°•Our Faith•° |46🥀

10 3 0
                                    

🥀Bab Empat Puluh Enam•°

Perlahan-lahan aku bukakan mata sehingga pemandangan yang cukup asing menyapa pandangan mata.Aku bingkas bangun dari perbaringan.Kepala yang terasa berdenyut aku sentuh sambil mengamati suasana di bilik ini.Tiba-tiba mata aku terbuka luas.Spontan tubuhku berdiri dan menuruni katil dengan pantas.Tingkap bilik aku hampiri.Langsir aku selak laju.

Hampir nak menangis aku rasa.Aku tak tahu aku dekat mana.Langit yang tadinya cerah sudah pun bertukar malam.Nampaknya aku pengsan terlalu lama sehinggakan aku tidak sedar hari sudah pun larut malam.Aku tak tahu kemana Jimin bawa aku pergi.Kini aku berada di penthouse,milik Jimin sendiri agaknya.Aku pun kurang pasti.Apa yang aku pasti,lokasi penthouse ini terlalu jauh dari perumahan Jungkook.Jalan kawasan ini pun aku tak kenal.Aku tak pernah lalu dekat kawasan ni.

"Aku dekat mana ni?"

Kepala aku tertoleh ke belakang saat terdengar tombol pintu dipulas dari luar.Cepat-cepat aku berlari ke arah pintu lalu menyorok di belakang pintu itu.Sempat tangan aku mencapai sebatang payung yang terletak di sudut bilik ini untuk dijadikan alat pertahanan aku.

Pintu dibuka.Dia masuk ke dalam.Baru beberapa langkah dia berjalan,tiba-tiba dia berhenti.Mungkin terkejut bila melihat aku tiada.Aku telan air liur.Dada aku mula berkerja keras.Berdebar-debar aku rasa.Dengan langkah yang perlahan aku keluar dari belakang pintu dan berjalan menghampiri dia.Payung aku angkat setinggi yang boleh.Hanya sekali percubaan sahaja aku berjaya menghentak belakang kepalanya.Terus dulang yang dibawa berisi nasi dan lauk serta segelas air terlepas dari tangannya.Berderai pinggan dan gelas kaca itu pecah ke atas lantai.

Jimin menjerit sakit.Dia berpusing ke belakang sambil tangan memegang belakang kepalanya.Aku terkejut.Kakiku berundur ke belakang setapak demi setapak sambil memegang erat payung itu.Aku fikir,dia akan pengsan bila aku hempuk dengan payung ni tapi rupanya tak.Liat betul jantan ni nak pengsan.Asyik aku je yang pengsan😪.

Namun sebaik sahaja dia berpusing ke arah aku.Terus mulutku terbuka luas.Mataku membulat.Payung yang aku pegang terlepas jatuh ke lantai.

Tak..tak mungkin..

"Yoon...Yoongi..ma..macam mana..kau.. kau..boleh ada de..dekat sini?"

××××

"Arghh!!!"

Jungkook membaling segala barang yang ada di dalam bilik itu sambil menjerit sekuat hati.Habis berselerak bilik tidurnya.Sofa yang berada di dalam bilik tidur itu turut menjadi mangsa amukannya.Dipukul dan ditendang sehingga terbalik ke pintu gelangsar.

Setelah puas dia melepaskan amarah yang sekian lama ditahan,dia melabuhkan punggung di birai katil.Wajah dan rambutnya diraup berkali-kali dengan kasar.Air mata lelakinya tidak henti-henti mengalir turun.Bercucuran laju membasahi kedua-dua belah pipi.Penderitaan yang ditanggung olehnya teramat perit dan pedih.Hatinya semakin bertambah hancur dengan apa yang terjadi siang tadi.

"Kenapa Yura..kenapa kau buat aku macam ni?.Kenapa kau sanggup buat benda tu dengan kawan baik aku sendiri?.Terdesak sangat ke kau nak cerai?.Atau kau betul-betul mahukannya?" Rintih Jungkook.Tersedu-sedan dia menahan tangisan yang semakin galak menitis.Hanya kerana seorang perempuan, dirinya menjadi begitu teruk.Tidak pernah lagi dia menangis seteruk ini.Last dia menangis pun ketika ayahnya meninggal dunia dan selepas itu dia tidak lagi mengalirkan air mata.Namun,Yura berjaya membuatkan air matanya kembali menitis.Bukan sekali tetapi berkali-kali.

Our FaithWhere stories live. Discover now