°•fOrGiVe Me•° |69🥀

8 3 0
                                    

🥀Bab Enam Puluh Sembilan•°

Taehyung melangkah keluar dari kereta sport miliknya sambil bersiul gembira.Pintu kereta ditutup lalu dia duduk menyandar disitu sambil menyilangkan tangan ke dada.Kakinya yang tersarung kasut puma berwarna putih itu menghentak permukaan berumput dengan perlahan berulang kali.Kepalanya ditunduk ke bawah.Bibirnya pula tidak berhenti tersenyum lebar,senyuman yang cukup lebar sehingga ke telinga.Boleh dikatakan yang dia rasa sungguh gembira dan bahagia sekali ketika itu.Seolah-olah dia lah orang yang paling bahagia dekat dunia ini.Mahu sahaja dia melompat-lompat kegirangan di halaman rumahnya tetapi ditahan perasaan itu.Risau kalau dicop gila pula.

"Jung Yura..." Spontan nama itu meniti keluar dari bibirnya.Semakin lebar senyumannya apabila wajah perempuan itu menjelma di ruang matanya.

Jung Yura,perempuan yang telah membuatkan dia berasa sungguh gembira sekali pada hari itu.Hanya dengan ajakan daripada perempuan itu telah membuatkan dia bahagia tak terkata.Itu baru diajak keluar,kalau diajak kahwin agaknya boleh koma dia.Akhirnya,dapat juga dia berkenalan dengan Yura lebih rapat lagi.

Jung Yura,perempuan yang telah mencuri hatinya ketika pertama kali dia melihat Yura sedang bergaduh manja dengan Daelia.Kejadian itu berlaku di kaunter,kebetulan waktu itu dia ingin membuat pembayaran tetapi secara tak sengaja dia terpandang Yura.Ya,ketika itulah hatinya terpaut dengan kecantikan Yura.Gelak ketawa Yura,senyuman Yura,semua yang ada pada Yura dia suka.Entah mengapa,dia rasa terlalu inginkan perempuan itu.Dadanya akan berdetak kuat setiap kali memandang wajah Yura.

Sejak itu dia mula berusaha untuk mengenali Yura dengan lebih rapat lagi.Oleh itu,setiap kali dia ke bakeri pasti dia akan tersenyum sendiri bila melihat Yura.Hatinya gembira bila dapat melihat Yura.Dan sekarang Yura mengajak dia untuk keluar bersama pada hujung minggu ini.Itulah peluang untuk dia dekati Yura dengan lebih rapat lagi.Dia akan lakukan apa sahaja untuk menangi hati Yura.Dia nekad,dia mahukan Yura.Dia akan pastikan yang Yura akan menjadi miliknya tak kiralah berapa tahun pun dia perlu mengambil masa untuk buatkan Yura cintakan dia.Dia sanggup menunggu asalkan Yura jadi haknya.

"Ehem,fikirkan siapa tu?"

Lamunan Taehyung terhenti apabila bahunya tiba-tiba ditepuk seseorang.Dia menoleh ke tepi.Wajah abang kesayangan muncul disebelah.

"Hyung" pantas Taehyung membetulkan cara berdirinya.Berdiri tegak dan tidak menyandar lagi.Tangan yang disilangkan pada dada juga sudah diturunkan.Wajah yang tersenyum-senyum tadi hilang serta merta.Kini wajah abangnya dipandang serius.

"Soalan aku tadi kau tak jawap lagi.Kau teringatkan dekat siapa sampai tersenyum macam orang gila?" Soal abang kandung Taehyung.Kim Namjoon namanya.Anak yang kedua daripada tiga adik-beradik.

"Er tiada siapa" jawap Taehyung gagap lalu tersengih.Namjoon tersenyum,sinis.Dia datang mendekati Taehyung lalu merangkul bahu adiknya sambil berjalan ke arah gazebo.

"Kau tak payah tipulah" kata Namjoon sebaik tiba di gazebo.Mereka sama-sama melabuhkan punggung di situ.

"Tipu? Tak adalah.Mana ada tipu.Betullah,hyung" sangkal Taehyung lagi sambil menggeleng perlahan.Namjoon tersenyum kecil.Taehyung nak tipu dia? Memang tak akan menjadi lah.Sejauh mana sekalipun Taehyung cuba untuk menipu,Namjoon tetap tahu.Lihat dari raup wajah Taehyung sahaja sudah dapat teka sama ada dia menipu ataupun tak.

"Hyung kenal kau macam mana.Memang mulut menafikan tetapi riak wajah kau tetap tak boleh tipu aku.Ni riak wajah ni,tak pandai nak berbohong.Cakaplah jelah siapa yang dah buat hati kau gembira tu? Perempuan kan?" Tebak Namjoon.Dia pasti dan yakin bahawa senyuman Taehyung itu ada kena mengena dengan perempuan.

Tempoh hari dia ternampak Taehyung sedang melihat gambar dari telefon miliknya sambil tersenyum-senyum.Bila diamati dengan jelas rupanya gambar itu adalah seorang perempuan.Cantik orangnya.Mungkin Taehyung mengambil gambar itu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan perempuan itu.Yalah,gambar itu terlihat agak bergegar dan kurang jelas.Tetapi kecantikan perempuan itu masih terlihat jelas dari gambar.Oleh itu Namjoon yakin bahawa adiknya itu pasti sedang dilamun cinta.Dan senyuman itu juga adalah disebabkan perempuan itu.

Our FaithWhere stories live. Discover now