°•fOrGiVe Me•° |64🥀

10 3 0
                                    

🥀Bab Enam Puluh Empat•°

"Kau buat apa tadi?" Soal Daelia sebaik sahaja lelaki berambut biru itu meninggalkan kaunter.Sempat dia tersenyum ke arah aku sebelum melangkah keluar dari bakeri.Aku pula hanya mampu memandang tanpa sebarang senyuman pun.Aku tahu senyuman itu satu sedekah.Dan tak salah kalau aku juga mahu membalas senyuman itu walaupun kami berdua tidak kenal.Tapi..Hmm entahlah..Aku pun tak tahu kenapa bibir aku susah sangat nak tersenyum🤷.Padahal wajar untuk setiap pekerja membalas senyuman daripada pelanggan.

"Woi Yura!" Jerit Daelia membuatkan lamunan aku terhenti.Aku segera berpaling ke arahnya dengan riak wajah terkebil-kebil.

"Apa? Kau ada cakap apa-apa ke?" Soal aku.Daelia menepuk dahi.Aku pula masih terpinga-pinga melihat Daelia.

"Kau ni kenapa?" Soal aku pula.Daelia mencebik.

"Aku tanya kau tadi.Tapi rupanya kau tak dengar.Maknanya aku cakap sorang-sorang lah yer?.Ni mesti ralit tengok Tuan Kim sebab tu tak dengar,kan?" Soal Daelia sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.Aku yang mendengar terus mengerutkan dahi.

"Tuan Kim?" Soal aku.Pantas Daelia mengangguk.

"Yelah,Tuan Kim.Lelaki berambut biru tu" jawap Daelia.Aku terkejut.

"Kau kenal ke?" Soal aku ingin tahu.

"Mestilah kenal.Tuan Kim tu selalu datang sini beli kek kegemaraan dia.Boleh dikatakan dia pelanggan tetap dekat sini lah.Yelah,tak pernah pun dia tinggal hari.Setiap hari mesti datang.Kadang-kadang dua tiga kali juga dia datang dalam sehari" Ujar Daelia.Aku mengangguk faham.

"Kau rapat ke dengan dia?" Soal aku.Namun buat seketika Daelia ketawa.Hmn ketawa lagi.Suka hati kau lah Daelia.

"Kenapa kau nak tahu? Kau syok dekat dia eah.Sebab itu pandang dia macam nak terkeluar biji mata tu" kata Daelia.Pantas telapak tangan aku hinggap di atas lengannya.

"Ish kau ni.Mana adalah"

"Apa? Ingat aku tak nampak korang bermain mata tadi" aku diam.Malu dengan Daelia.Terasa membahang seluruh tubuh.

"Alah alah malulah tu" usik Daelia.

"Dia yang pandang aku dulu.Aku cuma terkejut je" jawap aku.Daelia mencebik.

"Eleh yelah tu.Yura,tak salah kau nak berkawan dengan dia.Cuma aku nak kau berhati-hati sahaja.Tuan Kim tu anak datuk.Ayah dia memang terkenal dekat sini sebagai seorang jutawan yang berjaya.Aku pernah nak dekati Tuan Kim.Yelah,lelaki kacak macam tu siapa yang tak jatuh cinta kan.Tapi malangnya tiada langsung peluang untuk aku dekati dia.Dengar cerita ayah dia suka memilih menantu.Mana yang berkenan barulah diambil jadi menantu.Sebab itulah Tuan Kim sampai sekarang belum kahwin lagi" Terang Daelia satu persatu.Sedikit sebanyak aku mula mengetahui latar belakang lelaki berambut biru itu.

"Anak jutawan?.Tapi kenapa selalu datang beli kek dekat bakeri yang tak seberapa ni?. Kenapa tak beli sahaja dekat kedai-kedai mahal yang jauh lebih baik daripada yang ini?" Soal aku,hairan.

"Ouh..Tuan Kim memang macam tu.Tuan Kim ni lain sikit daripada orang lain.Selalunya orang-orang kaya takkan jejak kaki dekat kedai-kedai murah macam ni.Tapi berbeza dengan Tuan Kim.Dia lebih suka datang ke tempat macam ni.Tuan Kim tu baik orangnya.Dia tak berlagak,tak sombong.Selalu tersenyum dan menegur orang ramai.Sudahlah hensem,peramah pulak tu.Sebab itu orang ramai kenal dia.Dia pun dah biasa dengan tempat-tempat macam ni.Kekadang dia belanja pelanggan dekat sini.Aku pun pernah nampak dia bersedekah dekat orang-orang miskin.Baik kan Tuan Kim tu" kata Daelia panjang lebar.Seketika kemudian,aku berasa bersalah pula kerana tidak membalas senyuman dia.Orang nak buat baik dengan kita tapi kita buat tak tahu.Teruk betul aku ni.

"Ouh.Banyak betul kau tahu pasal dia.Macam rapat je"

"Nak cakap rapat tu tak lah rapat sangat. Sembang-sembang macam tu jelah" Kata Daelia.Aku menggangukkan kepala.

"Eh sudahlah,buka kelab berbual pulak.Sambung kerja.Ni kalau bos nampak mesti bergegar satu bangunan ni" kata Daelia.Aku sekadar ketawa kecil lalu kami berdua mula bergerak membuat kerja masing-masing.

××××

Hari telah pun bertukar malam.Jam di dinding sudah pun menunjukkan tepat pukul 10 malam.Waktu yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua pekerja.Begitu juga dengan aku.Waktu yang kami dibenarkan untuk pulang💃.Tepat jam 10 malam,kami semua mula mengemas dan membersihkan bakeri ini.Aktiviti yang akan selalu dilakukan oleh setiap kedai sebelum menutupnya.

Meja dilap dan kerusi disusun dengan teratur.Sampah disapu sehingga bersih.Pinggan mangkuk dan cawan semuanya dicuci dan dibasuh.Kek-kek yang tidak habis dijual dimasukkan ke dalam peti.Semua tingkap ditutup dan dikunci.Lampu dan kipas juga ditutup siusnya.Setelah semuanya selesai,barulah kami semua dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Yura dah balik" Teriak aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Hoseok yang sedang menonton  televisyen terus menoleh ke arah aku.

"Balik dengan siapa?" Soalan pertama meluncur keluar dari bibir abang aku.Aku berjalan mendekati sofa lalu bersandar di situ.

"Daelia yang hantarkan.Dia cakap mulai hari ini dia nak ambil dan hantarkan Yura" jawap aku.Namun seketika kemudian Hoseok tiba-tiba diam membisu.Aku yang pelik,segera berpaling ke arahnya.Terus keningku terjongket naik apabila melihat Hoseok sedang tersenyum-senyum sendiri.Sukar untuk aku tafsirkan apa yang bermain di fikirannya ketika itu.Mungkin dia sedang terfikirkan...

Daelia?

Adakah abang aku sukakan Daelia? Atau aku sahaja yang berasa begitu.Aku rasa macam ada sesuatu diantara mereka berdua.Sejak dari hari perkenalan haritu,aku nampak abang aku seolah-olah suka dekat Daelia.Aku boleh nampak dari riak wajahnya.Setiap kali bertemu dengan Daelia pasti bibirnya tersenyum lebar,wajahnya berseri-seri.Begitu juga dengan Daelia.Mungkin Hoseok tersenyum begitu sebab mendengar jawapan aku tadi.Aku yakin sangat-sangat senyuman itu ada kaitan dengan Daelia.Mesti dia suka bila dengar Daelia akan ambil dan hantarkan aku.Yelah,peluang untuk dia berjumpa dengan Daelia semakin cerah.Hari-hari lah dia boleh jumpa dengan Daelia.kan?

"Apa senyum-senyum tu? Fikirkan Daelia eah?" Usik aku sambil mencuit pinggang Hoseok berkali-kali.Hoseok tersentak.Pantas dia menolak tangan aku.

"Ish Yura ni.Mana adalah" sangkal Hoseok.Fikir aku tak tahu?. Eleh nak tipu orang konon.Riak wajah sendiri pun tak boleh nak sorok.Ada hati nak menipu.Yura tahulah oppa ku yang tersayang.Nampak jelas sangat dekat muka tu yang oppa memang betul-betul sudah jatuh cinta dekat Daelia,kan😏.Kalau betul,Yura lah orang pertama yang akan merestui hubungan korang💃💃.

"Emm yelah oppa.Yura naik atas dulu,nak mandi" 

"Hah pergilah cepat.Lepas tu turun balik.Kita makan sama-sama.Cepat sikit tau,oppa dah lapar ni"

"Lah tak makan lagi ke?" Soal aku bersama kerutan di dahi.

"Tak.Tunggu adik kesayangan oppa balik kerjalah.Nak makan sama-sama" Jawap Hoseok.Aku yang mendengar jawapan itu terus tersenyum.Terharunya,ada orang tunggu kita lah😚.Ingatkan dah makan tadi.

"Ni sayang oppa ni" ucapku lalu merangkul leher Hoseok dari arah belakang.Hoseok juga tersenyum.Dia mengusap lenganku dengan perlahan.

"Dah pergi naik cepat" aku anggukan kepala lalu melangkah naik ke tingkat atas.

°•Bersambung🥀•°
______________________________

Siapa Tuan Kim tu🤔

Haha..watak baru!

Our FaithWhere stories live. Discover now