°•fOrGiVe Me•° |89🥀

12 3 0
                                    

🥀Bab Lapan Puluh Sembilan•°

Mata lelaki itu mengecil saat fokus pandangan matanya menuju tepat ke arah dua susuk manusia yang duduk bersembang di kafe itu.Pantas bibirnya melebar sinis tatkala iris matanya berjaya menangkap bayangan manusia yang dicarinya sejak tadi.

"Kau jumpa Yura rupanya.Tanpa Jeon Jungkook? Huhu you so bad,Min Yoongi" menolongnya sendiri.

Ya,lelaki itu adalah Jeon Jungkook.Sejak dari rumah lagi dia ikut Yoongi secara senyap.Yoongi fikir dia datang seorang diri? tak,dalam diam lelaki yang bernama Jeon Jungkook itu telah mengikuti keretanya dari arah belakang.Kesian Yoongi kena tipu hidup-hidup,dia fikir Jungkook sedang tidur di rumah tapi sebenarnya tak.Jungkook berpura-pura tidur.Dia juga ada kunci pendua untuk rumah itu.Macam mana dia dapat? hanya dia seorang sahaja yang tahu.

Tidak lama kemudian,Yoongi mula berlalu pergi meninggalkan kafe.Sebaik sahaja bayangan kereta Yoongi tidak kelihatan,pantas Jungkook melangkah keluar dari sebalik dinding lalu menuju ke arah kafe dengan pantas.Yura yang sudah berada dihadapan pantas dikejarnya.Lariannya laju namun dia menapak dengan penuh berhati-hati tanpa ada sebarang bunyi pun yang dikeluarkan.Sehinggakan perempuan itu langsung tidak menyedari akan kewujudannya.

Langkah kakinya semakin diperkuatkan menghampiri tubuh Yura.Sebaik sahaja jarak diantara mereka terhapus pantas Jungkook menangkap pergelangan tangan Yura lalu ditarik kuat ke arahnya.Serta merta tubuh Yura berpaling menghadapnya.

"Jung..Jungkook" spontan bibir Yura menyebut nama lelaki itu dengan mata yang membulat besar,terkejut.Terus tubuhnya menggigil dan menggeletar.Tidak sangka,lelaki itu muncul disitu.

"Miss me?" Ucap Jungkook bersama dengan senyuman sinis.Pandangan matanya mula berubah jahat.Jika dia tidak dapat Yura dengan cara baik,terpaksalah dia guna cara jahat..kan?

"Jung.. Jungkook.. ma.. macam mana awak boleh ada dekat sini? awak.." kata-kata Yura tergantung saat tiba-tiba telapak tangan Jungkook menekup mulutnya.Dia meronta-ronta dalam pelukan yang erat itu,mencuba untuk melepaskan diri tetapi malangnya tenaga lelaki itu lebih kuat darinya.Dalam waktu yang singkat sahaja,Jungkook berjaya menariknya ke arah satu lorong yang terpencil dan agak sunyi berdekatan dengan kafe itu.Biarpun di waktu siang dan matahari tinggi memancar tempat itu memang jarang dilalui orang.Jadi senang untuk Jungkook 'berbincang' dengan Yura.

Tubuh Yura dihempap ke dinding.Biarpun tidak kuat namun rasa sakit itu tetap terasa.Berkerut wajah Yura menahan rasa.Hendak mengaduh kesakitan pun tidak boleh memandangkan mulutnya masih ditekup.Hanya mampu memberi reaksi melalui ekspresi wajah sahaja.

"Mian,sayang.Saya terpaksa.Saya tak tahu nak buat apa lagi untuk buatkan awak terima saya semula.Saya tahu saya salah.Saya minta maaf sangat-sangat.Yura,awak pernah jadi hak milik saya suatu ketika dahulu...Saya mahu tuntut kembali hak itu untuk jadikan awak hak milik saya semula,seperti dulu.Jebal..terima saya" rayu Jungkook.Perlahan-lahan tangannya dijatuhkan dari mulut Yura.Memberi ruang kepada perempuan itu untuk turut membalas.

"Awak fikir saya boleh lupakan macam tu sahaja dan terima awak kembali? tak Jungkook..Tak!! Awak tak berhak nak tuntut apa-apa hak dari saya.Kita berdua dah lama putus.Awak sendiri yang putuskan hubungan tu dan sekarang awak nak jilat balik ludah awak? dah terlambat.Saya dah tak cintakan awak.Cinta saya kini hanya untuk lelaki yang bernama Kim Taehyung bukannya awak lagi!" Terus suara kuat dan lantang terhembus keluar dari dua ulas bibir Yura.Jelas menunjukkan yang dia benar-benar marah ketika itu.Naik turun dadanya menahan amarah yang semakin membuak-buak.

Our FaithWhere stories live. Discover now