🥀Bab Sembilan Puluh Sembilan•°
Taehyung duduk termenung di luar beranda.Fikirannya asyik teringatkan perbualannya dengan Jungkook di kafe petang tadi.Yura pernah diperkosa? Kenapa dia tak tahu? Kenapa Yura sorokkan hal itu dari pengetahuannya? Tak penting ke untuk dia tahu?
Taehyung menghela nafas yang terasa panjang dan berat.Tubuhnya yang sedang duduk membongkok terus disandarkan pada kerusi.Jauh fikirannya melayang.Macam-macam yang bermain di fikirannya waktu itu.
Jungkook ceraikan Yura hanya disebabkan satu salah faham.Dia fikir Yura bersalah tapi sebenarnya tak menyebabkan rumah tangga mereka bergolak dan akhirnya membawa ke arah perceraian.Kalaulah Jungkook tahu yang Yura tak bersalah mesti rumah tangga mereka akan baik-baik sahaja.Kan?
Kesian pula Taehyung tengok Jungkook.Beria-ria mahukan Yura,bersungguh-sungguh mengejar Yura semata-mata mahukan peluang kedua.Tapi malangnya perempuan yang dikejar itu bakal berkahwin dengannya tak lama lagi.Patut ke Taehyung tarik diri? Taehyung tertanya-tanya.
"Yura..betul ke awak cintakan saya?" Menolong Taehyung seorang diri.Tiba-tiba pula hatinya rasa curiga akan cinta Yura terhadapnya.Tapi kalau betul lah Yura masih menyimpan perasaan cinta terhadap bekas suaminya,terpaksalah dia tarik diri dari perkahwinan itu.Dia tak nak disebabkan perkahwinan itu ada dua hati yang terluka.Terutamanya hati Yura.
Sekali lagi keluhan panjang meniti keluar dari bibirnya.Pening mahu memikirkan hal itu.Entah mana satu yang betul.
Yura cintakan dia
Atau
Cintakan Jungkook sebenarnya?
Kalau Yura masih cintakan Jungkook kenapa perempuan itu beria-ria ajak dia berkahwin?
Taehyung tak faham,dia perlukan penjelasan dan kejujuran yang sebenar dari Yura.
Lantas dia berdiri dari kerusi lalu menapak masuk ke dalam bilik tidurnya.Kunci kereta yang berada di atas meja lampu pantas dicapainya.Kemudian dia berlalu keluar dari bilik itu dan melangkah turun ke bawah dengan pantas.
××××
"Jungkook,sampai bila kau nak stay dekat sini? Kau cakap cuma dua tiga hari sahaja" soal Yoongi seraya melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Jungkook.
Jungkook yang sedang memeluk lutut di atas sofa itu terus angkat kepala bila terdengar suara Yoongi.Dia memandang wajah Yoongi dengan pandangan yang cukup sayu sekali.
"Bagi aku masa lagi sedikit boleh?" Pinta Jungkook dengan nada suara yang sedih dan perlahan.
Yoongi berdecit.
"Sampai bila?"
"Dua hari lagi perkahwinan Yura dengan Taehyung akan dilangsungkan.Kau tolong bawa aku ke sana boleh? aku nak jumpa dengan Yura buat kali terakhir.Lepastu je aku jumpa dia,kita terus balik Korea.Aku janji"
"Baiklah,aku akan bawa kau ke sana asalkan kau tak buat kecoh"
"Tak,Yoongi.Aku takkan rosakkan saat bahagia bekas isteri aku.Aku nak tengok dia bahagia dengan pilihan hatinya sendiri.Jadi,kau jangan risau.Aku terima takdir ini walaupun sakit untuk aku hadapinya" ujar Jungkook.Jatuh setitis air matanya.Yoongi mengeluh.Wajah Jungkook yang nampak sunggul itu dipandangnya dengan perasaan kesian.
"Aku faham perasaan kau.Mesti sukar untuk kau terima kenyataan ini kan"
"Demi kebahagiaan Yura,aku rela berkorban.Biarlah aku seorang sahaja yang merana" kata Jungkook.Yoongi diam.Sama-sama termenung di sofa itu.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...