°•Our Faith•° |22🥀

10 3 0
                                    

🥀Bab Dua Puluh Dua•°

Dua hari sudah berlalu sejak kejadian kami bergaduh haritu.Jungkook masih marahkan aku.Sepanjang tempoh dua hari itu dia langsung tak hiraukan aku.Bila aku tanya dia tak jawap.Bila aku cuba dekat dia jauhkan diri.Bila aku senyum dia langsung tak balas.Dia buat aku ni macam orang asing.Setiap kali aku pandang dia mesti muka dia masam.Tiada langsung senyuman yang terukir di bibir lelaki itu sejak kejadian haritu.

Aku labuhkan punggung di gazebo.Satu keluhan kecil meniti keluar dari bibir aku.Aku rindukan Jungkook yang dulu.Yang ambil berat tentang aku.Yang selalu buat aku ketawa.Kenapa dia buat aku macam ni? Dia seksa hati aku.Dia langsung tak kisahkan perasaan aku.Aku terluka dengan sikapnya.Macam-macam dia tuduh aku.Dia masih percaya yang aku ada hubungan dengan Yoongi.

Macam mana aku nak bagitahu tentang kandungan ini kalau aku keluar dengan Yoongi pun dia dah marah?.Mesti lagi teruk aku kena kalau dia dapat tahu yang aku mengandungkan anak Yoongi.Perut aku pun bukannya semakin mengecil.Lagi beberapa bulan perut aku akan membesar.Masa tu aku dah tak boleh sorok dari dia.Apa yang aku patut buat? Gugurkan? Sanggup ke aku? Bersedia ke aku untuk jadi seorang pembunuh?.

××××

Jungkook duduk di pantri seorang diri.Sambil termenung tangannya bergerak mengacau secawan kopi yang masih panas dengan perlahan-lahan.Sesekali dia mengeluh.Panjang dan berat keluhannya.Entah apa yang terjadi pada dia selama dua hari ini.Menyesal dia kerana sudah memarahi Yura tanpa usul periksa terlebih dahulu.Kesian perempuan itu tidak dihiraukannya padahal sudah bermacam-macam dilakukan Yura hanya semata-mata untuk memujuk hati batunya.Tapi dia langsung tak ambil peduli.

"Aku tak patut marahkan Yura sampai macam tu sekali.Dia tak salah.Aku sepatutnya percayakan dia bukannya tuduh dia.Aku tak ada bukti nak tuduh dia ada hubungan dengan lelaki tu.Aku sahaja yang overthinking.Kesian pula dekat Yura.Dah dua hari aku tak hiraukan dia" monolog Jungkook sendiri.Berkali-kali keluhan dilepaskan sambil meraup wajahnya dengan kasar.Sesekali dia memukul kepalanya.Geram dengan diri sendiri kerana telah membuat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Haih,sejak dua menjak ni aku tengok kau macam murung semacam je.Kenapa?" Soal Jimin yang baru melangkah masuk ke dalam pantri.Kerusi disebelah Jungkook ditarik.Jungkook yang sibuk melayani perasaan terus tersentak dengan kemunculan makhluk pendek itu.Dia kalihkan kepala ke tepi memandang Jimin yang turut mengacau bancuhan Kopi.

"Kau tak turun makan ke? Hoseok mana?" Soalan dibalas soalan.Jimin berdecit sebelum dia menjawap pertanyaan Jungkook.

"Tak ada selera nak makan.Aku nak minum je harini.Seok pula entah pergi mana.Makan kot.Kau tu kenapa tak makan? Ada masalah ke?" Soal Jimin kembali.Jungkook mengeluh.Cawan kopi diambil lalu dihirup perlahan,panas.

"Takde lah.Aku okey.Cuma penat sikit" sangkal Jungkook.Dia tak nak ceritakan masalah rumah tangganya pada orang lain.Walaupun dengan kawan sendiri.Hoseok pun tak tahu yang mereka berdua bergaduh.

Jimin sekadar mengangguk.Kopi di dalam cawan itu dihirup perlahan.

"Chim,aku rasa harini nak balik awal sikit la" kata Jungkook.Jimin mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"Ada hal sikit.Kau tolong handle semua meeting tu eah" Pinta Jungkook.Jimin mencebik lalu dia menghirup air kopi itu.

"Em yelah.." ujar Jimin.Jungkook tersenyum sambil menepuk bahu sahabatnya.

"Thanks bro"

××××

"Sayang...saya minta maaf.Maafkanlah saya" Rayu lelaki itu separuh mati.Tapi aku buat tak endah.Aku diam menyiram pokok-pokok bunga di sekitar halaman rumah ini.

"Yura,please..forgive me" Dia muncul dihadapan aku sambil tangan merayu meminta untuk dimaafkan.Aku jeling dia tajam.Paip getah aku tarik ke belakang menjauhi dia.Dia kejar dari belakang.Duduk dekat belakang aku sambil tak berhenti-henti meminta maaf.Rimas pula aku rasa dengan manusia ni.Sesiapa boleh tolong halau tak lelaki tak tahu malu ni.Dah la panjat pagar rumah orang.

"Kau nak apa lagi? Baliklah! Aku rimas tahu tak" Marah aku.Agak tinggi nada suara aku ketika itu.Berkerut dahi aku menahan marah.Sudahlah hari panas terik.Makin berkerut wajah aku.

"Ya,saya balik.Tapi please jangan macam ni.Saya tahu awak masih marahkan saya.Disebabkan saya lah awak dengan Jungkook bergaduh.Tapi saya tak tahu dia nak balik masa tu.Kalau saya tahu dah tentu saya tak paksa awak keluar.Maafkan saya,yura" rayunya lagi.Aku campak paip getah ke tanah tanpa menutup pili paip.Air yang mengalir keluar aku biarkan.Hilang fokus aku hendak menyiram pokok-pokok bunga.

"Untuk apa kau nak minta maaf? Apa yang kau dapat kalau aku maafkan kau? Lagipun kau memang nak semua tu terjadi kan.Kau suka kalau tengok aku dengan Jungkook bergaduh.So,sekarang hajat kau dah tercapai.Buat apa kau susah-susahkan diri kau merayu meminta maaf dari aku?" Soal aku sambil memeluk tubuh.Wajahnya aku pandang dengan tajam.

"Saya mengaku.Saya memang suka tengok awak dengan Jungkook bergaduh.Tapi saya tak boleh.Hati saya sakit setiap kali tengok awak sedih.Saya rasa bersalah.Kalau saya tak bawa awak keluar mesti hubungan awak dengan dia tak bermasalah.Lagipun saya tak suka dengan cara dia layan awak.Dia abaikan awak,Yura.Awak terseksa disebabkan saya.Sebab itu saya nak minta maaf.Saya nak Jungkook lepaskan awak dengan cara baik bukannya bergaduh dan seksa awak macam ni" ujar Yoongi.Perlahan nada suaranya ketika itu.Aku berdecit kasar.Dia cakap dia tak nak tengok aku sedih tapi tengoklah apa yang dia buat pada aku.Dia yang buat aku sedih selama ni.

"Cuba kau fikir siapa yang buatkan hidup aku menderita macam ni? Dia ke kau? Kalau kau tak muncul balik dalam kehidupan aku,mesti aku dengan dia dah bahagia.Mesti sekarang aku dah mengandungkan anak dia bukannya anak kau!.Kau tahu tak..sejak kejadian kau rogol aku haritu.Aku dah mula bencikan kau.Benci aku semakin bertambah setiap kali aku tengok muka kau" ujar aku tegas dan kuat.

"Boleh tak kalau kau pergi jauh daripada kehidupan aku? Aku tak perlukan kau.Anak yang dalam perut aku ni pun aku tak perlukan.Aku benci dia.Aku benci kau.Aku benci semua yang ada kaitan dengan kau!" Tambah aku lagi.Tergamam Yoongi mendengar kata-kata aku.Wajah aku dipandang sayu.Terasa dengan apa yang aku cakap.Memang itu hakikat dia.Aku tak boleh tengok wajah dia.Setiap kali aku pandang,hati aku rasa sakit.Serta-merta mengingatkan aku pada semua kenangan dan perbuatan yang pernah dia lakukan.Semuanya pedih dan perit untuk aku.

"Sampai macam tu sekali awak bencikan saya.Tapi takpe lah.Saya tak kisah awak benci ke awak tak suka ke saya tetap nak awak berkahwin dengan saya.Tak kira apa jua alasan awak.Lepas awak dengan Jungkook bercerai,kita kahwin terus.No excuse" Aku besarkan mata.Hampir-hampir tangan aku hendak melayang ke pipinya.

"Yoongi! Aku dengan Jungkook tak akan pernah bercerai.Kami akan hidup bahagia buat selama-lamanya.Anak ni aku akan gugurkan tak lama lagi.Dan kau,baik kau berambus dari kehidupan aku" Tengking aku.Yoongi tersenyum sinis.Dia berjalan beberapa tapak ke hadapan aku.

"Sayang pasti ke yang sayang tak akan bercerai dengan lelaki tu?" Provok Yoongi.

"Apa yang kau nak buat?"

°•Bersambung🥀•°
_____________________________

Apa yang Yoongi nak buat?😱

Jeng jeng jeng jeng!!

Our FaithWhere stories live. Discover now