🥀Bab Tiga Puluh satu•°
Yoongi menatap sayu wajah Yura dari sisi katil sambil menggenggam erat tangan Yura.Akibat hentakan di kepala, perempuan itu masih belum sedarkan diri.Sudah setengah jam dia menunggu tetapi tiada langsung tanda-tanda perempuan itu hendak membukakan mata.Risau dirinya melihat keadaan wanita yang dicintainya dalam keadaan begitu.Baru sebentar tadi dia diberitahu doktor bahawa punca Yura dimasukkan ke hospital adalah akibat keguguran.Terkejut Yoongi saat mendengar perkhabaran itu.
"Yura.. bangunlah sayang" pinta Yoongi dengan nada yang sayu.Kepala Yura yang sudah berbalut itu diusapnya perlahan.Jatuh air mata lelakinya ketika itu.
"Macam mana sayang boleh gugur?.Kan saya dah pesan jaga kandungan tu elok-elok kenapa sayang degil?.Tengok apa yang dah jadi sekarang ni" kata Yoongi sambil menitiskan air mata.Biarpun keadaan Yura tidaklah seteruk mana tetapi hati lelakinya mudah rapuh.Dia terlalu risaukan Yura.Dia tak nak walau ada sedikit pun kecederaan pada Yura.Sayangnya pada Yura tidak dapat diungkapkan.Terlalu tinggi nilai kasih sayangnya terhadap Yura.
"Bangunlah sayang.."
××××
Jungkook melabuhkan punggungnya di bangku.Kini,dia berada di luar hospital.Sedang menangis teresak-esak.Hancur luluh hatinya saat mendengar kata-kata dari Yoongi.Rupa-rupanya lelaki itulah ayah kepada anak yang dikandung isterinya.Sukar untuk dia menerima kenyataan itu tetapi itulah hakikatnya.Sakit hatinya tidak dapat diungkapkan.Terlalu pedih.
Dalam masa yang sama dia risaukan keadaan Yura.Kejadian tadi,dia sebenarnya yang menolak Yura.Tetapi dia tidak sengaja.Akibat api kemarahannya tidak dapat dikawal,Yura terkena sekali.Kesian Yura.Entah bagaimana keadaan Yura sekarang.Risau dia.Walaupun dia marahkan Yura tetapi jauh di dalam lubuk hatinya,dia tetap sayangkan Yura.Cintanya terhadap Yura takkan pernah terpadam.Cuma sakit hatinya yang mendorong dia untuk membalas dendam.Disebabkan itulah dia melayan Yura sebegitu rupa.Dia ingin melihat bagaimana Yura terseksa seperti mana yang dia rasakan sekarang ini.
Tidak lama kemudian Yaera tiba di hospital.Baru sahaja kakinya hendak melangkah masuk tiba-tiba di ternampak Jungkook di bangku berada tidak jauh dari situ.Terus kakinya bertukar arah.Dia melangkah mendekati Jungkook.Tanpa dipelawa mahupun diminta dia melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook.
Jungkook tersentak.Dia menoleh ke tepi melihat gerangan yang duduk disebelahnya.Air matanya pantas dikesat.
"Yaera..Ada apa-apa ke?" Soal Jungkook pelik apabila tiba-tiba Yaera datang ke arahnya.Yaera sekadar tersenyum kecil sebelum kepalanya digeleng perlahan.
"Tak ada apa-apa lah.Saya ternampak awak menangis.Sebab tu saya datang sini.Awak okey?" Soal Yaera,prihatin.Jungkook tersenyum kelat.
"Saya tak okey" jujur Jungkook.Perlahan-lahan air matanya kembali mengalir turun.Yaera mengangguk faham.
"Saya tahu awak sedih.Sabarlah" Kata Yaera.Tangannya naik mengusap bahu Jungkook.
Lama Jungkook diam,tiba-tiba matanya terbuka.Dia berhenti menangis.Wajah Yaera dipandang sedalam-dalamnya.
"Yaera..Awak tahu kan apa yang terjadi pada Yura sepanjang tempoh saya dekat sana.Tolong cerita dekat saya apa yang dah terjadi" rayu Jungkook separuh mati.Sampaikan tangan Yaera digenggamnya tanpa sedar.Berharap perempuan itu akan menceritakan segala-galanya.
Yaera mengeluh seketika.Riak wajahnya mula berubah.Serba salah dia hendak menceritakan perkara itu.
"Yaera,kenapa diam?. Cerita lah dekat saya" desak Jungkook.Yaera tersenyum nipis.Kepalanya ditunduk kebawah.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...