🥀Bab Empat•°
°•Dunia ini memang kejam. Penuh dengan kejahatan dan tipu muslihat•°
________________________________________
Aku duduk termenung di gazebo. Kata-kata Yaera semalam membuatkan aku berasa gugup. Tidak mungkin lelaki itu Yoongi. Kalau benar sekali pun, apa motif dia datang ke sini? Dah setahun aku tidak berjumpa dengannya. Aku sendiri pun tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. Takkanlah dia datang cari aku semula. Untuk apa?Aku seka air mata dengan hujung jari. Semua memori silam kami mula terimbas satu persatu. Bagaikan satu pita rakaman yang diulang berulang kali dimainkan di benak fikiranku. Mula dari masa kami baru kenal sehinggalah dia pergi tinggalkan aku. Semuanya masih segar di ingatan aku. Cukup 5 bulan kami bersama, entah apa silap aku. Dia tinggalkan aku bersama dengan perempuan lain. Sungguh menyakitkan aku rasa bila teringat kembali detik-detik aku ditinggalkan. Puas aku meraung dan merayu supaya jangan tinggalkan aku tapi dia langsung tidak ambil kisah. Dia pergi juga tinggalkan aku sendirian.
Sejak dari situ, aku hilang tempat bergantung, tempat aku mengadu kasih, tempat aku melepaskan sisi manjaku, tempat aku berkongsi kasih bersama. Aku hilang segalanya. Dia pergi tanpa membawa apa-apa berita. Hampir setahun aku ditinggalkan sehinggalah aku dipertemukan dengan seseorang. Seseorang yang mula memberikan kebahagiaan kepada aku. Sinar kebahagiaan aku muncul semula. Dia, segala-galanya buat aku.
Jeon Jungkook, suami aku. Hanya dia yang bertakhta di hati aku. Yoongi, dia hanya kisah silam aku. Aku pun dah lama lupakan dia. Cinta aku pada Yoongi dah lama lenyap sejak aku ditinggalkan.
Aku bangkit dari gazebo. Kaki aku menapak perlahan ke arah taman bunga kecil. Aku nak lupakan semuanya. Satu cara untuk aku lupakan adalah dengan menyibukkan diri dengan pelbagai pekerjaan rumah.
Harini aku terasa nak berkebun. Jadi, aku dah pun siap-siap berpakaian yang sesuai untuk berkebun. Tapi baru sahaja aku hendak mencapai paip getah tiba-tiba nama aku diseru.
"Yura.."
Dengan perlahan-lahan, aku toleh ke belakang. Hampir terduduk aku bila melihat gerangan itu. Seluruh tubuh aku mula menggigil ketakutan. Lelaki itu..
"Pergi! Kau siapa?! Apa yang kau nak?!" Tengking aku sambil berundur ke belakang. Dia diam. Kakinya mula melangkah ke arah aku.
"Pergilah!!" Jujur aku cakap. Aku benar-benar takut sekarang ini. Hampir menangis aku disitu.
"Yura..ni aku"
Aku cuba bertenang. Suara itu..
"Aku..Min Yoongi, kau ingat aku lagi tak?" Soalnya. Aku tergamam. Mask yang ada diwajahnya ditanggalkan.
"Yoongi?" Spontan nama dia meniti keluar dari bibirku. Dia angguk lemah. Wajahnya tampak sayu. Matanya berair. Aku juga sama.
Aku lemah. Emosi aku terlalu lemah buat masa sekarang. Aku gagal nak kawal emosi. Di hadapan dia, aku menangis teresak-esak.
"Yura.." Bibirnya menyebut nama aku dengan lembut. Dia datang mendekati aku.
"No.. berhenti! Jangan dekati saya!" Marah aku dalam tangisan sambil tangan dilayangkan ke udara. Dia berhenti melangkah.
"Apa awak buat dekat sini?" Soal aku. Dia diam sejenak. Air mata yang mengalir turun diseka dengan jari.
"Aku datang nak cari kau"
"Untuk apa? Selepas setahun awak tinggalkan saya, baru sekarang awak nak cari saya?" Ujarku. Semakin galak dia menangis.
"Maafkan aku, Yura. Maafkan aku di atas segalanya kebodohan aku. Aku lepaskan permata yang begitu berharga. Kaca juga yang menjadi pilihan aku berbanding permata yang berharga macam kau. Aku ralat, yura.Aku sibuk mengejar kemewahan dunia sampaikan aku sanggup melukakan hati kau. Aku menyesal, Yura. Aku menyesal. Maafkan aku" ujarnya bersungguh-sungguh. Kata-katanya penuh dengan penyesalan.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...