🥀Bab Tiga Belas•°
Aku tersentak saat dua tangan memeluk erat pinggangku dari belakang. Rapat. Bibirnya mengucup lembut belakang leherku.
"Kenapa datang dapur? Saya tak siap lagi masak" Soal aku sambil tangan memotong sayur.
"Saja. Nak tengok sayang masak" kata Jungkook. Dia menyambung mencium leher aku.
"Nak tengok ke, nak apa ni?" Perli aku. Jungkook angkat kepala. Tiba-tiba pisau yang berada di tangan aku diambil Jungkook lalu diletakkan ke tepi.
"Awak buat apa ni? Saya nak masak la" rungut aku. Dia menarik bahu aku supaya menghadapnya. Kedua belah tangannya merangkul erat pinggang aku. Aku tak boleh nak lari. Dia dah himpit aku dekat sinki.
"Yura, pandang saya sekejap" arah Jungkook. Aku dongakkan kepala. wajahnya aku tatap dengan wajah yang masam mencuka.
"Awak nak apa? Sekejap lagi tak boleh cakap ke? Bagi la saya masak dulu" bebel aku. Jungkook tersenyum. Tangannya menolak rambut aku lalu diselitkan di belakang telinga.
"Sayang.."
"Hmm" gumam aku. Dia letakkan telapak tangannya pada pipi aku.
"Sayang ada masalah ke?" Soal Jungkook. Aku diam sejenak.
"Masalah? Maksud awak?"
"Sejak dua menjak ni saya selalu nampak awak termenung. Awak dah tak banyak cakap macam dulu. Bila saya ada dekat awak, awak macam nak tak nak je layan saya. Kenapa?" Aku telan air liur. Dia..perasan ke? Aku ni nampak sangat ke macam tu? Yura, kenapa kau ni bodoh sangat. Kau kata kau tak nak suami kau tahu tapi kenapa kau buat dia curiga dekat kau.
"Yura"
"Saya.. saya okey.. Tak ada apa-apa masalah" ujar aku sambil menahan rasa gemuruh di hati. Seluruh tubuh aku menggeletar hebat. Soalan Jungkook benar-benar membuatkan aku hampir pengsan. Aku tak sangka dia akan tanya macam tu. Sebelum ni tak ada pula dia bertanya. Tapi tiba-tiba pula hari ni dia tanya.
"Please, jangan bohong. Jangan sorok apa-apa dari saya. Kalau ada apa-apa masalah bagitahu saya, jangan pendam. Saya tak suka kalau awak pendam sorang-sorang" Tegas Jungkook. Aku sekadar mengangguk. Rasa dah tak cukup nafas sekarang ni. Berdebar-debar dada aku.
"Tak.. saya tak ada masalah. Saya okey. Perasaan awak je tu" kata aku sekadar menyedapkan hatinya. Aku tak nak dia fikir yang bukan-bukan.
"Okeylah kalau macam tu. Tapi ingat, kalau ada apa-apa masalah jangan pendam sorang-sorang. Kena bagitahu saya. Saya suami awak dan saya berhak tahu. Kita dah janji kan tak nak ada apa-apa rahsia diantara kita. Jangan mungkiri janji kita, sayang. Pegang janji awak seperti mana yang saya buat" Kata Jungkook. Aku angguk kepala.
"Ya, saya ingat. Saya tak lupa. Awak jangan risau" Jungkook tersenyum lalu satu ciuman dihadiahkan di bibir aku.
"Sambunglah masak. Saya naik atas kejap, nak siapkan kerja" Kata Jungkook lalu dia beredar dari dapur.
Setelah bayangan Jungkook tidak lagi kelihatan barulah aku dapat menarik nafas lega. Terduduk lemah aku di atas lantai. Hampir melorot jantung aku bila Jungkook tanya soalan macam tu. Aku ingat.. rahsia yang aku simpan selama ini sudah terbongkar. Tapi rupanya tak. Aku lega. Tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah. Bersalah sangat-sangat sebab dah tipu dia.
Jungkook..Maafkan saya sebab dah tipu awak. Saya dah mungkir janji kita. Saya banyak berahsia dari awak. Saya terpaksa..
××××
Selesai sahaja mengemas meja dan membasuh pinggan, aku naik ke tingkat atas. Jungkook dah lama naik. Tinggal aku je dekat dapur. Kemas apa yang patut.
Biasalah rutin harian kami. Selesai sahaja makan malam terus naik bilik. Kami memang jarang duduk di ruang tamu. Tv pun jarang tengok. Memamg bilik sahaja lokasi utama kami.
Tempat bergurau
Tempat bermadu kasih
Tempat merajuk
Tempat bergaduh manja
Di situlah semua aktiviti kami lakukan. Bila petang barulah duduk dekat ruang tamu layan tv. Itupun bila Jungkook cuti kerja. Kalau tak sorang-sorang la aku jawapnya.
Pintu aku buka. Namun kelibat Jungkook langsung tidak kelihatan. Sambil mencari bayangannya aku tutup kembali pintu bilik. Kemudian kaki aku menapak pula ke arah beranda. Bibir aku mula menguntum senyuman lebar tatkala bayangannya yang berdiri di hadapan beranda menjamah pandangan mataku. Dengan langkah yang perlahan-lahan, aku melangkah maju ke arahnya. Lantas pinggannya aku peluk dari arah belakang.
"Jungkook" panggil aku
"Ya sayang.. kenapa? Ada apa-apa yang awak nak cakap ke?" Soalnya. Tangan aku yang memeluk pinggangnya disentuh lalu diusap lembut.
"Saya minta maaf kalau awak rasa terabai atau saya buatkan awak risau. Saya cuma nak awak tahu yang saya betul-betul tak ada apa-apa masalah. Saya okey sangat-sangat. Saya cuma teringatkan arwah mak dan ayah. Saya rindukan mereka. Mungkin sebab tu saya banyak termenung" kata aku. Tipu lagi. Semua yang aku cakap semuanya bohong belaka. Nampaknya aku memang tak serik lagi. Disebabkan aku terlalu takut hendak memberitahu kebenarannya membuatkan aku berani menipunya.
Aku lebih rela menipu daripada dia tahu perkara yang sebenar. Aku tak boleh bayangkan bagaimana reaksi dia bila dapat tahu perkara sebenar. Aku tak nak dia bencikan aku.
Dia menarik tangan aku daripada terus memeluk tubuhnya. Kemudian dia berpusing ke arah aku sambil tersenyum manis. Kedua belah tangan aku diraih lalu digenggam dan disulam bersama.
"Awak tak perlu minta maaf. Saya sedikit pun tak ambil hati dengan awak. Saya yang sepatutnya minta maaf sebab fikir yang bukan-bukan. Saya minta maaf" ujar Jungkook. Makin bersalah aku jadinya bila dia minta maaf. Aku yang sepatutnya minta maaf bukan dia.
"Takpelah. Lupakan je. Saya janji lepas ni saya akan beri tumpuan sepenuhnya pada awak. Saya takkan termenung lagi. Saya janji" kata aku mula menabur janji. Jungkook tersenyum. Tubuh aku ditarik ke dalam dakapannnya. Erat.
"Sayang"
"Ya?"
"Kita pergi honeymoon nak?" Soalan Jungkook benar-benar membuatkan aku terkejut. Aku melepaskan pelukan. Wajahnya aku tatap sedalam-dalamnya.
"Hon... honeymoon?"
°•Bersambung🥀•°
______________________________
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...