🥀Bab Tiga Puluh Sembilan•°
"Jungkook.. tolonglah ceraikan saya"
Rayu aku separuh mati tetapi Jungkook hanya diam seolah-olah tidak mendengar apa-apa.Sudah beribu kali aku merayu,namun dia langsung tak hiraukan aku.Tapi aku takkan pernah berputus asa.Aku nekad,aku nak cerai juga.Aku tak kisah pasal rumah tangga ini lagi.Untuk apa aku bertahan lagi jikalau dia sudah membenci aku? Dia langsung tak anggap aku sebagai seorang isteri.Rumah tangga ini takkan pernah bahagia kalau kekal berterusan begini.Kami berdua sama-sama akan terseksa.Jadi lebih baik kami berpisah daripada merana.Aku redha.Oleh itu aku ambil keputusan untuk undur diri.Aku yakin Jungkook akan temui perempuan yang lebih baik dari aku.
Suatu hari nanti..
"Tolonglah ceraikan saya" rayu aku lagi sambil menarik lengannya berkali-kali.Dia diam.Wajah aku langsung tidak dipandang.Tangan aku yang memegang lengannya ditepis kasar lalu dia pergi meninggalkan aku.
"Jungkook,ceraikan saya"
Aku mengikuti langkah kakinya keluar dari dapur sehingga ke muka pintu hadapan.Jungkook diam tidak menjawab.Aku boleh nampak riak wajahnya mula bertukar dingin.Tapi dia tetap diam.Mungkin dia sedang menahan api kemarahannya.Kalau tidak mesti dia sudah mengamuk.
"Jungkook..sampai bila kita nak hidup macam ni? Daripada kita sama-sama terseksa lebih baik kita berpisah.Untuk apa kita bertahan lagi kalau masing-masing dah tiada perasaan cinta di hati?" Soal aku.Dia diam mengikat tali kasut di muka pintu.
"Ceraikanlah saya" tambah aku lagi.
Selesai sahaja Jungkook mengikat kedua belah tali kasut,dia berdiri.Berpusing ke arah aku dengan renungan yang cukup tajam.Terasa panahan matanya menikam dalam anak mataku.Aku telan air liur.Serta-merta bibirku terkunci.Tidak berani lagi hendak bersuara bila dia menatap aku dengan renungan yang tajam.
"Kenapa diam? Dah habis suara dah?" Sindir Jungkook.Aku tundukkan kepala ke bawah.
"Jung Yura..Kau dengar sini,sampai mati pun aku takkan ceraikan kau.Bukan atas sebab aku masih cintakan kau tapi atas sebab aku berdendam dengan kau.Aku takkan pernah lepaskan kau selagi hati aku tak puas seksa kau.Aku pernah cakap kan dulu.Jadi,sekali lagi aku dengar perkataan cerai keluar dari mulut kau..aku akan buat kau menyesal seumur hidup,faham?" Kata Jungkook dengan nada suara yang agak kuat.Kedua belah bahu aku terhincut.Mata aku terpejam rapat saat suaranya mengungkapkan kata faham dengan nada suara yang agak tinggi.Aku mengganguk faham.Melihat sahaja aku mengangguk faham,dia mula menapak keluar dari rumah dan menuju ke arah keretanya.
Pintu kereta dibuka.Sempat dia memandang aku dengan renungan tajam sebelum tubuhnya melangkah masuk ke dalam perut kereta.Tidak lama kemudian enjin kereta dihidupkan lalu kereta milik Jungkook meluncur keluar dari perkarangan rumah menuju ke tempat kerja.
Aku masih berdiri di muka pintu,melihat bayangan keretanya menghilang dari perkarangan rumah.Aku lepaskan keluhan.Mata aku mula terasa kabur dan berair.Perlahan-lahan air mataku mengalir turun membasahi pipi.
××××
"Chim..Yura dah berani minta cerai" Adu Jungkook kepada rakan baiknya,Park Jimin.Kini mereka berada di dalam bilik pejabat Jungkook.Hanya mereka berdua sahaja.Tanpa hoseok.
Jimin mengeluh.Dia mendekatkan tubuhnya pada meja.Tangan disilang atas meja sambil mata memberi fokus kepada Jungkook.Sejak rumah tangga Jungkook bermasalah,Jimin lah tempat dia mengadu dan meminta nasihat.Tiada sesiapa lagi selain Jimin untuk dia luahkan isi hatinya.
"So kau nak buat apa?.Ceraikan dia?" Soal Jimin.Jungkook diam sejenak.
"Kook,kau masih cintakan dia atau tak?" Soal Jimin lagi.Semakin sukar buat Jungkook hendak menjawab.Jimin mengeluh lagi.Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
"Betul lah kau masih cintakan dia.Kalau tak,kenapa susah sangat kau nak beri jawapan?" Provok Jimin.
"Tak..aku dah tak cintakan dia" sangkal Jungkook sambil menggelengkan kepalanya berulang kali.Jimin tersenyum.
"Tak Jungkook.kau masih cintakan dia.Cuma kau ego.Kau sahaja yang tidak sedar yang kau masih cintakan dia.Kau sembunyikan rasa cinta tu jauh-jauh dari hati.Kenapa susah sangat kau nak lupakan dia? Kenapa Kau berharap sangat apa yang berlaku sekarang ni hanya sekadar mimpi?" Soal Jimin.Jungkook termenung sekejap.
"Ya..aku mengaku.Aku masih cintakan dia.Aku masih sayangkan dia walaupun dah bermacam-macam yang dia buat pada aku.Aku harap sangat ini semua hanyalah mimpi.Aku harap sangat yang dia tak buat semua tu.Aku harap sangat yang dia mencintai aku bukan lelaki itu.Tapi apa aku boleh buat?.Ini bukan mimpi.Ini adalah hakikat untuk aku terima" ujar Jungkook.Tubir matanya mula berair.Tetapi dia tetap kuatkan dirinya agar tidak mengalirkan air mata.Sudah beribu kali dia mengalirkan air mata disebabkan perempuan itu.Sekarang dia bertekad tidak akan pernah mengalirkan air mata lagi.Dia kena kuat.
"Kalau kau cintakan dia kenapa kau seksa dia? Untuk apa kau buat semua tu? Untuk puaskan hati kau? Puas ke kau buat semua tu?" Soal Jimin.Jimin memang pandai bertanya.Semua soalan yang dia tanya,semuanya sukar untuk Jungkook menjawapnya.Egonya masih tinggi menggunung.
"Memang aku cintakan dia.Tapi setiap kali aku pandang muka dia,aku rasa marah.Aku rasa sakit hati.Aku rasa benci.Aku jadi teringat pada semua yang dia buat pada aku.Aku puas seksa dia,jimin.Hati aku puas setiap kali melihat dia terseksa begitu.Tapi pada masa yang sama aku juga rasa bersalah" kata Jungkook.
"Kau keliru dengan perasaan kau.Separuh hati kau kata sayang tapi separuh lagi hati kau kata benci.Cuba kau tanya diri kau sendiri,kalau kau sayangkan dia kenapa kau sanggup cederakan orang yang kau sayang?.Kalau kau betul-betul masih cintakan dia,kau takkan buat dia merana" kata Jimin.Jungkook terdiam.Lidahnya kelu.Semua yang dikatakan oleh Jimin itu semuanya betul.Kenapa dia bertindak begitu jikalau dia masih cintakan Yura?.Sanggup ke dia melihat orang yang dia sayang merana?
"Habistu aku nak buat apa?.Maafkan semua kesalahan dia?" Soal Jungkook.
"Terpulang pada kau.Kalau kau masih boleh terima dia semula,layan dia seperti isteri bukannya hamba.Tapi kalau kau rasa tak boleh terima dia semula.Lepaskan dia dengan cara baik.simple"
"Dengan ceraikan dia?"
"Yup..pilih sama ada kau masih mahukan dia atau tak.Kalau tak mahu,ceraikan dia.Tapi kalau aku ditempat kau,dah lama aku ceraikan dia.Aku takkan pernah terima dengan apa yang dia buat.Perempuan macam tu tak layak dijadikan isteri.Kau fikirlah apa yang terbaik untuk diri kau.Aku takut kalau kau terima dia,hidup kau takkan bahagia.Yelah,Yura kan pernah bersama dengan lelaki lain,Pernah mengandungkan anak yang bukan datang dari benih kau.Kau rasa,kau boleh bahagia dengan dia?.Boleh ke kau lupakan semua tu?.Aku rasa tak.Lebih baik kau ceraikan dia.Jangan seksa diri kau,Jungkook.Kau boleh bahagia dengan perempuan lain kalau kau beri peluang pada diri kau untuk terima perempuan lain dalam hidup kau"
°•Bersambung🥀•°
______________________________Author rasa mungkin fanfic ni akan tamat dalam anggaran bab yang ke seratus.Sebab fanfic ni panjang.Watak Taehyung pun belum keluar lagi.Sanggup ke tunggu? Huhu🙃
YOU ARE READING
Our Faith
Hayran KurguCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...