🥀Bab Dua Puluh Lapan•°
Tiba sahaja di rumah,Jungkook melangkah naik ke biliknya.Dengan lampu bilik tidak dibuka dia duduk di birai katil.Menangis sepuas hati.Teresak-esak dirinya menahan tangisan.Terlalu besar pendustaan yang diberi Yura terhadapnya.Dia tidak dapat menerima kenyataan itu.Terlalu perit baginya.Terhiris hatinya.Terbelah dua jiwanya bila dapat tahu yang isterinya mengandungkan anak lelaki lain.Dia tidak percaya yang Yura sanggup lakukan perbuatan terkutuk itu dibelakangnya.Tapi dia terpaksa percaya juga.Yura sudah pun mengandung.Jika Yura tidak melakukan perbuatan itu dari mana datangnya bayi di dalam kandungan dia?.
Jika benarlah Yura cintakan lelaki lain,kenapa Yura kahwin dengan dia? Untuk apa? Habistu selama ini ungkapan cinta yang selalu diluahkan hanyalah palsu?.
"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kalau betul kau cintakan aku,kau takkan buat semua ni..Aku cintakan kau sangat-sangat tapi kenapa kau sanggup hancurkan perasaan aku? Untuk apa kau kahwin dengan aku jika kau tak cintakan aku?" Tangis Jungkook.Tangannya menyentuh permukaan dada.Terasa sesak dadanya menahan kesakitan yang amat.Sesekali dia memukul dadanya sambil meraung dan menangis sepuas hatinya.
Kalaulah ini hanya sekadar mimpi ngeri.Dia ingin segera bangun.Dia tidak mampu nak hadapi.Terlalu menyakitkan untuk dia terima.
Kenapa Yura?
××××
Aku sangka dia akan datang melawat aku hari ini.Tapi perlahan-lahan harapan aku musnah.Hari sudah pun menjelang petang namun batang hidung dia pun aku tak nampak.Mungkin dia dah tak nak ambil peduli pasal aku lagi.Jika tak,mesti dia dah datang.
Aku lepaskan keluhan.Tubuh aku sandarkan pada bantal.Pintu bilik wad aku tenung lama.Berharap yang bayangan dia akan muncul dari sebalik pintu itu.
Setengah jam aku tunggu.Akhirnya aku berputus asa juga.Betul lah dia takkan datang.Aku sepatutnya tidak terlalu berharap sangat.Dia dah bencikan aku.Untuk apa aku tunggu dia lagi.
Aku rebahkan semula tubuhku pada tilam.Duduk membelakangi pintu.Selimut aku tarik menutupi seluruh badan.Namun baru sahaja aku hendak menutup mata tiba-tiba pintu bilik kedengaran dibuka.Dengan pantas aku menoleh ke kebelakang.Terus bibir aku tersenyum penuh makna.
Akhirnya dia datang juga..Jeon Jungkook..Suami aku..
"Lambat awak datang.Saya ingatkan awak takkan datang" kataku sambil menyandarkan semula tubuh pada bantal.Selimut aku tarik sehingga ke paras pinggang.
"Ikutkan hati memang aku malas nak datang sini.Buang masa sahaja" Kata Jungkook mendatar.Dia duduk di sofa tidak jauh dari katil.Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar lalu matanya difokuskan pada skrin telefon itu.
Aku mengeluh sambil tersenyum kelat.Sabar Yura..Kau kena kuat.Jungkook bukan seperti dulu lagi yang sayang kau,yang ambil peduli pasal kau.Sekarang Jungkook dah berubah.Dia dah bencikan kau.Jadi kau kena terima.Kau kena kuat.Lawan perasaan sedih kau tu.Jangan lemah.
"Awak tak kerja ke harini?" Soal aku bila terlihat baju yang dipakainya adalah baju t-shirt biasa.
"Kalau aku kerja takdelah aku sampai sini" Katanya tanpa memandang wajah aku.Leka sangat dengan telefon dia.Aku tahan air mata daripada mengalir.Sedihnya bila dilayan begitu.Jungkook,kenapa awak berubah sampai macam ni sekali?.Sampai hati awak buat saya macam ni.Seandainya awak tahu yang saya tak salah mesti awak tak layan saya macam ni kan.
"Jungkook" Aku memanggil dia.Dia diam.Masih menghadap telefon bimbitnya.Aku tundukkan kepala.Sungguh aku tak kuat sekarang.Aku lemah.Akhirnya air mata yang aku tahan mengalir juga.
"Kenapa awak berubah? Kenapa awak layan saya macam ni? Awak tak sayangkan saya ke?" Soal aku sambil menangis.Aku dengar dia berdecit.Telefon bimbitnya disimpan lalu dia berdiri menghampiri katil.
"Kau tanya aku macam tu? Eh sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu.Bukan aku yang berubah tapi kau!.Aku sayangkan kau tapi kau sanggup tidur dengan jantan lain!.Mana janji kau? Kau janji nak setia dengan aku!.Tapi mana? Kau mungkiri janji kita,Yura!.Kau yang tak sayangkan aku.Kau yang tak cintakan aku.Kau yang buat aku berubah.Jadi kau jangan tanya kenapa aku jadi macam ni.Sebab semua yang berlaku berpunca daripada kau!"
Aku hanya mampu memejamkan mata sambil mengalirkan air mata.Terhincut bahu aku.Bergegar satu bilik wad ini dengan jeritan kuatnya.
"Kenapa kau buat aku macam ni?.Aku ni suami kau tahu tak!.Kau tu isteri aku.Kau buat perbuatan terkutuk tu seolah-olah aku ni tak wujud!" Bentak Jungkook lagi.Aku angkat kepala memandang dia.Aku cuba nak pegang tangan dia tapi cepat-cepat dia tepis.
"Kenapa begitu mudah awak percaya hanya disebabkan saya mengandung?.Awak pun tahu saya tak macam tu.Saya takkan sesekali buat begitu.Saya cintakan awak.Saya sayangkan awak.Saya nak bahagia dengan awak sehingga ke hujung nyawa.Percayalah saya tak buat semua tu.Saya bukan seperti yang awak fikirkan" Aku cuba pertahankan diri.Dia tidak boleh seratus peratus menyalahkan aku.Dia kena tahu perkara sebenar.Aku tak salah.Aku tak pernah terfikir pun nak curang.Cuma dia yang aku cintakan.Dia kena tahu semua tu.
Jungkook ketawa sinis.
"Kau dah sedap dengan jantan tu sampaikan mengandung anak dia lepastu sekarang kau nak nafikan perbuatan terkutuk kau tu?.Bijaknya kau Yura.Tapi kalau kau ingat aku akan percaya,kau silap.Sikit pun aku tak percaya" ujar Jungkook dingin dan sinis.Dia berjalan menuju ke pintu tanpa ada sedikit rasa bersalah atau kasihan melihat aku.Dia dah tak kisahkan aku.Hati aku sakit setiap kali kena dengar apa yang dia cakap.
"Jungkook,saya diperkosa.Saya tak sedar bila kejadian tu berlaku.Sedar-sedar je saya dah.." Aku menangis teresak-esak.Tidak sanggup hendak habiskan kata-kata itu.
Jungkook berhenti melangkah.Tangannya yang hendak memegang tombol pintu terus terhenti.Dia berpaling ke arah aku semula.Mata dan bibirnya bergetar perlahan.Terkejut dengan apa yang aku katakan sebentar tadi.
"A..apa kau cakap?"
°•Bersambung🥀•°
______________________________Jangan Lupa vote dan komen😉🙏
YOU ARE READING
Our Faith
FanficCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...