🥀Bab Lapan Puluh Empat•°
"Yura,cakap dulu siapa Jimin" desak Taehyung.Dia menahan pintu tandas daripada ditutup oleh aku.Ya,seperti biasa.Jika berkaitan dengan isu kekuatan pasti dia yang akan menang.Aku yang kurus macam lidi ni tak mampu menandingi kekuatannya.
"Tiada siapa.Dah lah Taehyung,saya nak mandi" aku cuba menolak lagi pintu tandas itu namun sedikit pun ia tidak bergerak.Malah semakin luas ia terbuka apabila ditolak oleh Taehyung.
"Kalau tiada siapa kenapa awak sebut nama tu?" Soal Taehyung.Aku diam.Buntu,jawapan apakah yang patut aku beri? Taehyung masih belum tahu kisah Jimin.Aku tak sebut apa-apa pun pasal tu masa aku ceritakan kisah perjalanan hidupku kepadanya dua tahun yang lalu.Apa yang aku ceritakan ialah Jungkook ceraikan aku atas kerana aku curang dengannya bukannya kerana aku telah mengandungkan anak hasil daripada lelaki lain.Dia tak tahu yang aku kotor dan tak suci lagi.Aku belum sedia untuk dia tahu perkara itu.
Aku cuba menahan tolakkan pintu itu namun semakin aku cuba semakin kuat Taehyung menolak.Aku terdorong ke belakang saat pintu tandas itu berjaya dibuka olehnya.Lantas kakinya melangkah maju ke arah aku yang terpinga-pinga mengundur kebelakang.
"Siapa Jimin?" Soalnya lagi.Dia memegang bahuku dengan kuat.
Aku menitiskan air mata.Kedua belah tangan Taehyung yang sedang mencengkam bahuku,aku tolak ke bawah dengan kasar.Taehyung nampak agak tergamam dengan tindakan ku itu.
"Apa yang awak cuba buat dekat saya tadi? Yang tu awak tak nak bagi penjelasan? Sampai hati awak kan" kataku dengan nada yang tersedu-sedu.Aku dapat lihat air muka Taehyung berubah.Dia nampak bersalah sangat-sangat.
"Yura,saya tak berniat nak buat macam tu.Saya cuma nak bergurau sahaja" kata Taehyung.Dia cuba hendak memegang bahuku semula namun cepat-cepat aku tepis.
"Gurau? Dengan cara macam tu? Awak dah gila ke? Kalau gurauan awak itu boleh membuatkan kita terlanjur macam mana? Ni bekas-bekas merah dekat leher saya,gurau ke macam tu?" Nada suaraku naik seoktaf.Taehyung terkedu.
"Yura..sa.. saya.."
"Dah lah Taehyung.Keluar"
"Tapi saya.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku pantas memintas.
"Keluar!"
Tubuhnya aku tolak sehingga ke muka pintu.Dia tidak membantah saat aku menolak tubuhnya keluar dari tandas.Keluar sahaja dia dari tandas ini terus aku hempas pintu dengan kuat.
Aku menapak perlahan ke arah singki sambil menangis.Teresak-esak tubuhku menahan tangisan yang semakin galak mengalir.
Aku angkat kepala memandang wajah sendiri melalui cermin yang berada di singki itu.Kesan merah yang ada pada sekitar leherku terlihat jelas.Serta merta memori pahit itu terimbas kembali seperti pita rakaman yang diulang berulang kali.
Kesan-kesan merah ini lah yang pernah dibuat oleh Jimin suatu ketika dahulu.Apa yang aku terima ketika itu hanyalah kesakitan saat dikasarinya.Pernah sekali dia ikat aku dekat kepala katil dan cuba untuk buat perkara yang tidak baik tapi nasib baik aku sempat diselamatkan.
Tipulah kalau aku cakap aku dah lupakan perkara itu.Semua yang pernah Jimin cuba lakukan ke atas aku dulu masih segar diingatan.Kerana dia,aku trauma.
Taehyung tak patut tahu.Aku tak nak dia terluka bila tahu keadaan diriku yang kotor ini.Pasti dia kecewa bila dapat tahu yang aku tidak suci lagi.
Taehyung..maafkan saya.
••••••••••••••••••••
Taehyung duduk di birai katil,menunggu Yura keluar dari tandas.Sudah hampir 20 minit Yura berada di dalam tandas namun sehingga sekarang dia masih belum keluar lagi.
Taehyung mengeluh berat.Sesekali dia memukul dirinya sendiri.Marah akan perlakuan dirinya yang bodoh itu.Kenapalah dia buat Yura macam tu.Tak pasal-pasal angin Yura berubah.Salah dirinya juga kerana tidak dapat menahan nafsu.Jujur,sebenarnya dia mahu lebih dari itu.Tapi nasib baik Yura sempat menyedarkan dia.Itu pun bila nama Jimin disebut tanpa amaran.
Bercakap pasal Jimin,Taehyung yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Yura.Dia yakin Yura memang kenal dengan gerangan yang bernama Jimin itu.Cuma Taehyung hairan kenapa disaat itu juga nama Jimin dipetik? Pasti ada sesuatu yang berlaku diantara Yura dan Jimin.Tapi apa? Itu yang patut Taehyung ketahui.Ya,dia akan korek sendiri rahsia itu.Dia akan cari maklumat berkenaan Jimin itu dengan caranya sendiri.
Taehyung tekad.
Bunyi pintu tandas dibuka menyedarkan Taehyung dari lamunan.Pantas dia bangkit dari katil lalu melangkah laju mendapatkan Yura.
"Sayang" Taehyung cuba untuk memegang pergelangan tangan Yura namun ditepis kasar oleh perempuan itu.
"Sayang saya minta maaf.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya tak berniat pun nak buat macam tu" ucap Taehyung berkali-kali.Dia melangkah mengikuti Yura dari arah belakang sehingga tiba di katil.Mereka sama-sama melabuhkan punggung di situ.
Wajah kelam Yura yang masih tersisa air mata itu dipandang Taehyung dengan perasaan bersalah.Sejak keluar dari tandas dan sehingga kini Yura langsung tidak bercakap.Hanya air mata sahaja yang memainkan peranan,cukup untuk menggambarkan yang dia benar-benar kecewa dengan Taehyung.
"Sayang" rintih Taehyung.Perlahan-lahan tangannya bergerak menyentuh telapak tangan Yura.Diraih dan digenggam erat tanpa ada bantahan dari perempuan itu.Diam.Yura tetap diam dan mengeras seperti patung.Membuatkan perasaan bersalah itu tidak berhenti-henti menyerang Taehyung.
"Saya tak suka dengan 'gurauan' awak tu.Kalau awak masih sayangkan hubungan kita,saya harap awak takkan ulangi lagi kesilapan itu" akhirnya Yura bersuara juga setelah lama dia berdiam diri.Serta merta pandangan mata Taehyung beralih ke arah wajah redup Yura.
"Ya,saya janji.Saya takkan buat macam tu lagi.Sayang,maafkan saya.Saya tak sengaja" ucap Taehyung lagi.Kali ini giliran dia pula menitiskan air mata.Pada mulanya tangisannya perlahan sahaja namun lama-kelamaan semakin deras dan sukar untuk dibendung bila memikirkan yang Yura mahu memutuskan hubungan mereka.Jika Yura mahu memutuskan hubungan itu dia sanggup mati daripada menderita kehilangan Yura.Dia sayangkan hubungan ini.Dia mahu bersama dengan Yura sehingga ke alam perkahwinan.
Yura yang melihat Taehyung menangis itu mula berasa kasihan.Perlahan-lahan api kemarahannya reda.Kasihan pula bila dia tengok Taehyung beria-ia menangis daripadanya.Nampak lah lelaki itu benar-benar rasa bersalah.Itu yang Yura mahukan.Dia mahu lelaki itu sedar akan kesalahannya.Kata maaf? Bila-bila masa sahaja Yura sudi memaafkan dan melupakan kesalahan itu asalkan pesalah itu benar-benar sudah menyesali akan perbuatannya.
"Taehyung..dah lah tu.Saya maafkan awak.Yang penting awak mengaku itu kesalahan awak.Lain kali jangan buat lagi tau" Kata Yura,cuba memujuk hati Taehyung yang gundah gulana itu.
"Awak maafkan saya?" Soal Taehyung dengan nada yang teresak-esak.Yura tersenyum kecil lalu dia menganggukkan kepala mengiyakannya.Barulah sekarang bibir Taehyung mahu melebar.
"Terima kasih,sayang.Saya janji takkan buat macam tu lagi" kata Taehyung seraya memeluk tubuh kecil Yura itu dengan erat.Gembira tak terhingga hatinya bila mendapatkan kata maaf itu.Mujur sahaja Yura mahu memaafkannya kalau tidak,dia tak tahu nak buat apa lagi.
"Dah pergi mandi cepat,kita keluar cari makan.Saya lapar" adu Yura sambil menyentuh permukaan perutnya yang mula berlagu.Taehyung ketawa kecil melihat gelagat comel Yura itu.Pantas dia menganggukkan kepala sambil mengelap sisa air mata yang masih melekat pada pipinya.
°•Bersambung🥀•°
______________________________
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...