°•Our Faith•° |33🥀

9 3 0
                                    

🥀Bab Tiga Puluh Tiga•°

Malam,Yoongi menatap Yura dari luar melalui cermin di pintu.Berkali-kali dia menghembuskan nafas yang berat dan panjang.Kesal dengan diri sendiri.

"Maafkan aku,Yura..kalaulah masa kejadian tu aku masuk tengok apa yang diorang buat mesti kau takkan mengandung kan.Dan mesti kau takkan terseksa dan menderita seperti ini..maafkan aku..Aku gagal untuk lindungi kau." Keluh Yoongi.Matanya mula nampak kabur.Terseksa dirinya bila terpaksa melihat gadis yang dicintai menderita.Seolah-olah penderitaan yang ditanggung Yura dapat dirasainya.

"Maafkan saya kerana terpaksa berbohong.. Seandainya awak tahu,anak yang baru awak keguguran itu bukanlah anak saya, mesti awak takkan bencikan saya kan.Saya tak pernah pun berniat hendak menyentuh awak,Yura.Sekali pun tak pernah terdetik di hati saya.Walaupun saya terlalu cintakan awak tetapi saya masih hormat awak sebagai seorang wanita.Saya rasa ini peluang kedua untuk saya dapatkan awak semula dan disebabkan itu saya mengaku anak yang awak kandung itu anak saya.Sebab saya yakin kalau saya mengaku itu anak saya,mesti saya akan dapat awak semula kan"

Tombol pintu dipulas Yoongi lalu pintu bilik wad itu terbuka luas.Dia melangkah masuk ke dalam dan mendekati katil yang diduduki Yura.Belakang tubuh Yura yang duduk membelakanginya dipandang lama.Kemudian satu senyuman nipis terukir di bibirnya.Kasihnya pada wanita itu tidak akan pernah berkurangan malah akan lebih bertambah.Sayangnya sudah seperti nyawa sendiri.Jika Yura sakit atau menderita,dia juga turut rasa yang sama.

Kerusi yang berada di sebelah katil ditariknya perlahan lalu dia melabuhkan punggung di situ.Lama dia mendiamkan diri sehinggakan kejadian dia dengan Yaera petang tadi kembali terimbas di ruang mindanya.

"Patut ke aku bagitahu?..Kalau aku tak bagitahu sampai bila-bila Yura anggap Yaera tu baik.Yura kena tahu yang sikap sebenar Yaera macam mana.Yaera punca semua ini berlaku.Tapi..kalau aku bagitahu nanti Yura tahu pula anak yang dia baru keguguran tu bukan anak aku.Melepaslah aku nak dapatkan dia semula.Haih...Tak..tak..Aku tak boleh bagitahu perkara sebenar.Yura tak boleh tahu yang tu bukan anak aku.Aku dah hampir nak dapat dia takkan aku nak lepaskan peluang yang ada macam tu je.Jungkook pun tak lama lagi mesti akan ceraikan Yura.Dan masa tu aku bolehlah jadikan Yura sebagai isteri aku.Ya,itulah yang sepatutnya berlaku.Maaf,Yura..Aku terpaksa sembunyikan kebenaran sebenar.Aku buat semua ni disebabkan aku sayang dan cintakan kau" desis hati Yoongi.

Lama dia mendiamkan diri termenung di kerusi,Yura yang sedang duduk membelakanginya mula bergerak.Menggeliat kecil.Terkeluar suara comel Yura saat dia menggeliat.Dia berpusing pula ke arah Yoongi. Nyenyak betul Yura tidur sampaikan tidak sedar tangan lelaki itu mengusap lembut kepalanya.

Yoongi tersenyum.Kecantikan yang dimiliki wanita itu tidak dapat diungkapnya.Terlalu cantik seperti bidadari syurga.Tambah-tambah bila waktu tidur,lagi comel.

"Kau terlampau comel,Yura..Itu salah satu sebab kenapa aku susah hendak melepaskan kau.Wajah ini lah yang selalu buatkan aku terbayang-bayang.Wajah ini lah yang juga telah buatkan aku mabuk dengan kau.Wajah ini juga yang membuatkan aku tidak dapat melupakan kau.Kau,cinta hati aku yang takkan pernah berubah.Aku akan setia mencintai kau sampai bila-bila.Tidak kira lah kau isteri orang ataupun tidak" ucap Yoongi perlahan sambil mengusap kepala Yura dengan lembut.

Disebabkan dia asyik mengusap kepala Yura,wanita itu mula terasa tidurnya diganggu.Berkerut-kerut dahi Yura menunjukkan yang dia benar-benar terganggu dengan usapan itu.Yoongi terkejut.Dia menarik tangannya menjauhi kepala Yura.Bibir diketap apabila melihat wanita itu perlahan-lahan membukakan mata.

Our FaithWhere stories live. Discover now