°•Our Faith•° |48🥀

9 3 0
                                    

🥀Bab Empat Puluh Lapan•°

Aku bukakan mata,perlahan-lahan aku buka sehingga siling atas menyapa pandangan mata.Namun sebaik sahaja aku bukakan mata tiba-tiba kepala aku rasa berdenyut-denyut dan berpinar.Tubuh aku juga terasa panas dan berpeluh.Aku rasa terlalu lemah.Tak tahu kenapa.

Aku cuba nak bangun,perlahan-lahan aku bangun sambil tangan bertahan pada kepala katil.Namun baru sahaja kakiku hendak melangkah turun dari katil tiba-tiba pintu bilik ini dibuka membuatkan aku kembali duduk.

"Awak nak pergi mana? Tubuh awak masih lemah,Yura.Saya rasa awak patut berehat" kata Yoongi,risau.Aku berdecit kecil.

"Saya okay jelah.Sikit je" Jawapku sambil menyandarkan tubuh pada bantal.Yoongi datang mendekati aku lalu punggungnya dilabuhkan atas katil,sebelah aku.

"Sikit je?.Macam ni cakap sikit?.Yura,awak demam panas"

"Kan saya cakap saya okay" bidas aku.Aku sendiri rasa suara aku naik mendadak.Entahlah,tiba-tiba aku nak naik angin.Padahal Yoongi tak salah apa-apa pun.

"Degil kan.Dah demam tu buatlah cara demam.Saya risaukan awak.Tolonglah jangan buat macam ni"

"Kan saya cakap saya okay.Tak faham bahasa ke?" Marah aku dengan nada suara yang kuat.Mencerlung dua biji mataku memandang dia.

"Saya minta maaf.Saya cuma risaukan awak.Tapi kalau awak tak suka,it's okey.Saya keluar dulu" kata Yoongi mula berjauh hati dengan aku.Perlahan-lahan amarah aku turun.Perasaan bersalah pula mengambil alih.Aku tak patut layan dia macam tu.Kesian Yoongi kena marah tak tentu pasal.Padahal dia cuma berniat nak tolong aku.Tapi aku?. Marah-marah dia.Mestilah dia terasa.Ah bodohnya kau,Yura!

"Yoongi" panggil aku.Yoongi yang sedang melangkah ke arah pintu terus berhenti berjalan.

"Saya..saya nak minta maaf.Saya tak patut buat awak macam tu.Saya tertekan.Saya tak boleh kawal emosi saya.Mianhae" ucapku.Perlahan-lahan dia menoleh ke arah aku.

"Takpe lah.Saya faham" kata Yoongi ringkas.Yoongi selalu macam tu.Dia selalu cakap yang dia faham aku walaupun hati dia sakit.Mungkin dia pun tertekan dengan aku cuma dia tak nak tunjuk.Yelah nak jaga hati aku.

"Awak rehatlah.Saya duduk dekat bawah.Kalau ada apa-apa panggil saya" tambah Yoongi lagi.Dia kembali berpaling ke belakang.Kakinya mula melangkah ke pintu.

"Yoongi" panggil aku lagi.Yoongi berhenti.Dia berpusing ke arah aku.

"Ya?"

"Duduk sini kejap,boleh?.Saya ada benda nak tanya awak" kataku.Lama aku tunggu jawapan dia,akhirnya dia anggukan kepala.Aku tersenyum.Dia datang ke arah katil lalu duduk disebelah aku.

"Nak tanya apa?" Soal Yoongi.Aku diam sejenak,menarik nafas panjang-panjang.Kemudian aku hembus perlahan.

"Yoongi,saya nak tahu..Kenapa awak mengaku anak yang saya kandung dulu tu anak awak?.Kenapa awak ambil berat pasal kandungan saya seolah-olah awak ayah kepada anak itu? Kenapa awak buat macam tu?" Soal aku.Hampir-hampir sahaja aku terlupa tentang itu.

Yoongi nampak terkejut.Dia diam tidak menjawab.Bibirnya bergetar,cuba untuk menyusun kata-kata.

"Awak cakap awak dah tahu semua pasal Jimin dan Yaera kan.Jadi secara automatiknya,awak tahulah anak tu anak siapa sebenarnya..kan?" Soal aku lagi.

"Ya,saya tahu.Anak tu anak Jimin.Dia yang mengandungkan awak bukan saya.Betul,saya memang pernah mengaku itu anak saya.Tapi saya tak ada niat jahat pun.Saya buat macam tu sebab saya fikir kalau saya mengaku itu anak saya, mungkin ada kesempatan untuk saya dapatkan awak kembali.Saya betul-betul cintakan awak.Saya takut kehilangan awak.Sebab tu saya mengaku itu anak saya.Tapi saya tak sangka keadaan akan jadi teruk macam ni.Saya minta maaf,saya tak patut buat macam tu.Kalau saya tak mengaku itu anak saya mesti Jungkook takkan fikir yang kita ada hubungan.Maafkan saya sekali lagi.Saya betul-betul rasa bersalah.Bersalah sangat-sangat.Mungkin saya punca awak dengan Jungkook bergaduh"

Our FaithWhere stories live. Discover now