🥀Bab Lima Puluh Satu•°
"Kenapa Yura tak pernah cakap dekat oppa yang Jungkook dengan Jimin buat Yura macam tu?! Oppa ni tak penting ke dekat Yura? Siapa Oppa dalam kehidupan Yura? Hah?!"
Aku hanya mampu memejamkan mata mendengar setiap kata yang dilontarkan oleh Hoseok itu.Bukan dengan nada yang perlahan tetapi dengan nada yang cukup kuat dan mampu meruntuhkan penthouse ini bila-bila masa sahaja.Sehinggakan kedua belah bahuku terhincut bila dimarah begitu.Air mataku sudah lama mengalir turun.Bercucuran membasahi seluruh wajahku.Aku hanya mampu menangis setiap kali Hoseok bertanya.Aku tahu dia marah sebab aku tak pernah cerita dekat dia.Tapi tak bermakna dia tak penting buat aku.Dia penting buat aku.Penting sangat-sangat.Hanya dia darah daging yang aku ada sekarang.Aku tak cerita sebab aku tak nak dia susah hati.Cukup lah selama ni dia bersusah-payah untuk buat aku gembira dan bahagia.Aku tak nak dia susah lagi disebabkan aku.
"Oppa tanya ni! Jawaplah!" Pekik Hoseok.Semakin deras air mataku mengalir.Teresak-esak diriku menahan tangisan yang tidak dapat dibendung lagi.
"Seok,sudahlah tu.Kesian Yura.Dia dah banyak menderita" Kata Yoongi setelah sekian lama berdiam diri di tepi sofa itu.
Hoseok mengeluh kecil.Kemudia dia melabuhkan punggung di atas sofa.Wajahku ditatapnya dari tepi,lama.Aku hanya mampu membatu di situ sambil menangis.Wajah garang Hoseok langsung aku tak pandang.
"Yura" panggil Hoseok.Aku diam.Masih tidak mahu memandangnya.
"Yura,pandang oppa" pinta Hoseok.Kali ni nada suaranya diperlahankan sedikit.Mahu tidak mahu aku pandang juga wajahnya.
"Kenapa tak cakap dekat oppa? Kenapa Yura suka pendam sorang-sorang?.Kenapa tak boleh cerita dekat oppa?.Benda ni jadi teruk macam ni baru nak cerita? Hah?" Soal Hoseok.Aku nampak air matanya mula menitis.Perlahan-lahan,dan tak lama kemudian menjadi semakin lebat.
"Yura minta maaf..Yura cuma tak nak Oppa risaukan Yura.Yura tak nak oppa susahkan diri oppa lagi.Yura ingat Yura boleh handle sorang-sorang tapi rupanya tak" keluh aku sambil menangis.Bergetar rasanya seluruh tubuh aku ketika itu.
"Kenapa fikir macam tu?.Ibu dengan ayah dah pesan dekat oppa supaya sentiasa jaga Yura.Memang tugas oppa untuk sentiasa melindungi dan memikirkan Yura.Kenapa Yura tak boleh cerita dekat oppa? Yura buat macam tu seolah-olah oppa ni tak berguna sebagai seorang abang" kata Hoseok.Aku tersentak.Kenapa dia cakap macam tu?
"Oppa,Yura tak berniat pun nak buat oppa rasa macam tu.Sekali lagi Yura minta maaf.Yura tahu Yura salah.Oppa,maafkan Yura"
Aku menangis tersengguk-sengguk.Emosi aku mula jadi tidak terkawal.Aku rasa sedih sangat-sangat.Dadaku turut berasa sakit dan pedih.Mendengarkan Hoseok berkata begitu membuatkan aku bertambah sedih.Aku faham bagaimana perasaan dia bila aku membelakangkan dia seolah-olah dia tak wujud.Tapi aku buat macam tu kerana aku tak mahu dia rasa terbeban.Aku nak sangat tengok dia bahagia dan tak perlu fikirkan pasal aku lagi.Aku ingat,bila aku dah kahwin aku dapat kurangkan beban dia tapi rupanya tak.Malah semakin berat beban yang aku berikan padanya.Kerana itu aku menjadi terlalu beremosi.
Hoseok bangun dari tempat duduknya lalu beralih duduk di sebelahku.Dia mengusap belakang tubuhku sambil sebelah tangan lagi menggenggam kedua tanganku dengan erat.Wajahku yang sudah kemerahan akibat terlalu kuat menangis menjadi titik fokus buat matanya memandang.
"Tak..Yura tak perlu minta maaf.Oppa marah bukan kerana oppa mahu Yura rasa bersalah kerana tidak memberitahu hal ini kepada oppa.Oppa marah sebab oppa kecewa dengan Yura.Yura satu-satunya adik oppa.Oppa tak nak terjadi apa-apa dekat Yura.Oppa cuma nak tengok Yura bahagia sahaja.Bila Yura sorok benda ni dari pengetahuan oppa yang kononnya Yura bahagia tapi sebenarnya tak,itu yang membuatkan oppa kesal"
"Oppa yang sepatutnya minta maaf dekat Yura.Oppa gagal sebagai seorang abang.Gagal membuat adik oppa keluar dari penderitaan.Oppa sangkakan Yura hidup bahagia dengan Jungkook tapi rupanya tak.Oppa pun tak sangka dia sanggup buat Yura macam tu.Oppa fikir dia mampu bahagiakan Yura tapi oppa silap.Oppa serahkan adik oppa sendiri pada lelaki yang tak berguna.Maafkan oppa,jujur Oppa menyesal kahwinkan Yura dengan Jungkook.Kalaulah oppa tahu perangai sebenar dia macam mana oppa takkan senang-senang satukan kamu berdua.Maafkan oppa,Yura" Hoseok menangis.Merah padam wajahnya ketika itu.Turut beremosi sama dengan aku.
"Oppa,kenapa cakap macam tu.Oppa tak salah.Oppa tak perlu rasa bersalah.Dah ini ketentuan dan takdir buat Yura,Yura kena redha.Oppa,Jungkook sebenarnya tak jahat.Dia baik sangat-sangat.Cuma dia tak boleh terima dengan kenyataan bahawa Yura mengandungkan anak lelaki lain,itu yang membuatkan dia menjadi seperti itu.Memang patut dia marahkan Yura" kataku membuatkan hujung lidah Hoseok berdecit kuat.
"Tak seharusnya dia memperlakukan Yura sedemikian.Bagi oppa,itu terlalu kejam.Tengok luka-luka ni.Siapa yang buat? Jungkook kan?" Soal Hoseok dengan nada marah sambil menyentuh setiap luka yang ada pada tubuhku.Aku mengangguk perlahan.Benar,itu luka kerana dipukul Jungkook.Tapi itu bukan lagi luka sebaliknya itu parut yang sudah lama.
"Kalau betul dia 'baik',dia takkan buat Yura macam tu.Dia takkan senang-senang percayakan cakap orang lain.Dia mesti akan percayakan Yura tak kira apa jua yang berlaku.Dia kena siasat kes ini dahulu sebelum bertindak.Bukan main percayakan cakap orang lain dan buat kesimpulan sendiri.Itu salah,Yura.Cara dia buat tu seolah-olah dia dah tak cintakan Yura.Dia dah tak sayangkan Yura.Kalau benar dia masih sayang dan cintakan Yura kenapa susah sangat dia nak percayakan cakap Yura?.Kenapa dia mesti dengar dari mulut penjahat tu?" Ujar Hoseok.Aku hanya diam tidak membalas.Bagi aku,benar apa yang dikatakan Hoseok sebentar tadi.Aku setuju dengan kata-katanya.Walaupun perit buat aku,aku kena kuatkan diri dan terima kenyataan yang menyakitkan itu.
Seketika kemudian bunyi Yoongi mengeluh panjang.Dia berdiri dari sofa lalu mendekati kami berdua.
"Haih sudahlah tu.Bila nak habisnya? Daripada kita duduk sini menangis tak habis-habis baik kita bantu polis cari dua orang jahanam tu.Lagi bagus" keluh Yoongi.Aku dan Hoseok sama-sama mengangkat wajah memandang Yoongi.Ya,dia pun turut mengalirkan air mata.Terasa lucu pulak.Dia pula yang emosi.
"Betul juga tu" Hoseok mengangguk menyetujui pendapat Yoongi.Aku juga sama.
"Aku takkan biarkan Jimin terlepas.Dia mesti dapat pembalasan yang setimpal kerana telah merampas kesucian adik aku.Yoongi,aku nak dia dipenjarakan buat selama-lamanya bersama perempuan tak guna tu.Aku takkan maafkan mereka sampai aku mati" ujar Hoseok sambil mengenggam penumbuk kosong,mula menyimpan dendam di dalam hati.Aku mengusap belakang tubuhnya sebagai tanda bersabar.Aku pun turut sama mahu dua orang yang telah mengkhianatiku segera dipenjarakan.Mereka harus dapat pembalasan yang setimpal.Dan aku juga,takkan pernah memaafkan mereka.
Yoongi mengangguk.
"Kau jangan risau,polis dah mulakan operasi mencari mereka berdua.Polis pun cuba untuk detected location dia.Aku yakin dia bersembunyi dekat area sini sahaja.Dan mungkin dia sedang mencari kita,atau lebih tepat mencari Yura" kata Yoongi.Hoseok sekadar mengangguk faham.Tak lama kemudian aku tersentak.Aku pandang wajah Yoongi dengan perasaan yang penuh gemuruh.Kata-kata Yoongi membuatkan kadar dengupan jantungku bertambah laju.
"Ya,benar..Dia mesti sedang cari saya.Dia takkan berhenti selagi dia tak dapat saya.Yoongi,saya takut dia jumpa kita.Mesti dia upah orang untuk cari kita.Kalau dia jumpa kita macam mana?" Soal aku membuatkan Yoongi terdiam.
"Betul tu.Sepatutnya kena ada dua tiga orang berkawal dekat sini.Bila-bila masa sahaja dia boleh muncul" setuju Hoseok.Yoongi diam lagi,berfikir.
Namun tak lama kemudian tiba-tiba pintu rumah diketuk membuat kami bertiga terkejut.Serta merta pandangan mata kami dihalakan ke arah permukaan pintu itu.Ada orang datang.Tapi siapa?.
°•Bersambung🥀•°
______________________________Siapa yang datang tu?😱
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...