🥀Bab Lima Puluh Enam•°
"Aku dah tak kuat nak tengok Yura macam tu lagi.Aku tak tahu macam mana nak buat dia lupakan semua kesakitan tu.Hari-hari dia termenung,menangis,meraung.Duduk berkurung dalam bilik lepastu tak nak makan.Kau tahu apa perasaan aku masa tu? Sakit Yoongi.Hati aku sakit bila melihat dia dalam keadaan begitu"
Ujar Hoseok sambil menangis teresak-esak.Memang sekarang dia terlalu kerap menangis.Menangis pun sebab tak sanggup nak tengok keadaan adiknya begitu tiap-tiap hari.Setiap masa Hoseok menangis.Tiada satu hari pun mata itu tidak mengalirkan air mata.Selagi Yura tidak bahagia dan tersenyum seperti dulu,selagi itulah air matanya tidak akan pernah kering.Dia nak sangat-sangat tengok Yura bahagia semula.Macam dulu.
"Semalam pun dah macam-macam yang terjadi.Yura semakin teruk,Yoongi.Semalam dia mengamuk sebab Jungkook hantar surat cerai.Lepastu malam pula dia mimpikan Jimin.Dalam mimpi tu Jimin cuba nak perkosa dia.Aku dah buntu.Macam-macam cara aku buat semata-mata nak pujuk hati dia supaya lupakan semua tu dan bangkit semula.Tapi semuanya tak menjadi" tambah Hoseok lagi.Yoongi yang mendengar luahan hati itu hanya mampu tersenyum kelat.Dalam hatinya merintih pilu.Matanya juga turut berkaca dan nampak kabur.Bila-bila masa sahaja air matanya boleh tumpah.Sedih bila dengar keadaan Yura begitu.
Yoongi mengusap bahu Hoseok tanda bersabar.Ikutkan hati dia pun nak menangis semahu-mahunya.Tapi ditahan air mata itu agar tidak gugur.Dia juga dah buntu.Buntu hendak memujuk Yura bagaimana lagi.Dah macam-macam cara dia guna tapi Yura tetap dengan pendiriannya.
"Sabar Seok,aku pun tak kuat nak tengok dia menderita macam tu.Tiap-tiap hari aku terfikirkan dia.Aku risaukan dia.Tapi apa yang kita boleh buat? Tiada apa-apa.Kita dah cuba pujuk hati dia tapi tak menjadi.Seok,aku rasa kau patut bagi dia ruang.Jangan memaksa dia sangat untuk lupakan semua tu.Hati dia terluka.Tak mudah untuk dia lupakan semua tu.Beri dia masa" ujar Yoongi.
"Aku pun rasa macam tu jugak.Aku pernah terfikir nak bawa dia jauh dari sini.Jauh dari semua yang ada kaitan dengan Jungkook dan Jimin supaya senang untuk dia tenangkan diri dan lupakan semua itu.Yoongi,aku rasa aku nak pindah" kata Hoseok membuatkan Yoongi terkejut.Terus terbuka luas matanya bila mendengar perkataan pindah.
"Pin..pindah? Dekat mana?" Soal Yoongi dengan bibir bergetar.
"Mana-mana sahaja.Asalkan jauh dari mereka berdua.Aku nak Yura lupakan semua ni dan mulakan hidup baru.Aku nak dia cari kebahagiaan dekat sana nanti" jawap Hoseok.
"Kau yakin nak pindah?" Soal Yoongi,mahukan kepastian.Dia sebenarnya tidak setuju jikalau Hoseok mahu berpindah.Dalam hatinya meronta ingin menghalang niat Hoseok itu.Dia bukannya apa,dia cuma risau tak dapat jumpa dengan Yura lagi.Nanti kalau dia rindu Yura macam mana?.Kalau Hoseok benar-benar mahu berpindah,pasti dia tidak akan berjumpa dengan Yura lagi.
"Aku dah fikir masak-masak.Hanya itu sahaja cara untuk bantu Yura lupakan semua ni" kata Hoseok.Jawapan itu benar-benar membuatkan hati Yoongi terluka.Namun dia perlulah akur dan hormat dengan keputusan Hoseok.Mungkin dengan cara itu Yura akan sembuh.Demi kesembuhan dan kebahagiaan Yura,dia rela melepaskan Yura pergi.
"Bila kau nak pindah?"
××××
Cincin kahwin yang masih tersemat di jari,aku pandang dengan sayu sambil menyentuh permata di cincin itu dengan perlahan.Air mataku gugur menyembah bumi saat melihat cincin ini masih melekat di jariku.Secara serta merta segala memori indah terimbas kembali di benak fikiranku seolah-olah pita rakaman yang diulang dan ditayang berulang kali.Bermula daripada dia melamar aku,bertunang dan akhirnya berkahwin.Memang semuanya manis dan indah buat aku ingat kembali.Spontan bibirku mengukir satu senyuman yang cukup bahagia.
Namun senyuman itu tidak kekal lama.Perlahan-lahan senyumanku menghilang tatkala teringat akan memori pahit itu.Memori semasa dia mula membenci aku.Ya,dia benci aku sehingga sanggup mendera fizikal dan mentalku.Setiap layanan dan perbuatan yang dia beri padaku masih lagi segar di ingatan.Aku ingat dan aku simpan jauh di lubuk hatiku.Bertapa sakitnya bila diperlukan begitu.Bayangkan,dia pukul dan dera aku.Dia tak percayakan aku dan dia lebih percayakan kawan tak guna dia tu.Dia layan aku macam aku ni sampah.Dia jijik sangat-sangat dengan aku.Dia hina dan kutuk aku,dia kata aku ni perempuan murahan.Ingat aku boleh terima semua tu?.Jauh di sudut hatiku,aku benar-benar terluka.Tidak mudah untuk aku lupakan semua itu.Terlalu pahit.
"Aku benci kau Jungkook! Aku benci !!!" Teriak aku sekuat hati sambil meraup dan menarik rambut panjangku berkali-kali.Sekali lagi tekanan emosi aku tidak dapat dikawal.Aku seolah-olah seperti orang yang sudah kehilangan akal.Tapi aku tak gila.Aku cuma rasa tertekan sahaja.Emosi aku akan jadi tidak stabil setiap kali aku teringatkan dia dan kawan dia tu.Dua-dua tak guna.Aku benci!.
"Aku benci Jungkook! Aku benci Jimin! Dua-dua aku benci!" Teriak aku lagi sambil memeluk lutut dan menarik-narik rambut.
"Tak guna..Jimin tak guna.Aku jijik dengan kau! Aku jijik dengan diri aku sendiri.Berani kau sentuh aku.Jimin tak guna!!.Aku benci kau! Aku benci Jungkook..Dua-dua aku benci! Tak guna!!" Teriak aku.Cincin kahwin yang tersarung di jari aku tanggalkan lalu aku baling jauh-jauh sehingga bergolek masuk ke celah almari.Aku hanya memandang cincin itu menghilang dari pandangan mataku dengan perasaan yang membara.Huh,pergi jahanam.
"Yura" tiba-tiba satu suara memanggil namaku.Aku berhenti menangis.Aku cuba kawal diri dan menoleh ke belakang.Terpancul wajah Hoseok di muka pintu dengan wajah sayu dan mata berair.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah aku.
"Oppa keluar.. Yura nak bersendirian.keluar!!" Bentak aku apabila melihat Hoseok semakin dekat denganku.Hoseok tidak mendengar.Dia semakin melangkah ke arah aku.Semakin laju derapan kakinya.
"Oppa keluar!" Sama.Hoseok langsung tidak menghiraukan.Malah dia bertindak menarik aku ke dalam pelukannya.Erat,cukup erat sekali.Dia menongkat dagunya di atas kepalaku sambil mengusap lembut rambutku.Terasa air matanya jatuh dan mengalir perlahan di atas kulit kepalaku.Terhincut-hincut aku rasa saat tubuhnya menyentuh dengan tubuhku.Ya,dia menangis lagi.Semuanya kerana aku.Kesian dia.Aku pula,langsung tak hiraukan dengan perasaan dia.Apa yang aku tahu,memberontak dan menangis sehinggakan aku tak sedar yang aku telah melukai hatinya.
"Yura.. janganlah macam ni lagi.Mana pergi adik oppa yang dulu? Yang ceria,banyak mulut,kuat,tabah dan tak menangis.Hurm? Mana pergi semua yang ada dalam diri Yura tu?.Oppa rindu sangat-sangat dengan Yura yang dulu.Tolonglah jangan macam ni lagi.Oppa dah tak kuat nak tengok Yura menangis dan meraung setiap hari.Tolonglah" Pinta Hoseok sambil menangis teresak-esak.Aku diamkan diri.Tapi tak lama.
"Oppa.. memang Yura nak lupakan semua tu dan bangkit semula.Tapi,tak mudah untuk Yura lakukan.Hati Yura sakit,Oppa.Sakit sangat-sangat.Macam mana Yura nak lupakan semua tu kalau setiap hari Yura teringatkan mereka?" Ujarku.Hoseok melepaskan pelukan lalu kedua belah pipiku ditekup dengan telapak tangannya.
"Oppa tahu.Oppa faham.Yura,jangan risau.Oppa akan bantu Yura.Oppa tahu macam mana nak buat Yura lupakan mereka" kata Hoseok.Aku kerutkan dahi.
"Macam mana?" Soalku.Hoseok diam buat seketika sebelum dia menjawab pertanyaan aku.
"Kita pindah nak?" Jawap Hoseok.Aku tersentak.
"Pin..pindah?"
°•Bersambung🥀•°
______________________________
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...