tak betul.Dia sebenarnya gila" kata Daelia separuh berbisik.Aku kaget.gi.. gila?
"Gi..gila?" Soal aku dengan nada suara tersekat-sekat.
"Haah.Dia gila.Gila dengan kau" jawap Daelia lalu ketawa dihujung katanya.Terbahak-bahak Daelia ketawa.Aku ketap gigi,geram.
"Ish kau ni.Aku tampar kang" marah aku.
"Alah alah janganlah marah.Aku cuma cakap apa yang betul.Tengoklah Tuan Kim tu.Sejak pagi tadi tenung kau lepastu tersenyum-senyum.Apa maksud tu kalau bukan dia sudah jatuh cinta pada kau?" Soal Daelia sambil menaikkan kening dan tersenyum nakal.Aku diam sejenak.
"Cin.. cintakan aku?" Pantas Daelia mengangguk.
"Mengarut lah.Aku tak kenal dia.Dia pun tak kenal aku.Macam mana dia boleh jatuh cinta dekat aku pula?"
"Apa yang tak boleh? Boleh jelah.Tak kiralah kau orang berdua kenal atau tak.Melalui pandangan pertama itulah yang boleh membuatkan seseorang jatuh cinta.Kata orang cinta pandang pertama" ujar Daelia.Aku hanya diam.Sesekali aku melihat ke arah lelaki itu.Ya,dia masih leka memandang aku.Bibirnya juga tidak berhenti tersenyum.
Kejap..
Dia tak penat ke nak senyum berjam-jam begitu?🤔😅
°•Bersambung🥀•°
______________________________
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...