🥀Bab Tujuh Puluh Lima•°
Taehyung duduk termenung di atas katil berhadapan dengan pintu gelangsar.Entah apa yang dilihatnya,apa yang pasti matanya langsung tidak berkelip.Muram dan suram wajah itu.Sudah lama dia duduk dalam posisi begitu.Hampir berjam-jam juga.Dia langsung tidak mahu berganjak dari situ.Sudah puas abang-abangnya datang memujuk tetapi panggilan demi panggilan dari luar bilik itu langsung tidak diendahkan.Dia hanya diam tidak berkutik.Hanya air mata sahaja yang memainkan peranan.
Jika dulu dia tidak tahu apa itu erti cinta,tapi sekarang dia tahu bagaimana rasanya bila sudah jatuh cinta.Memang bahagia sangat-sangat.Tapi tak sangka pula bila cinta ditolak akan rasa sakit seperti itu.Pedihnya hati dia.Dia nak sangat-sangat memiliki Yura tapi sayang perempuan itu tidak mahu padanya.Kecewa dia rasakan.Dia tak rasa dia boleh lupakan perempuan yang telah buatkan hatinya tidak keruan.Setiap kali dia pandang wajah Yura dia akan rasa gembira.Dan setiap kali itu jugaklah hatinya akan berdegup kencang bagaikan nak pecah.Sayangnya pada perempuan itu semakin hari semakin bertambah.Biarpun mereka baru sahaja berkenalan.Tetapi itu tidak menghalang untuk dia jatuh cinta.Cinta pandang pertama,pastilah rasa cinta itu berputik saat pertama kali dia memandang Yura.Saat itulah rasa sayang dan mahu memiliki perempuan itu muncul di sudut hatinya.
"Taehyung.." pintu bilik sekali lagi diketuk.Tetapi ketukan kali ini mampu buatkan jantungnya berhenti berdegup.Dia diam sejenak,cuba mengamati suara itu kembali.
"Taehyung.." sekali lagi suara itu kedengaran.Membuatkan dia terus berdiri dari duduk.Pintu bilik dipandangnya lama.Berkerut dahinya,hairan.Suara siapakah itu? Tidak mungkin suara abangnya telah bertukar menjadi suara perempuan.
"Taehyung.. bukalah pintu ni" pinta suara dari sebalik pintu itu lagi.Berkali-kali pintu diketuk.Sekali lagi Taehyung tergamam.Betul ke apa yang dia dengar? Bukankah itu suara Yura? Tapi macam mana Yura boleh ada dekat sini? Ah tak mungkinlah,mungkin itu perasaannya sahaja.Mungkin kerana dia terlalu rindukan perempuan itu sehinggakan dia terbayang-bayangkan suara Yura.
Taehyung menggeleng selaju-selajunya.Berkali-kali sambil telapak tangan memukul cuping telinga.Dia pasti apa yang dia dengar sebentar tadi hanyalah khayalannya.Tidak mungkin Yura boleh sampai ke rumahnya.
"Taehyung..bukalah pintu ni.Bagi saya masuk.Saya tahu awak marahkan saya tapi janganlah buat macam ni.Saya minta maaf sangat-sangat" Suara itu datang lagi.Taehyung tersentak.Tangannya berhenti daripada memukul diri sendiri.Kepalanya diangkat lalu matanya dihalakan ke arah pintu.Benarkah apa yang dia dengar? Itu bukan khayalannya ke? Kenapa suara itu terdengar seperti benar-benar wujud? Tak mungkin itu Yura.Macam mana dia boleh sampai dekat sini?
Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Taehyung.Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati pintu.Tangannya naik hendak memulas tombol pintu tetapi dia ragu-ragu.
"Taehyung.." suara itu muncul lagi.Kali ini lebih kuat dan jelas suara itu kedengaran di cuping telinganya.Membulat dua biji mata Taehyung.Betul lah itu Yura.Dia yakin dan pasti dengan apa yang didengar sebentar tadi.Suara itu bukan khayalannya tetapi suara itu benar-benar wujud.
Pantas tombol pintu itu dipulas lalu pintu dikuak.Terkejut bukan kepalang lagi Taehyung bila wajah Yura muncul di sebalik pintu itu.Tergagap-gagap jadi bibirnya melihat bayangan Yura benar-benar wujud di hadapan matanya.Ini bukan khayalan.Ini benar-benar berlaku.
"Yura.." hanya itu yang terluah dari dua ulas bibir itu.Terkebil-kebil dia memandang Yura.Pelik,macam mana Yura boleh ada dekat sini?
"Kitorang yang jemput Yura.Yalah,kau tak nak keluar terpaksalah guna cara ni" kata Seokjin apabila melihat wajah adiknya terkebil-kebil memandang Yura.Pasti sedang berfikir bagaimanakah Yura boleh sampai ke sini.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...