🥀Bab Lapan Puluh Dua•°
Hari sudah pun berlabuh tirai.Langit yang pada awalnya berwarna biru mula bertukar warna hitam.Bintang-bintang di langit mula munculkan diri menyinari bumi.Tak lupa juga dengan bulan purnama yang terletak jauh di langit.Cantik dan indah cahaya yang terhasil dari bulan itu.Cukup memberikan suasana yang romantik buat kami.Kini kami sedang berbaring di sebuah pandang rumput,sedang menatap langit malam yang dihiasi bintang dan bulan.
Sudah seharian kami luangkan masa bersama.Hari ini,kami benar-benar melekat seperti belangkas.Sekejap ke sana sekejap ke sini.Macam-macam yang kami lakukan.Bermain,makan,berbual,bergurau senda.Banyak yang kami lakukan sehinggakan tidak sedar jam sudah pun menginjak ke pukul 12 malam.
Taehyung..aku boleh nampak dia bahagia bila bersama dengan aku.Bibirnya,24 jam tidak berhenti tersenyum.Sentiasa merenung melihat aku seolah-olah tidak mahu melepaskan walaupun sesaat.Hari ini,sifat Taehyung yang tak pernah aku tengok tiba-tiba ditunjukkan.Tak sangka dia seorang yang romantik dan sangat manja.Dia suka merengek dan mengusik aku.Bibirnya asyik mengungkapkan kata-kata manis sahaja.Kerja aku asyik gelak tidak berhenti bila melayan karenah Taehyung.Dalam kegembiraan itu,entah mengapa tiba-tiba aku terbayangkan diri Jungkook di dalam diri Taehyung.Jujur,sifat Taehyung benar-benar sama dengan Jungkook.Cara dia layan aku,ambil hati aku,semua yang dia lakukan..semuanya sama dengan Jungkook.Seolah-olah waktu itu aku bersama dengan Jungkook.
Aku memang kejam.Mempermainkan perasaan Taehyung.Ya,aku jujur.. sepanjang hari ini aku bersama dengan Taehyung,aku terbayangkan wajah Jungkook.Aku layan Taehyung pun sebab aku nampak diri Jungkook.Apa yang aku katakan yang aku sudah melupai Jungkook sebenarnya tipu belaka.Aku ego.Aku nafikan perasaan aku padahal aku masih cintakan Jungkook.Aku memang jahat kan.Walaupun sudah dua tahun lebih aku cuba mencintai Taehyung,tapi semuanya sia-sia.Aku gagal mencintai Taehyung.Aku terima Taehyung pun atas dasar kasihan dan simpati.Sebab aku tahu dia terlalu cintakan aku,jadi aku terima sahaja.
Tapi bila hari ini kami luangkan masa bersama,aku nampak Taehyung bahagia sangat-sangat.Aku tak nak hancurkan kebahagiaan itu.Jadi aku berfikir,aku patut belajar mencintai dia.Aku patut beri peluang pada diri sendiri untuk jatuh cinta pada Taehyung.Aku tak nak fikirkan Jungkook lagi.Aku nak tutup buku lama dan buka buku baru.Benar,itu yang patut aku lakukan sejak dari dulu lagi.Lupakan Jungkook dan belajar mencintai Taehyung.
"Awak" Taehyung yang sedang ralit memandang langit malam itu menoleh ke arah aku.Dia menjongketkan kedua belah keningnya.
"Ya sayang.. kenapa?" Soal Taehyung.Aku diam sejenak,berfikir.Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk aku minta maaf.Pasal aku tersebut nama Jungkook masa tidur haritu.Sehingga kini Taehyung langsung tidak bercakap soal itu.Seolah-olah dia sudah melupainya.
"Saya nak minta maaf" ucapku dengan nada yang serba salah.Taehyung mengerutkan dahi lalu mengiringkan tubuhnya ke arah aku.Begitu juga dengan aku.
"Maaf? Untuk apa?" Soal Taehyung,hairan.
"Maaf sebab tersebut nama Jungkook masa tidur haritu,saya tak sedar waktu tu.Oppa cakap awak terdengar.Dia pun ada cakap yang dia nampak awak menangis.Awak menangis sebab terdengar saya sebut nama Jungkook kan? Saya minta maaf sangat-sangat sebab dah lukakan hati awak.Mesti awak kecewa dengan saya kan?" Ujarku dengan nada yang perlahan.Taehyung datang merapatiku.Rambutku diusapnya lembut sambil tersenyum kecil.
"Takpe,saya tak marah.Tu kan mimpi.kita tak boleh nak halang bila mimpi tu nak datang.Sayang kan tak sedar waktu tu.Lupakan jelah" balas Taehyung dengan senyuman di bibir.Aku terpaku melihat dia.Dia masih boleh tersenyum? Dia boleh lupakan semua itu dengan mudah walaupun hatinya sakit? Taehyung...kenapa awak terlalu baik? Awak buatkan saya rasa semakin serba salah.
YOU ARE READING
Our Faith
Hayran KurguCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...