°•Our Faith•° |7🥀

7 3 0
                                    

🥀Bab Tujuh•°

Sayang...

Sorry sangat-sangat

Saya tak jadi balik malam ni. Ada kerja sikit.

Maybe malam esok saya balik.

Mianhae.

Love you 😘

Ruangan perbualan itu aku tutup tanpa membalas apa-apa. Telefon aku campak ke tepi. Entahlah, aku rasa kecewa. Aku rindu dia sangat-sangat. Ingatkan malam ni boleh lah lepaskan rindu tapi tiba-tiba pula dia tak jadi balik. Hmm..

Aku tundukkan kepala ke bawah sambil tangan memeluk tubuh. Kaki asyik menguis karpet berbulu berulang kali. Berkali-kali aku melepaskan keluhan. Panjang dan kasar.

Tidak lama kemudian telefon bimbitku kembali berdering. Aku capai telefon lalu skrin dibuka. Tiga mesej daripada Jungkook aku baca.

Sayang?

Kenapa senyap?

Marah eah? Sorry, saya tak tahu nak jadi macam ni.

Aku tekan keyboard lalu menaip sesuatu.

Takdelah.. it's okey.

Saya faham.

Kerja kan.

Saya tetap tunggu awak walaupun setahun awak dekat sana.

Thanks sayang sebab faham saya. Ni buat saya makin sayang dekat awak ni 😘😘

Sayang, saya off dulu. Dah nak gerak ni. Nanti malam saya call.

Okey, kerja elok-elok..

Aku tutup skrin telefon. Satu keluhan kecil meniti keluar daripada bibir. Aku sandarkan tubuh pada sofa. Siling atas aku tatap dengan lama. Seolah-olah wajah Jungkook berada di atas sana .Ya Tuhan.. rindunya aku dekat dia. Terseksa aku rasa. Esok, sehari lagi aku kena habiskan masa dengan aktiviti yang cukup membosankan. Setiap hari benda yang sama sahaja aku buat semenjak dari hari pertama ditinggalkan. hurm..

"Termenung apa tu? Masam semacam je aku tengok muka kau. Kenapa?" Aku jatuhkan kepala menghadap ke hadapan. Yaera datang mendekati aku sambil tangan menatang dulang berisi teko dan cawan. Aku betulkan kedudukan.

"Tadi Jungkook mesej. Dia tak jadi balik malam ni" Cerita aku ringkas. Yaera angguk kepala sambil tangan menuangkan air teh panas ke dalam cawan.

"Patutlah nampak sedih. Habistu dia balik bila?" Soal Yaera. Aku turun dari kerusi lalu duduk di atas karpet berbulu. Cawan teh yang masih panas aku capai berhati-hati.

"Malam esok" jawapku dalam nada sayu. Teh panas itu aku hirup perlahan-lahan.

"Laa, sehari je. Ingat ke setahun" usik Yaera sambil ketawa sinis. Aku yang sedang minum teh panas terus tersedak. Terbatuk aku jadinya.

"Yaera!.." Mendatar suara aku. Yaera ketawa lagi. Aku mencebik sambil menjeling tajam.

"Aku gurau jelah. Yura, aku balik dulu eah?" Pinta Yaera lalu beg tangan yang berada di atas sofa dicapainya.

Our FaithWhere stories live. Discover now