°•fOrGiVe Me•° |86🥀

14 3 0
                                    

🥀Bab Lapan Puluh Enam•°

Pintu bilik hotel dibuka.Taehyung melangkah masuk ke dalam sambil menjinjit beg plastik berisi dua bekas makanan serta dua botol air mineral.Seusai pintu bilik kembali ditutup,dia melangkah mendekati meja lalu meletakkan beg plastik tersebut di atas meja itu bersama dengan kunci kereta.

Taehyung mengerling ke tepi.Satu keluhan kecil terbit dari dua ulas bibirnya apabila bayangan Yura yang sedang duduk memeluk lutut diatas katil menjamah pandangan mata.Risau hatinya tatkala melihat keadaan tunangnya yang sedari tadi asyik mendiamkan diri sahaja.Sejak balik dari tempat itu,Yura banyak termenung dan menangis.Sudah seharian keadaannya begitu.Langsung tidak mahu berganjak dari katil biarpun hari sudah menjelang malam.Taehyung ajak keluar makan pun dia tak nak jadi terpaksalah Taehyung membungkus makanan dan bawa pulang ke hotel.Entah perempuan itu ada selera makan atau tidak.Melihatkan keadaannya yang mengeras seperti patung jelas menunjukkan yang dia tidak mahu apa-apa selain daripada menangis.

Taehyung melangkah mendekati katil.Dia menyandarkan tubuhnya pada tiang katil sambil merenung Yura dengan lama.Dia faham bagaimana perasaan Yura.Pasti sukar untuk tunangnya menghadapi semua ini.Yalah,setelah hampir dua tahun lebih mereka berpisah kini tiba-tiba bekas suaminya muncul semula.Pastilah emosi Yura terganggu.

Sebenarnya Taehyung keliru dengan situasi tadi.Dia masih belum jelas tentang dua orang lelaki yang tiba-tiba muncul dan mengaku yang mereka mengenali Yura.Dari perbualan yang didengar Taehyung,dia yakin salah seorang daripada mereka adalah bekas suami Yura.Cuma Taehyung tak faham,kenapa mesti sekarang lelaki itu bersungguh-sungguh mahu mencari Yura? Taehyung risau kalau-kalau hati Yura akan beralih semula kepada Jungkook.

Taehyung mengeluh lagi.Kakinya mula membuka langkah ingin pergi ke arah tandas namun baru setapak dia melangkah,kakinya tiba-tiba berhenti.

"Taehyung" panggilan dari Yura itu telah mematikan langkah Taehyung,segera dia berpaling ke arah katil semula.

"Duduk sini kejap" pinta Yura sambil menepuk tempat disebelahnya.Taehyung akur.Dia segera melabuhkan punggung di situ.

Mata kuyu Yura memandang tepat ke arah wajah sayu Taehyung.Dia tahu,mesti Taehyung susah hati melihatnya begini.Lagipun ini bukan kehendak dia untuk berkelakuan begitu.Cuma pertemuan antara Jungkook itu yang telah mengganggu emosi dan fikirannya membuatkan dia tidak mampu menahan perasaan.Setelah hampir dua tahun lebih dia cuba melupakan semua penderitaannya,lupakan Jungkook dan sejarah silamnya di kota Seoul itu,kini tiba-tiba pula Jungkook muncul dihadapannya semula.Memintanya agar memaafkan dan menerima dia semula.Jungkook.. dia fikir mudah untuk Yura terima dia dan lupakan semua itu begitu sahaja? Tak..tak mudah untuk Yura.Lagi-lagi bila perasaan benci itu masih ada.

"Tae..saya nak minta maaf pasal tadi.Tak pasal-pasal awak terlibat sekali" ucap Yura dengan suara mengendur sambil menyentuh tangan Taehyung.Taehyung tersenyum nipis.Tangan Yura yang sedang menyentuh tangannya digenggam erat.

"It's okey,lagipun awak tak minta semua ni berlaku" ucap Taehyung.

"Maafkan saya sebab dah rosakkan hari untuk kita bergembira.Saya tak boleh nak tahan air mata daripada mengalir.Rasa sakit sangat-sangat bila jumpa dengan dia.Tae,saya benci dia.Saya benci dia sangat-sangat" luah Yura.Air matanya kembali mengalir.Kembali membasahi kedua belah pipi.Matanya yang sudah kuyu dan sembab itu juga kembali basah.Terhincut-hincut tubuhnya menahan tangisan.

Taehyung datang mendekati Yura.Kedua belah bahu Yura dipegang lalu ditarik ke dalam pelukannya.Dia mengusap kepala Yura dengan perlahan dan lembut,cuba untuk menenangkan hati tunangnya yang gundah gulana itu.

"Jadi lelaki tu lah bekas suami awak?" Soal Taehyung.Dalam tangisan itu Yura menganggukan kepalanya.

"Jeon Jungkook..dia lah bekas suami saya.Tak sangka harini saya bertemu dengan dia semula"

"Dari apa yang saya dengar,dia cakap dia dah menyesal dengan perbuatan dia.Dia pun ada cakap yang dia masih cintakan awak.Dia nak awak kembali kepada dia semula.Yura..Awak sudi nak maafkan dia?" Soal Taehyung.Agak sedikit lama untuk Yura jawap pertanyaan itu.Mendengarkan suara sedih Taehyung yang terselit di sebalik pertanyaan itu jelas menunjukkan bahawa lelaki itu risaukan sesuatu.

Buat seketika,Yura berhenti menangis.Dia meleraikan pelukan itu.Kini matanya difokuskan pada wajah kacak dan sayu lelaki itu.

"Kenapa? Awak takut hati saya beralih pada dia semula?" Soal Yura namun Taehyung hanya diamkan sahaja.Cuma riak wajah sahaja yang memainkan peranan memberi jawapan.Yura tersenyum kecil.Dia melekapkan kedua belah telapak tangannya ke pipi Taehyung.Dua biji anak mata Taehyung direnungnya dengan cukup dalam.

"Kim Taehyung..hati saya takkan beralih pada dia lagi.Dia tu cuma kisah silam saya.Kalau saya maafkan dia sekalipun dia takkan dapat saya semula.Hati saya hanya mahukan awak sahaja.Awak jangan risau,cinta saya tetap pada awak.Saya hanya cintakan awak,Tae" ucap Yura penuh dengan perasaan.Terus bibir Taehyung tersenyum lebar.Berbunga-bunga hatinya bila mendengar jawapan dari Yura itu.Barulah dia tidak berasa risau lagi.

"Thanks" ucap Taehyung ringkas.

Yura menarik tangannya dari pipi Taehyung.Dia kembali memeluk lutut.Air matanya masih mengalir tapi tidak sekuat tadi.Cuma esakan kecil sahaja yang berbunyi.

"Kenapa mesti saya berjumpa dengan dia lagi? Saya dah tak nak dia.Saya bencikan dia sangat-sangat.Saya tak boleh nak pandang wajah tu.Saya benci!..rasa sakit tu kembali terasa.Dia ingat senang-senang macam tu sahaja ke saya boleh lupakan semuanya? Tak mudah.. walaupun sudah dua tahun lebih ia berlalu tapi ingatan saya pada masa lampau itu masih segar di ingatan.Terlalu banyak penderitaan yang dia beri pada saya.Dia tak percaya yang saya tak bersalah.Dia ceraikan saya tanpa usul periksa terlebih dahulu.Yakinnya dia yang saya memang bersalah.Dan sekarang dia datang nak minta maaf? Dia baru sedar yang saya tak bersalah? Dah terlambat! Hati saya dah tawar untuk dia.Dalam hati saya hanya ada nama Kim Taehyung sahaja.Nama Jungkook,saya dah buang jauh-jauh" rintih Yura.Esakannya kembali bergema kuat.Taehyung yang hanya jadi pendengar mula terasa sebak.Seolah-olah dia dapat rasa bagaimanakah penderitaan yang diterima Yura.Kesian dia melihat Yura.Jungkook memang tak patut buat macam tu.Dia memang kejam.Kejam kerana sudah memperlakukan Yura sebegitu rupa.Tak ada belas kasihan langsung!.

Taehyung menarik kepala Yura lalu didaratkan atas bidang dadanya.Ubun-ubun Yura diusapnya lalu dicium sekilas.

"Saya sentiasa ada untuk awak.Menangislah sepuas hati awak" ucap Taehyung dengan penuh kasih.Yura memeluk pinggang Taehyung dengan erat.Wajahnya dilekap kuat pada bidang dada Taehyung sambil menangis sekuat hati.Genggaman pada hujung baju Taehyung semakin diperkuatkan seiring dengan tangisan yang semakin galak itu.

"Awak jangan risau.Saya takkan pernah tinggalkan awak.Saya akan hadapinya bersama-sama dengan awak sebab saya yakin Jungkook takkan pergi selagi dia tak dapat awak.Selagi dia masih disini,selagi tu dia akan ganggu awak.Saya nak awak kekal disisi saya.Jangan pernah berpisah dari saya.Saya takut kalau-kalau dia lakukan sesuatu pada awak.Tak mustahil kan kalau dia culik awak"

Tangisan Yura berhenti secara mendadak.Dia menarik kepalanya lalu memandang wajah Taehyung dengan riak wajah terkejut.

"Cu..culik?"

"Yup..orang terdesak,sayang.Dia akan lakukan apa sahaja tak kiralah dengan cara kasar sekalipun.So,please stay with me.Jangan keluar tanpa saya.Ara?"

"Emm araseo"

°•Bersambung🥀•°
______________________________

Our FaithWhere stories live. Discover now