°•fOrGiVe Me•° |91🥀

16 3 0
                                    

🥀Bab Sembilan Puluh Satu•°

Yoongi menjerit kuat di luar rumah sewa itu sambil menggenggam tangan dengan erat.Berkerut-kerut wajahnya menahan marah.Sesekali genggaman tangan yang membentuk penumbuk kosong itu dihentak kuat ke atas permukaan kereta,marah.

"Mana kau pergi Jungkook!" Teriak Yoongi seorang diri.Puas dia mencari Jungkook di serata tempat namun tidak dijumpai juga.Dekat kafe tempat dia berjumpa dengan Yura tadi pun dicari juga tapi malangnya bayangan Jungkook langsung tidak kelihatan di sana.Entah kemana lelaki itu menghilang.Geram betul dia dengan Jungkook.

Setelah puas Yoongi berdiri di depan kereta menunggu kepulangan Jungkook,dia mula menapak mendekati pintu rumah sambil mengeluh kecil.Kunci rumah dikeluarkan dari poket seluar lalu kunci tersebut dimasukkan ke dalam lubang pintu.Serta merta pintu rumah itu terbuka sebaik sahaja kunci itu dipulas masuk.

Namun baru sahaja Yoongi hendak melangkah masuk tiba-tiba kedengaran deruman sebuah enjin kereta meluru masuk ke dalam perkarangan rumah itu.Pantas dia berpusing ke belakang memandang kereta itu dengan pandangan yang pelik.Teksi? Kenapa pula ada teksi berhenti di hadapan rumah sewanya? Setahunya dia tidak menyewa mana-mana teksi.

Lama Yoongi menunggu penumpang itu keluar,akhirnya satu bayangan seorang lelaki yang amat dikenalinya melangkah keluar dari arah pintu belakang.Terus terbelalak dua biji mata Yoongi tatkala memandang gerangan itu.Ya,lelaki yang dicarinya sejak tadi.Balik pun dia.Dengan naik teksi pula tu.Kemana dia pergi agaknya? Yoongi tertanya-tanya.

"Yah! Jeon Jungkook! Kau pergi mana? Macam mana kau boleh keluar dari rumah? Aku rasa aku dah kunci rumah sebelum keluar tadi.Baik kau cakap,kau pergi cari Yura kan?" Soal Yoongi bertalu-talu sebaik sahaja Jungkook menghampirinya.

"Kemana aku pergi itu bukan urusan kau" jawap Jungkook dengan suara dinginnya.Riak wajahnya nampak tegang.Seperti sedang marahkan sesuatu.Yoongi yang sedang berdiri di muka pintu langsung tidak diendahkan.Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Yoongi terkulat-kulat di depan pintu itu sendirian.

"Kau tinggalkan aku macam tu sahaja? Kau tak nampak ke aku tengah marah ni? Hish dia ni memang nak kena" bebel Yoongi seorang diri lalu satu dengusan geram melolos keluar dari dua ulas bibir itu.Lantas dia melangkah masuk ke dalam lalu mengunci pintu rumah itu.Bilik Jungkook yang terletak di hujung rumah itu segera dihampirinya.Hati dia takkan puas selagi tak dapat jawapan dari Jungkook.

××××

Aku menatap lama bayangan kereta Taehyung yang semakin menjauh di depan sana.Kemudian keluhan yang cukup panjang meniti keluar dari bibirku.Bukan sekali tapi berkali-kali.Aku tak tahu nak buat apa lagi untuk dia maafkan aku.Sepanjang kami berada di dalam kereta dia langsung tak bercakap.Nak pandang aku pun dia tak nak.Fokus matanya hanya diberikan pada jalan raya sahaja.Hmm marah betul dia dengan aku😞

Aku rasa nak menangis lagi tapi aku cuba tahan ia daripada mengalir.Melihatkan Hoseok masih teguh berdiri dihadapanku membuatkan aku tidak berani menitiskan air mata.Aku tak nak dia tahu yang aku bergaduh dengan Taehyung.Lagi-lagi punca kami bergaduh.

"Kenapa dengan Taehyung tu?" Soal Hoseok mematikan lamunan aku lalu dia melangkah menghampiri ku yang berdiri di muka pintu rumah ini.Aku diam untuk beberapa saat.Fikiranku mula berkerja keras mencari alasan untuk diberikan buat soalan itu.Apa yang patut aku jawap?

"Er kenapa dengan Taehyung? Apa maksud oppa?" Soalku kembali.Aku faham apa yang dia cuba nak sampaikan.Cuma aku tak nak Hoseok tahu apa permasalahan antara aku dengan Taehyung.Hoseok tak patut tahu tentang kewujudan Yoongi dan Jungkook.Aku tak boleh bayangkan bagaimana reaksinya nanti bila dapat tahu soal itu.Lagi-lagi bila Hoseok dapat tahu yang aku dengan Taehyung bergaduh disebabkan mereka berdua.Kalau dia tahu,matilah aku.Agaknya bergegar bumi ini nanti dengan amukan dia.

Our FaithWhere stories live. Discover now