°•fOrGiVe Me•° |70🥀

8 3 0
                                    

🥀Bab Tujuh Puluh•°

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Taehyung akhirnya menjelang juga.Seperti yang dijanjikan Yura,pada hujung minggu itu mereka berjumpa di cafe.Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9:00 a.m.Awal-awal pagi lagi mereka sudah berjumpa.Seolah-olah ingin menghabiskan waktu bersama sehingga ke petang.Pada mulanya Yura mahu berjumpa dalam waktu tengahari tetapi Taehyung tidak habis-habis memaksa mahu berjumpa pada waktu pagi.Setelah berpuluh-puluh kali Taehyung memujuk akhirnya Yura bersetuju juga.

"Mana dia ni? Padahal dia yang beria nak jumpa pagi tapi sampai sekarang tak muncul lagi.Takkan masih tidur lagi kot" omel Yura sambil kepalanya bergerak mencari kelibat Taehyung.Hampir 20 minit dia menunggu tapi sampai sekarang lelaki itu tidak muncul.Usahkan batang hidung tak nampak,bayangan pun tak nampak.Kemana lelaki itu pergi? Tidak menepati masa betul!.

Lama Yura menunggu,akhirnya lelaki berambut biru itu muncul juga di muka pintu cafe.Dia berjalan laju ke arah Yura sambil termengah-mengah menarik nafas,penat.Yura yang melihat keadaan Taehyung begitu terus membulat biji mata,terkejut.

"Taehyung,awak okay tak ni? Kenapa ni? Awak datang sini berlari ke apa sampai tak cukup nafas ni?" Soal Yura,risau.Taehyung diam sejenak.Dia melabuhkan punggung di kerusi.Dia masih lagi termengah-mengah.Nampak jelas yang dia betul-betul kepenatan.

"Tadi saya cari tempat parkir.Tapi tak ada.Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga tapi tulah jauh dari cafe.Bila saya turun dari kereta,saya baru sedar yang saya terlewat.Jadi saya lari sampai ke cafe.Sorry lah lambat.Tadi ada hal sikit dekat rumah" jelas Taehyung sambil menstabilkan pernafasannya.Yura yang mendengar penjelasan itu terus ketawa.Berkerut dahi Taehyung melihat Yura.Apa? Dia ada buat lawak ke?

"Lah kenapa nak lari.Tak apalah lambat sikit aje.Saya tak marah pun.Janji awak datang" kata Yura.Taehyung tersengih-sengih sambil mengusap belakang lehernya.

"Saya takut awak tunggu saya lama je.Sebab tu saya lari.Awak dah lama ke sampai? Sorry lah kalau buat awak tertunggu-tunggu"

"Tak adalah lama sangat.Saya okey je,tak payah lah nak minta maaf" kata Yura. Taehyung tersenyum.Baguslah kalau macam tu.Risau juga dia kalau buat Yura tertunggu-tunggu.Yalah,dia yang ajak jumpa pagi tapi tiba-tiba pula dia datang lambat.Tak patut betul!. Kesian Yura.

"Emm sebenarnya banyak yang saya nak tanya ni.Tapi sebelum itu kita sarapan lah dulu" kata Taehyung.Yura sekadar tersenyum lalu mengangguk setuju.Nak tanya banyak? Pasal apa?.Sempat Yura berbisik di dalam hati.

Tak ambil masa yang lama pun.Hanya dalam setengah jam sahaja mereka sudah selesai bersarapan.Sepanjang sarapan tadi mereka hanya diam membisu.Masing-masing sibuk dengan makanan sendiri.Tapi dalam diam itu,mata Taehyung tidak berhenti memandang Yura.Ralit betul dua biji mata itu menatap wajah cantik Yura.Tersenyum-senyum lagi lelaki itu sambil menyuap potongan pankek.Yura pula hanya diam menunduk memandang pankek di dalam pinggan itu.Dia perasan yang Taehyung sedang memandangnya tapi dia diamkan diri sahaja.Malu juga bila diperhatikan begitu.Nak tegur tapi malu.Jadi dia biarkan sahaja.

"So,apa yang awak nak tanya? Tadi bukan main lagi awak cakap banyak yang nak tanya?" Soal Yura menjadi pembuka bicara apabila melihat Taehyung hanya diam memandangnya sambil tersenyum.Serius,Yura rasa seram sejuk bila tengok Taehyung begitu.Dia pun tak tahu apa yang menyebabkan Taehyung tersenyum-senyum melihat wajahnya.Sudahlah dekat bakeri hari-hari diperhatikan,dekat sini pun nak perhatikan juga ke?.Tak cukup ke dia pandang Yura dekat bakeri sepanjang tempoh seminggu itu?.

Our FaithWhere stories live. Discover now