🥀Bab Seratus Satu•°
"Jungkook,saya tak nak dia.Saya nak awak.Tolonglah halang perkahwinan ni.Dulu awak juga merayu dekat saya supaya terima awak semula tapi bila saya nak terima awak kenapa awak buat saya macam ni?" Kataku sambil menggenggam erat telapak tangannya.Berharap yang dia akan menghalang perkahwinan ini.Jungkook mengeluh.Pegangan tanganku ditolaknya perlahan.Kemudian dia berdiri dari katil.
"Kalau sekarang bukan majlis perkahwinan awak,dah lama saya bawa awak lari dari sini.Tapi apa yang saya boleh buat? sudah terlambat.Lebih baik awak pergi bersiap cepat.Lagi 15 minit majlis akan dilangsungkan"
"Tak nak.saya tak nak kahwin.Saya nak kahwin dengan awak" tegasku.Kolam mataku mula terasa hangat.Serta merta air mataku bercucuran laju membasahi kedua belah pipi.
"Yura,saya sayang awak.Saya cintakan awak.Tapi keadaan tidak memihak pada kita.Ingat,ada hati yang perlu dijaga.Kim Taehyung.Fikir perasaan dia,sayang.Kesian dia kalau awak berterusan bersikap macam ni" nasihat Jungkook.Aku hanya diam bermain dengan emosi sendiri.Kepala aku tundukkan ke bawah.Cadar katil aku genggam dengan erat.Sakitnya aku rasakan saat itu.Aku benar-benar tak nak berkahwin dengan Taehyung,tolonglah aku.
Jungkook mara mendekatiku lalu kakinya duduk berlutut berhadapan dengan aku.Wajahku yang sudah basah lencun dibasahi dengan air mata dipandangnya.Kemudian tangannya naik menyapu air mata yang mengalir pada kedua belah pipiku.
"Jangan menangis.Walaupun kita tak bersama saya nak awak tahu yang hati saya sentiasa ada untuk awak.Saya takkan lupakan awak sampai bila-bila.Saya redha awak berkahwin dengan Taehyung.Janji dengan saya yang awak akan cintakan dia seperti mana awak cintakan saya,araseo?"
Aku angkatan kepala.Wajahnya aku pandang sambil menggelengkan kepala berkali-kali.
"Tak boleh.Cinta saya hanya untuk lelaki yang bernama Jeon Jungkook sahaja" tegasku dalam tangisan.
"Saya faham.Tapi tak salah kalau awak cuba kan" Kata Jungkook.Aku diam mengalirkan air mata."Dah berhenti nangis.Tak elok pengantin menangis begini.Dengar cakap saya,kahwin dengan Taehyung dan lupakan saya" sambung Jungkook lagi seraya menghapus titisan-titisan air mata yang jatuh dari tubir mataku.Selepas itu dia kembali berdiri semula.
"Saya keluar dulu,selamat tinggal sayang" pamit Jungkook.Aku hanya mendiamkan diri.Tangisan yang mengalir keluar dari dua ulas bibirku semakin galak menghasilkan bunyi esakan,sehinggakan tubuhku terhincut-hincut kuat menahan tangisan.
Kenapa dia memilih untuk meninggalkan aku? Aku tak kuat nak hadapi.Aku tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan aku bersama dengan Taehyung nanti.Boleh ke aku terima Taehyung sebagai suami dan lupakan Jungkook? Aku rasa aku tak boleh.Aku lemah.Hati aku tetap berkeras mahukan Jungkook.
Jujur,aku menyesal kerana meneruskan perkahwinan ini.Kalaulah aku tak ambil keputusan terburu-buru dengan mempercepatkan perkahwinan ini mesti sekarang ni aku dah bersama dengan Jungkook,kan?
Bayangan Jungkook yang mula menghilang dari sebalik pintu aku pandang sayu.Air mataku mengalir tanpa henti.
Jadi,aku terpaksa teruskan juga perkahwinan ini?
Ya Tuhan,aku tak mahu..
••••••••••••••••••••••••••••
Jungkook menghela nafas panjang.Berkali-kali dia mengeluh.Bunyi esakan yang berbunyi samar-samar dari kamar yang menempatkan Yura didengari dengan perasaan yang sayu.Kesian pula dia melihat keadaan Yura begitu.Ikutkan hati dia memang mahu menerima Yura semula tapi apakah daya,dia tidak mampu menghalang perkahwinan itu.Masih tersisa 5 minit lagi sebelum perkahwinan ini bakal dilangsungkan.
Perkahwinan bekas isterinya dengan lelaki yang bernama Kim Taehyung.Pedihnya hati dia bila terpaksa menerima kenyataan ini.
"Jungkook" seru seseorang dari jarak tidak jauh dari tempat Jungkook berdiri.Segera Jungkook berpaling ke arah nada suara itu.
"Yoongi" spontan bibirnya menyebut nama itu tatkala bayangan lelaki itu muncul disebelahnya.
"Jomlah kita pergi.Majlis dah nak start tu.Kau juga kata nak pergi sebelum majlis berlangsung" ajak Yoongi apabila melihat Jungkook tercegat lama disitu.
Yoongi datang menghampiri Jungkook dengan lebih rapat lagi.Wajah Jungkook dipandangnya lama meminta jawapan daripada lelaki itu.
Buat seketika Jungkook diam.Matanya dialihkan ke arah bawah.Berfikir sejenak.
"Yoongi,kita pergi lepas mereka sah berkahwin boleh?" Pinta Jungkook secara tiba-tiba.Matanya yang dihalakan ke bawah kembali memandang wajah Yoongi semula.
Mendengar jawapan dari Jungkook itu membuatkan kerutan di dahi Yoongi mula timbul.
"Kenapa pula? Bukan ke kau bersungguh-sungguh nak pergi sebelum majlis mula?" Soal Yoongi,hairan.
Jungkook tersenyum.Senyuman yang cukup lemah dan sayu.
"Aku nak pastikan dia betul-betul berkahwin atau tak.Aku risau dia batalkan perkahwinan ini" terang Jungkook.
Melihatkan keadaan emosi Yura yang tidak stabil itu membuatkan dia risau.Risau jikalau perempuan itu tiba-tiba ubah fikiran.Tidak mustahil untuk Yura lakukan seperti itu.Bila hati dah tak boleh tahan sangat,macam-macam yang boleh berlaku.
Sekali lagi Yoongi mengerutkan dahi.Dia tak faham kenapa Jungkook cakap macam tu? Takkan Yura nak lari pula? Bukan ke perkahwinan ini dilangsungkan atas keputusan masing-masing? Yoongi tertanya-tanya.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
°•Bersambung🥀•°
______________________________Saboq eaa..sikit lagi nak habis😎
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...