°•Our Faith•° |10🥀

9 3 0
                                    

🥀Bab Sepuluh°

Aku kalihkan kepala ke tepi apabila terasa sofa dihenyak oleh Jungkook. Dia tersenyum lebar. Aku pun balas balik. Kemudian aku pandang kaca televisyen semula.

"Sayang"

"Hmm" aku sekadar bergumam. Mataku masih ralit memandang televisyen. Rancangan game show di televisyen itu menjadi fokus utama aku.

"Sayangggg" panggil Jungkook lagi. Aku toleh ke arahnya sekilas.

"Apa?"

"Pandang la saya" rengek Jungkook. Aku hampir tergelak melihat dia begitu. Manja kan suami aku ni. Mengalahkan budak-budak.

"Untuk?" Soal aku. Dia berdecit. Aku tahan gelak.

"Pandang la saya"

"Awak, janganlah kacau. Saya tengah syok tengok tv ni" kataku. Dia mencebik.

"Ouh jadi tv ni lebih menarik dari saya la? Kata rindu lama tak jumpa. Ni saya dah ada tak nak layan pula" Lah merajuk ke? Tak tahu pula lelaki kuat merajuk macam ni. Hehe, biarlah dia merajuk. Aku nak tengok setakat mana dia nak merajuk.

Aku buat-buat diam. Langsung tidak menghiraukan rengekan dia.

Sedang aku asyik tengok televisyen tiba-tiba pula televisyen ini termati. Pantas aku menoleh ke sebelah. Hmm dia yang matikan televisyen.

"Kenapa tutup?" Soal aku tidak puas hati. Remote televisyen diletak kembali atas meja. Dia mengiring menghadap aku lalu bahuku ditarik agar turut sama mengiring ke arahnya. Aku ikutkan saja.

"Awak ajak saya lawan mata ke?" Usik aku.

"Sayang.." meleret suaranya. Aku ketawa.

"Sorry, saya bukannya tak nak layan awak. Tapi tv tu lebih menarik dari awak nak buat macam mana" usik aku lagi. Jungkook besarkan mata. Aku ketawa lagi.

"Kalau macam tu layan lah tv tu 24 jam. Biar saya balik ke sana balik" ugut Jungkook. Giliran aku pula yang besarkan mata. Amboi kasarnya usikan dia.

"Sanggup ke awak nak tinggalkan saya?" Soal aku berani.

"Dah orang tu tak nak layan kita buat apa kita terhegeh-hegeh dekat dia kan" kata Jungkook. Okay, bunyi nada merajuknya. Aku tersenyum kecil.

"Yalah sorry, Janganlah merajuk. Saya gurau jelah. Saya layan tv macam mana pun tak bermakna saya tak kisahkan awak. Awak sentiasa nombor satu di dalam hati saya" aku rasa nak tergelak je dengan ayat sendiri. Jungkook senyum. Nasib baik tak melarat rajuknya.

Tiba-tiba suasana bertukar sunyi. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Kenapa pula? Seram pula aku dibuatnya.

Tak lama kemudian tangannya naik mengusap pipiku. Usapannya mula bergerak ke mata, hidung, bibir dan berhenti di belakang leher. Aku telan air liur. Dadaku mula berkerja keras. Dia menarik leherku mendekati wajahnya lalu bibir aku diraupnya dengan lembut. Aku hanya membiarkan sahaja.

Lama dia mencium bibir aku akhirnya dia lepaskan juga. Aku pandang wajahnya. Wajah yang menginginkan sesuatu. Aku faham maksud pandangan mata itu. Tapi macam mana aku nak beri? Tak, tak boleh. Dia tak boleh sentuh aku.

"Jungkook..saya..say.." aku tutup mulut. Mataku terpejam rapat usai tubuhku ditindih di atas sofa. Bibirku kembali diraupnya. Tanganku ditekan kuat pada permukaan sofa.

"I want you..now" Bisik Jungkook lalu leherku diciumnya. Aku pejamkan mata serapat yang boleh. Sentuhannya benar-benar membuatkan aku hanyut. Aku mahu tapi aku terpaksa menolak.

Tangan Jungkook ke bawah. Baju aku diselak lalu dia mengusap perut aku dengan lembut. Aku celikkan mata apabila terasa usapannya naik ke atas. Aku tahan tangannya. Dia berhenti. Kepalanya diangkat memandang aku.

"Kenapa?" Soal Jungkook. Aku tolak dadanya ke belakang lalu aku bangun dari sofa.

"Sorry.. saya rasa, saya tak boleh buat" kataku. Jungkook mengerutkan dahi.

"Saya.. sakit perut" bohongku.

"Sakit lagi? Pergi hospital jom?" Hah sudah..

"Tak.. tak sakit sangat. Sikit je. Saya cuma tak larat. Sorry" Jungkook sekadar tersenyum nipis.

"It's okey"

Sampai bila aku nak larikan diri dari dia? Alasan apa yang aku perlu bagi setiap kali dia mahu bersama? Aku tak nak dia curiga suatu hari nanti.

××××

Bingkai gambar Yura ditatapnya sayu. Bibirnya mula menguntum senyuman kecil tatkala melihat wajah comel Yura. Jari jemarinya mengusap gambar itu.

"Aku cintakan kau, Yura. Cinta sangat-sangat. Aku menyesal sebab dah tinggalkan kau. Maafkan aku. Aku kejam pada kau dulu" ucap Yoongi penuh penyesalan. Air matanya menitis jatuh ke atas bingkai gambar itu.

"Kalaulah aku tak tinggalkan kau mesti kita dah kahwin kan. Kenapalah aku ni bodoh sangat. Perempuan baik macam kau, aku tinggalkan. Tapi perempuan kaki curang tu juga yang aku terkejar-kejar. Bodohnya aku"

Sedang Yoongi asyik melayan perasaan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, mesej dari seseorang tertera di skrin telefonnya. Pantas tangannya mencapai telefon lalu bingkai gambar itu diletakkan semula ke tempat asal.

Aku nak jumpa dengan kau minggu depan..Dekat taman,pukul 5.

Mesej dari Yura dia baca sambil mengerutkan dahi.

"Yura nak jumpa? Tapi kenapa?" Soal Yoongi di dalam hati. Pelik, selalunya wanita itu merayu padanya supaya menjauhi dia. Tapi kali ni dia pula yang minta hendak berjumpa. Kenapa?

××××

Aku tutup skrin telefon. Satu keluhan kecil aku lepaskan. Aku memang nak jumpa dengan Yoongi tapi kenapa aku rasa gemuruh? Sampai sekarang aku tak boleh lupa apa yang dia buat padaku. Aku duduk di kerusi dekat beranda. Langit malam aku lihat dengan wajah yang kosong.

Sejak kejadian itu, hatiku jadi tidak tenang. Jiwa aku kacau. Aku asyik teringatkan kejadian itu. Bila dengan Jungkook aku terpaksa berpura-pura gembira tapi sebenarnya aku sedih. Aku tak mampu nak senyum. Luaran memang nampak bahagia tapi dalaman siapa yang tahu..

Hati aku masih sakit dengan perbuatan keji Yoongi. Dia tak patut ambil kesempatan masa aku pengsan. Dia, memang lelaki tak berguna.

Air mata aku mula mengalir turun. Menangis lagi aku bila teringatkan kejadian itu.

____________________

Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah katil tiba-tiba dia terpandang bayangan Yura di beranda. Dengan langkah yang berhati-hati dia melangkah perlahan ke arah pintu di beranda.

Wajahnya berkerut melihat Yura. Adakah dia tersalah nampak? Baru je tadi dia ternampak ada air yang mengalir turun dari mata perempuan itu. Yura, menangis?.

Dia ada perasan jugaklah, sejak pagi tadi sampailah malam Yura banyak termenung. Sekejap nampak gembira sekejap nampak macam sedih. Seolah-olah ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya. Tapi apa? Risau juga dia tengok Yura macam tu. Sebelum ni tak ada pun macam tu.

Tapi lepas dia tinggalkan Yura terus jadi macam tu. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? Ini tak boleh dibiarkan. Dia mesti siasat apa yang menyebabkan isterinya berkelakuan begitu.

°•Bersambung🥀•°
______________________________

Habislah Jungkook dah curiga😱

Our FaithWhere stories live. Discover now