🥀Bab Tujuh Puluh Tujuh•°
Dua tahun kemudian
Seoul,Korea
Dua tahun sudah berlalu.Terlalu banyak perubahan pada diri Jungkook.Dia semakin kurus.Semakin kuat menangis.Suka termenung dan sudah tidak menguruskan dirinya sendiri.Dibiarkan dirinya seperti mayat hidup.Setiap hari hidupnya dijalani dengan hanya menatap gambar Yura.Setiap kali dia merenung gambar Yura pasti air matanya akan menitis.Rindunya pada perempuan itu.Rindu sangat-sangat.Terasa bagaikan hendak mati dia rasakan setiap kali dia merindui Yura,bekas isterinya.
Segala perbuatan dan layanan yang diberi pada Yura dulu mula menghantui hidupnya.Dia rasa menyesal dan bersalah sangat-sangat.Dia mahu minta maaf.Dia mahu tebus semula kesalahan itu.Dia sedar,dia patut dihukum dan tidak layak dimaafkan.Terlalu kejam yang dia lakukan terhadap Yura dulu.Namun dia sanggup lakukan apa sahaja hanya untuk menuntut kemaafan dari Yura.Bersujud di kaki Yura pun dia sanggup.
Suami jenis apakah dia ini? Sanggup memperlakukan isteri sendiri sebegitu rupa.Dipukul,dimaki dan dihina tanpa belas kasihan.Malah dia lebih percayakan orang lain berbanding daripada isteri sendiri.Setiap kali dia marah pasti tubuh Yura yang akan menjadi mangsa.Pernah sekali dia memukul Yura dengan tali pinggang hanya kerana Yura tidak sengaja menumpahkan minuman pada kertas kerjanya.Kasihan Yura,dipukul dengan kuat.Puas Yura meraung minta dihentikan namun Jungkook tidak endahkan.Malah semakin kuat dia melibas tali pinggang itu pada kaki Yura.Habis berbirat dan lebam kaki Yura.Sehingga kini parut itu masih kekal ada.Kejamnya kau,Jeon Jungkook.Fikirlah..layak ke kau dimaafkan?
"Sayang..maafkan saya.Saya menyesal sangat-sangat.Baliklah sayang.Saya rindu sangat-sangat dekat sayang" rintih Jungkook lalu bingkai gambar Yura dipeluk erat sambil menitiskan air mata.Kini dia berada di dalam bilik.Dalam keadaan gelap tanpa sebarang cahaya lampu mahupun matahari.Langsir biliknya ditutup rapat.Langsung tidak dibuka.
"Mana sayang pergi? Tak rindu dekat oppa ke? Oppa rindu sangat-sangat dekat sayang.Kalau boleh oppa nak peluk Yura sekuat-kuatnya.Sayang.. baliklah"
Semakin deras air matanya mengalir.Selama dua tahun ini,tidak putus-putus usaha Jungkook mencari Yura.Setiap tempat di Korea ini dicarinya namun kelibat Yura langsung tidak kelihatan.Entah kemana Yura pergi.Dia sudah buntu hendak mencari Yura dimana lagi.Tanya Yoongi,jawapannya tetap sama dengan dua tahun lalu.
"Aku tak tahu Yura dekat mana.Aku dah lama tak contact dia.Tempat tinggal dia pun aku tak tahu" itulah jawapan Yoongi setiap kali Jungkook datang bertanya padanya.
Dua tahun Yura pergi.Dua tahun juga dia hidup merana.Mana lagi dia nak cari Yura? Luar negara? Tapi dekat mana? Negara yang mana satu yang menjadi pilihan Yura? Dia tak pasti.Pernah dia terbang ke London,paris dan Jerman.Merata dia cari Yura tapi tetap tidak jumpa.
"Sayang.. baliklah..jebal"
××××
Perth,Australia
Aku tersentak saat dua tangan memeluk erat pinggangku dari belakang.Rapat.Sehinggakan aku dapat rasa bentuk tubuhnya yang sasa itu menyentuh badanku.Terus tangan aku yang sedang mengacau coffee di dalam mug berhenti.
"Sayang buat apa tu?" Soalnya sambil menongkatkan dagu di atas bahuku.Terasa deruan nafas hangatnya menyapa leher dan telingaku.
"Tae,apa ni.Janganlah nanti orang nampak lah" kataku risau lalu menolak tangan Taehyung ke bawah.Sesekali aku menjenguk ke muka pintu pantri.Risau juga kalau tiba-tiba ada staf masuk ke sini.Malu lah aku nanti kalau ada sesiapa yang nampak.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...