🥀Bab Dua Puluh•°
Jimin dan Hoseok berjalan seiring ke arah bilik pejabat Jungkook.Waktu rehat sudah tiba namun Jungkook masih tidak keluar dari biliknya.Disebabkan itu Jimin dan Hoseok datang mencari Jungkook.
Pintu bilik Jungkook dibuka Hoseok.Melihatkan bayangan Jungkook masih ada di tempatnya terus mereka berdua melangkah masuk ke dalam.
"Kook,jomlah lunch" ajak Jimin.Mereka duduk di kerusi di hadapan meja Jungkook.
"Korang pergi jelah.Aku malas" kata Jungkook.Hoseok mengerutkan dahi.Nada suara Jungkook itu menunjukkan seolah-olah dia ada masalah.
"Kau ada masalah ke? Lain macam je aku dengar" Soal Hoseok.
"Tak adalah.Aku okey.Dah pergilah lunch" kata Jungkook.
"Kau jangan nak tipu lah.Kitorang bukannya baru kenal kau.Dah bertahun-tahun kita kenal.Kau merajuk ke kau marah ke kau ada masalah ke,kitorang kenal sangat perangai kau macam mana.Ceritalah apa masalah kau?" Celah Jimin.Jungkook mengeluh berat.Wajah Hoseok dan Jimin dipandang muram.
"Seok,maafkan aku" ucap Jungkook.Semakin berkerut dahi Hoseok dan Jimin melihat Jungkook.kenapa pula nak minta maaf tiba-tiba?
"Maaf? Kenapa pula?" Soal Hoseok.
"Aku gaduh dengan Yura.Aku tak sengaja marah dia" luah Jungkook.
"Kau gaduh dengan dia? Apa lagi kali ni? Takkan tak selesai lagi masalah sebelum ni?" Soal Hoseok.Jungkook mengeluh.
"Masalah tu dah selesai.Tapi ni masalah lain pula"
"Masalah apa?" Soal Hoseok.Jimin hanya diam mendengar perbualan mereka.
"Setiap kali aku nak bersama dia mesti dia tolak.Dah banyak kali dia tolak.Macam-macam alasan yang dia bagi.Aku rasa mungkin dia tak nak ada anak" kata Jungkook.Hoseok agak terkilan dengan tuduhan yang diberi Jungkook itu.Tak mungkin adiknya begitu.
"Mungkin dia ada sebab.Kau tak boleh terus menuduh dia.Yura tu adik aku.Aku kenal dia macam mana.Tak mungkin dia tak nak ada anak.Kau tahu tak,seminggu sebelum kahwin dia pernah cakap dekat aku yang dia tak sabar nak bina rumah tangga dengan kau,nak ada anak,nak hidup bahagia bersama-sama.Takkan lah tiba-tiba dia berubah hati pula.Untuk apa?" Ujar Hoseok.Jungkook terdiam.
"Kau kena tanya dia.Mungkin buat masa sekarang ni dia nak kau fokus dekat dia sahaja.Dia nak luangkan masa dengan kau seorang sahaja.Kau kenalah tahu apa yang ada difikiran dia" Tambah Hoseok lagi.
"Mungkin betul apa yang kau cakap.Aku tak sepatutnya tuduh dia.Aku tak patut marahkan dia.Mungkin dia terasa terabai sebab aku selalu sibuk dengan kerja dan disebabkan itu dia tak nak ada anak lagi.Dia nak aku fokus dekat dia dulu.Kan?"
"Kan bagus kalau fikir positif macam ni.Takdelah kau bergaduh dengan dia.Lagipun korang masih muda.Masih banyak lagi masa untuk diluangkan bersama.Honeymoon pun kau tak pergi lagi takkan dah nak ada anak.Nanti kalau dia mengandung susah pula nak berjalan" Nasihat Hoseok.Jungkook anggukan kepala.Betul apa yang dikatakan Hoseok.
"Betul tu,kook.Kau selalu-selalu lah beri perhatian dekat dia.Luangkan masa dengan dia.Pergi honeymoon.Happy-happy dulu barulah fikir pasal anak.Kau ingat nak jaga anak ni senang ke? Silap hari bulan tak tidur malam la kau" Celah Jimin.Terus terhambur ketawa mereka bertiga.Jimin memang pandai menyejukkan suasana.Jungkook mula tersenyum kembali.Kepalanya tidak lagi serabut.Semuanya dia dah luahkan.Beruntung dia dapat kawan yang suka menasihati dan memberi cadangan kepadanya.Kalau tak,sampai bila tak selesai masalah ni.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...