🥀Bab Dua Puluh Tiga•°
Pintu gelangsar aku buka lalu aku labuhkan punggung di kerusi.Langit yang berwarna oren kuning aku tatap dengan lama.Indahnya.Sekejap lagi matahari akan terbenam.
Aku pejamkan mata sambil menghirup udara segar sedalam-dalamnya.Aku bukakan mata semula.Satu keluhan kecil meniti keluar dari bibir aku.Tiba-tiba pula aku teringat dengan 'ancaman' Yoongi.
Dia cakap nak dedahkan rahsia ini kepada Jungkook.Tak lama lagi.Aku cuba pujuk dia tapi dia tetap berkeras juga.Dia tetap mahu meneruskan niatnya.Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.Yoongi semakin gila.Dia terlalu inginkan aku.Macam-macam boleh berlaku dalam masa terdekat ni.
Aku lepaskan lagi keluhan.Aku bangun dari kerusi lalu duduk menyandar di pintu gelangsar.Aku rapatkan kaki ke dada.Kepala aku sandarkan pada pintu sambil memejamkan mata.
"Apa yang aku patut buat untuk halang lelaki gila tu? Macam mana kalau Jungkook dapat tahu? Habislah aku" monolog aku sendiri.
Tiba-tiba kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah.Aku bukakan mata lalu berdiri dari situ.Balkoni aku hampiri.Sebuah kereta berwarna putih kelabu diparking di halaman rumah.Aku naikkan kening.
"Oppa?"
Lantas aku berlari turun menuju ke pintu.Aku berdiri di muka pintu sambil tangan disilangkan pada dada.Menunggu abang aku keluar dari keretanya.
"Yura...Jom temankan Oppa pergi kedai jap.Nak beli barang sikit" kata Hoseok sebaik dia melangkah keluar dari kereta.Aku naikkan kening sebelah.Dia datang menghampiri aku sambil tersenyum kecil.
"Apahal pulak Yura kena temankan Oppa?.Pergilah sendiri.Macam lah dia tu budak kecik lagi" sindir aku.Hoseok berdecit.Lengan aku terus diraih lalu ditarik menuju ke keretanya.
"Eh eh eh..Ada Yura cakap nak temankan Oppa ke?" Soal aku sambil mengikuti langkah kakinya.Hoseok berhenti melangkah.Lengan aku dilepaskan lalu dia menghadap ke arah aku.
"Alah sekejap je.Lagipun kita dah jarang keluar sejak Yura kahwin.Tak sayang Oppa dah ke? Dulu Yura juga yang beria-ia ajak Oppa keluar.Tapi sejak kahwin ni terus lupakan Oppa.Oppa ajak keluar pun tak nak.Sampai hati Yura" Hah sudah merajuk la pula.Dah tua bangka macam ni pun nak merajuk lagi ke?.
"Oppa,Yura bukannya tak nak ikut.Tapi Yura dah ada suami.Kena lah minta izin dia dulu"
"Yang tu Yura tak payah risau la.Awal-awal lagi Oppa dah minta izin dekat Jungkook nak bawa Yura keluar.Dia bagi.Jomlah" Aku bukakan mata seluasnya.
"Serius?" Hoseok angguk.
"Emm yelah..Tunggu kejap Yura nak tukar baju"
Baru je aku nak berpusing ke belakang tiba-tiba tangan aku ditarik Hoseok membuatkan aku kembali menghadap dia.
"Eh tak payah la.Baju ni pun dah cantik.Jomlah dah lambat ni" ujar Hoseok.Aku kerutkan dahi.Wajah Hoseok aku pandang pelik.
"Oppa ni kenapa? Kalut semacam je Yura tengok.Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Soal aku.Hoseok garu kepalanya yang tidak gatal.
"Oppa nak pergi kedai ni.Nak beli..nak beli..er ..hah baju.Nak beli baju" semakin berkerut dahi aku.Aku pandang Hoseok dengan pandangan yang mencurigakan.Dia nampak pelik.Cakap pun tergagap-gagap.Dahi pun dah berpeluh.Kenapa dengan abang aku ni? Wayar tercabut ke apa.
YOU ARE READING
Our Faith
FanficCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...