🥀Bab Lima Puluh Sembilan•°
Mendengar sahaja pengumuman dibuat,aku dan Hoseok segera bingkas bangun dari kerusi.Bersiap sedia untuk ke balai berlepas.Beg yang berada di dalam genggaman Yoongi dihulurkan kepada aku.Aku menyambut huluran itu sambil tersenyum sayu.Yoongi juga sama.Air mukanya nampak mendung dan sayu.Matanya berkaca-kaca melihat aku dan Hoseok silih berganti.Pasti dia sedih mahu melepaskan kami pergi.
"Yura" panggil Yoongi dengan nada lembut namun kedengaran agak sayu.Aku mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Janji dengan saya yang awak akan bahagia dekat sana.Jangan sedih-sedih lagi.Lupakan semuanya dan mulakan hidup baru dengan gembira.Saya yakin awak akan jumpa dengan lelaki yang akan mencintai awak sepenuh hati" kata Yoongi.Aku tersenyum.
"Ya,saya janji"
"Awak jaga diri tau" aku anggukan kepala.
"Awak pun"
Pandangan mata Yoongi beralih pula kepada abang aku.
"Seok.Sekali lagi aku nak minta maaf sebab dah banyak sakitkan hati Yura.Aku sedar kesalahan aku dan aku menyesal sangat-sangat.Aku tak patut buat dia macam tu dulu.Aku sepatutnya mencintai dan menghargai dia sepenuh hati tapi aku tak buat macam tu.Sebaliknya aku tinggalkan dia semata-mata untuk perempuan lain.Maafkan aku" ucap Yoongi panjang lebar.Semakin sebak dirinya.Menitis setitis air daripada mata itu.Hoseok tersenyum.Dia mengusap bahu Yoongi.
"Tak apalah.Tu kisah lama.Buat apa nak ingatkan lagi.Setiap manusia pernah buat silap,Yoongi.Tiada sesiapa pun yang sempurna.Lagipun aku kan dah maafkan kau.Tak perlulah kau rasa bersalah lagi.Yura pun dah maafkan kau.Jadi,lupakan semuanya" ujar Hoseok sambil menepuk-nepuk bahu Yoongi.Dia juga turut sama mengalirkan air mata.Aku pun sama.Sedih.
"Terima kasih Seok,Yura" ucap Yoongi ringkas.
"Yoongi,terima kasih sebab dah selamatkan Yura dari Jimin dan lindungi dia.Kalau kau tiada masa tu aku tak tahu apa yang akan terjadi pada Yura.Terima kasih" kata Hoseok.
"Aku buat sebab aku sayangkan dia.Aku takkan biarkan mana-mana lelaki sakiti dia lagi.Lagipun memang tanggungjawab aku untuk melindungi dia.Yelah aku pernah sakitkan hati dia mungkin dengan cara itu aku dapat tebus semula dosa aku"
"Terima kasih juga Yoongi sebab dah selamatkan saya,lindungi dan jagakan saya" celah aku tiba-tiba.Yoongi menoleh lalu dia tersenyum.
"Okeylah Yoongi,kitorang kena gerak dah ni" kata Hoseok.Yoongi mengangguk lemah.Buat kali terakhir,kami berdua berpelukan dengan Yoongi sambil menitiskan air mata.Perasaan sebak dan pilu semakin kuat terasa.Masing-masing melayan emosi dan perasaan sendiri.Sehinggakan terhincut-hincut tubuh Yoongi sewaktu berpelukan dengan Hoseok.
"Seok,jagakan Yura untuk aku.Aku nak dia bahagia.Cukuplah dia menderita selama ini.Dan maafkan aku kerana aku menolak ajakan kau.Aku dah nekad,aku akan belajar melupakan dia.Aku mahu buang perasaan cinta ini.Lagipun hati dia sudah tiada buat aku.Jadi buat apa aku memaksa dia lagi.Aku cuma mahu tengok dia bahagia dengan pilihan hatinya sendiri.Dia layak bahagia dengan lelaki lain,yang lebih baik daripada aku mahupun Jungkook.Janji dengan aku yang kau akan pastikan Yura bahagia ya?"
"Ya,aku janji"
Mereka berdua melepaskan pelukan.Air mata dikesat.Yoongi menoleh ke arah aku pula.Lantas tubuhku ditarik serapat-rapatnya ke tubuh sasanya.
"Walaupun saya cuba untuk buang perasaan cinta ini tapi saya takkan pernah sesekali melupakan wanita yang pernah rebut hati saya suatu ketika dahulu.Awak akan sentiasa ada di dalam ingatan saya.Terima kasih kerana sabar dengan kerenah saya sewaktu kita bergelar kekasih dulu.Maafkan atas kebodohan saya kerana telah mensia-siakan awak.Saya akan merindui awak,sebagai seorang sahabat.." bisik Yoongi.Aku pejamkan mata,membiarkan air mata tumpah selajunya.Tubuhnya aku peluk dengan lebih erat.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...