🥀Bab Sembilan Belas•°
Aku masuk dalam bilik lalu duduk di birai katil,melihat Jungkook yang sibuk menyelerakan fail-fail kerjanya di atas katil.Fokus betul dia buat kerja.
"Banyak lagi ke?" Soal aku.Dia angkat kepala daripada terus memandang skrin laptop.
"Sayang dah ngantuk ke?" Soalan dibalas soalan.Aku gelengkan kepala namun pada saat itu jugalah aku ternguap.
"Kata tak ngantuk" sindir Jungkook.Aku tersengih.
"Meh duduk sini" Fail-fail yang bertaburan di tempat tidur aku disimpan lalu diletak ke tepi.Tilam katil itu dihempuk perlahan memanggil aku supaya duduk disebelahnya.
Aku naik ke tempat tidur.Sandarkan tubuh pada bantal sambil melihat dia menaip keyboard laptop.
"Dahlah tu,simpan.Esok sambung lagi.Jomlah tidur.Dah malam ni" rungut aku.
"Sekejap sayang,sikit lagi.Takpelah awak tidur dulu" ujar Jungkook tanpa memandang ke wajah aku.Tangannya ligat menekan keyboard laptop itu.Macam ni lah suami aku,sibuk betul.Sampai dekat rumah pun nak bawa kertas kerja tu.Padahal dia CEO syarikat.Tapi rupa dah macam pekerja pula.
Aku mengeluh kecil lalu tubuh ku baringkan ke katil, duduk membelakangi dengannya.Tidak lama selepas itu aku dengar dia sedang menyimpan fail-fail dan laptop.Kamudian lampu bilik ditutup.
Aku pejamkan mata.Selimut aku tarik sehingga paras bahu.Tapi tiba-tiba pula selimut aku ditarik dia dan tubuhnya diselimut bersama aku.Dia rapatkan tubuhnya pada tubuh aku.Pinggang aku dipeluk erat.Aku biarkan dia.Buat-buat tidur dan tak dengar apa yang dia cakap.
"Dah tidur ke?" Soal Jungkook.Aku diam.
"Haih cepatnya lena" kata Jungkook lagi.Aku masih diam.
"Sayang" aku diam.
"Yura" aku diam lagi.Hah padan muka.Tadi dia tak layan aku kan,sekarang aku pula yang tak layan dia.
"Tidur ke merajuk ni hurm?" Soal Jungkook.Semakin kuat dia memeluk aku.
"I'm sorry.Saya tak sepatutnya bawa kerja-kerja tu dekat rumah.Banyak yang perlu saya siapkan.Thats why saya bawa balik" kata Jungkook.Dan akhirnya aku bersuara juga.
"Awak kan CEO.Kenapa tak suruh je pekerja lain yang siapkan.Jimin ke,Hoseok ke? Diorang kan ada" Ujar aku.
"Sayang,walaupun CEO syarikat pun tak bermakna saya tak perlu bekerja.Awak pun tahu kan saya macam mana.Saya tak suka duduk goyang kaki je.Kalau macam tu baik saya tak payah jadi CEO.Letak jawatan dan duduk sahaja di rumah" kata Jungkook.Aku mencebik.Ada je alasan dia.Memang tak salah dia nak bawa kerja dekat rumah cuma aku terasa terabai je.Yelah sejak pagi sampailah malam tak berhenti buat kerja.Macam aku ni tak wujud dalam rumah ni.Macam mana aku tak meroyan.
"Yelah.Sorry" ucap aku.Ingat ke dia cuti hari ni boleh luangkan masa bersama.Rupanya tak.Kerja juga.Cuma tempat sahaja yang berbeza.Baik pergi pejabat je kalau macam tu.
"No,sayang.Saya yang sepatutnya minta maaf.Saya abaikan awak.Saya tak layan awak.Saya sibuk sangat dengan kerja tu.Mianhae" Kata Jungkook.Aku pusingkan tubuh menghadap dia.Pipinya aku sentuh.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...