🥀Bab Tujuh Puluh Tiga•°
"Yura,ada pelanggan nak jumpa dengan kau" kata sunny sebaik sahaja dia tiba di hadapan kaunter.Aku yang sedang menunduk terus angkat kepala memandang wajah Sunny.
"Siapa?" Soal aku,hairan.
"Tu.. lelaki berambut biru.Untung la ada lelaki kacak panggil" kata Sunny sambil memuncungkan bibirnya ke arah lelaki itu.Sempat dia mengusik di akhir katanya.Aku yang mendengar kata itu sekadar tersenyum.Dua biji mataku segera dihalakan ke arah lelaki yang dimaksudkan Sunny itu.Hmm dia lagi.Apa yang dia nak sebenarnya? Pagi tadi aku dah ambil order dia,takkan nak order lagi.
Tanpa berlengah lagi,kakiku terus menapak turun dari kaunter lalu bergerak maju ke arah meja yang diduduki Taehyung.Taehyung yang melihat aku semakin hampir dengannya pantas mengukirkan senyuman.Senyuman yang mampu mencairkan mana-mana perempuan yang melihatnya.Ya,jujur aku cakap dia memang hensem.Tapi... Jungkook lagi hensem..haih kenapa tiba-tiba nak ingat dekat lelaki itu pula? Aduhh Yura..please singkirkan lelaki itu jauh-jauh dari fikiran kau!.
"Awak nak apa? Saya ada banyak kerja nak buat ni.Nak kata order,tadi dah order.Kenapa? Nak tambah lagi?" Soal aku bertalu-talu sebaik sahaja tiba di hadapan meja itu.Taehyung yang sedang duduk menyandar sambil menyilangkan tangan terus tegakkan badan.
"Amboi garangnya" hanya itu yang terluah dari bibirnya.Aku mengeluh kecil.
"Awak nak apa sebenarnya? Cepatlah" gesa aku.Taehyung menjuihkan bibirnya.
"Tak seronoklah bila awak kerja.Tak dapat nak sembang-sembang" keluh Taehyung lalu beriak sedih.Nada suaranya juga kedengaran agak sayu.Berkali-kali dia mengeluh.
"Awak ni.. janganlah bazirkan masa saya.Saya tengah kerja sekarang ni.Cepat cakap awak nak apa" kataku separuh geram.Geram dengan sikap Taehyung.Ini lah Taehyung,suka nak kacau aku bila tiba masa kerja.Sehari tak kacau tak sah!.Ada sahaja alasan dia untuk bercakap dengan aku.Hati ni,mampu bersabar jelah banyak-banyak.
"Alah..baru nak sembang-sembang" keluh Taehyung lagi.Mimik mukanya semakin bertambah muram.
"Kan hujung minggu boleh jumpa.Masa tu kita sembang lah banyak-banyak.Sekarang ni tak boleh.Saya sibuk!" Sengaja aku tekankan perkataan'sibuk' dengan nada geram supaya dia faham yang aku benar-benar sibuk sekarang ini.Tolonglah faham situasi aku.Dia ni memang nak tengok aku kena buang kerja ke?!😭
Taehyung mencebik.
"Saya ada benda nak cakap dengan awak" ujar Taehyung.
"Nak cakap apa?"
"Tapi bukan sekarang"
"Habistu bila?" Aku kerutkan dahi.
"Emm..malam ni boleh? Selepas awak habis kerja.Nanti saya datang jemput awak" kata Taehyung.Aku diam sejenak,berfikir.Malam ni? Lepas aku habis kerja? Hmm🤔 kenapa malam ni? Kenapa tak cakap sekarang?
"Malam ni? Penting ke? Kenapa tak cakap sekarang?" Soal aku
"Kan sekarang awak 'sibuk'.So malam ni lah kita jumpa" kata Taehyung.Entah perkataan 'sibuk' itu memerli atau tak.Tapi aku rasa dia perli aku.Aku mencebik bibir.
"Tak boleh tunggu hujung minggu ni? Esok pagi ke sebelum saya masuk kerja?" Soal aku.Taehyung diam.Mungkin sedang berfikir.
"Tak boleh.Malam ni jugak.Perkara yang saya nak cakap ni penting sangat-sangat.Ni antara hidup dan mati" amboi sampai macam tu sekali? Nampak lah perkara yang dia nak cakap itu amat penting.Aku yang lama berdiam diri akhirnya mengangguk setuju.Nampak macam dia desak aku aje.Jadi aku ikutkan sahajalah.Aku pun nak tahu perkara apa yang dia nak katakan tu sehingga melibatkan soal hidup dan mati.
YOU ARE READING
Our Faith
FanficCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...