°•fOrGiVe Me•° |61🥀

12 3 0
                                    

🥀Bab Enam Puluh Satu•°

Jungkook memandang lama pita rakaman yang berada di dalam genggaman tangannya.Hampir 10 minit dia melakukan aktiviti itu.Diam dan tenung.Entahlah,dia rasa tidak yakin mahu mendengar ataupun tidak.Lama dia berdiam diri akhirnya butang buka di pita rakaman itu ditekan juga.Dia mendekatkan pita rakaman itu pada cuping telinganya.Tidak lama kemudian muncul satu suara perempuan sedang ketawa besar di dalam rakaman itu.Betul kata polis tadi,itu memang suara Yaera.Ya,benar.Jungkook dapat mengenali suara milik Yaera dengan jelas sekali.

"Kau ingat aku akan ceritakan semua rancangan aku dekat kau?.Jangan harap.Aku tak takut dan aku tak gementar dengan lelaki macam kau" kedengaran suara Yaera berkata sambil ketawa.

"So kau tak kisahkan kalau aku simbah benda ni dekat muka kau.kan?" Suara milik Yoongi mula kedengaran.Jungkook semakin tekun mendengar.Dia diam mendegar suara-suara yang muncul dari rakaman itu.

"Kenapa diam? Takut? Tadi cakap tak takut dengan aku"

"Kau memang tak guna Yoongi"

"Aku tak guna ke atau kau yang tak guna?.Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau sedang rancang sesuatu.Rumah tangga Yura musnah disebabkan kau kan?"

"So,kau nak cerita atau tak?" Soal Yoongi.Namun suara Yaera tidak kedengaran.

"Aku tanya sekali lagi,kau nak cerita ke tak? Atau kau nak aku simbah benda ni dekat muka kau?"

"Okay,nampaknya kau lebih rela muka kau buruk daripada kongsi rancangan kau dengan aku"

"Okay okay okay..aku akan ceritakan semua rancangan aku" kedengaran kuat suara Yaera menjerit.Takut dengan ugutan Yoongi.

"Bagus.Okay ceritakan"

Suasana sunyi seketika.Tiada lagi kedengaran suara yang keluar dari rakaman itu.Jungkook hanya menunggu dengan sabar.Telapak tangannya dilipat dan digenggam dengan erat.Tidak sabar dia ingin tahu kebenaran yang sebenar.Betul ke Yaera dan Jimin yang rancang semua ini? Jika benar,jadi betul lah Yura diperkosa? Dan Yura tidak bersalah?.Sedia ke untuk dia terima kejutan seperti itu?.

Tidak lama kemudian,suara Yaera kembali menjelma.Satu persatu kebenaran diungkapkan.Kolam mata Jungkook mula terasa hangat dan berair.Perlahan-lahan air matanya luruh dari kelopak mata itu.Mulut dan matanya juga terbuka luas.Dia kaku buat seketika.Tetapi telinganya masih setia mendengar bicara itu.

"Baiklah,aku mengaku.Memang aku dengan Jimin berpakat mahu memusnahkan rumah tangga Yura dan Jungkook.Kami buat semua ni kerana atas dasar cinta.Aku cintakan Jungkook dan Jimin pula mencintai Yura.Pada hari pertama kami jatuh cinta adalah semasa pertemuan pertama kami.Sebelum Yura dan Jungkook berkahwin mereka ada meminta kami untuk berjumpa dan berkenalan.Pada waktu itu,aku datang bersama Yura dan Jimin pula datang bersama Jungkook.Waktu itu kami masih belum kenal lagi.Tapi tak sangka,waktu itu juga aku terjatuh cinta dekat Jungkook dan Jimin juga sama.Sehinggalah suatu hari Jimin datang menemui aku dan menceritakan hasrat dia.Dia ajak aku  berpakat untuk musnahkan rumah tangga Yura dan Jungkook.Sebagai balasan aku akan dapat jungkook.So,aku setuju."

"Mula dari situ lah kami merancang strategi satu persatu sehinggalah Jimin dapat idea mahu mengandungkan Yura sewaktu ketiadaan Jungkook di rumah.Jadi satu-satunya masa yang sesuai untuk dia lancarkan rancangan itu adalah ketika Jungkook pergi ke luar negara atas urusan kerja.Kami sudah berbincang bersama-sama tentang rancangan itu.Dan Jimin berjaya lakukan atas pertolongan aku juga.Memang betul Jimin juga turut berada disana dan mustahil untuk dia lakukan semua itu.Tapi Jimin sudah pulang sehari sebelum tarikh mereka seharusnya pulang.Alasannya dia nak tengok mak aku dekat hospital tapi sebenarnya tak.Dia sebenarnya nak ke rumah Jungkook untuk merogol Yura.Dia nak Yura mengandungkan anak dia supaya senang untuk buatkan Jungkook dan Yura bergaduh dan bercerai.Aku sendiri yang letak pil peransang dalam minuman Yura sehingga dia pengsan.Waktu itu jugak kejadian itu berlaku.Jimin berjaya merampas kesucian Yura ketika Yura tidak sedarkan diri.Yura tak tahu anak itu anak siapa sebab kejadian itu berlaku sewaktu dia tidak sedar.Dia fikir anak kau,sebab itu dia terus tuduh kau tapi sebenarnya itu anak Jimin."

Our FaithWhere stories live. Discover now