°•fOrGiVe Me•° |72🥀

10 3 0
                                    

🥀Bab Tujuh Puluh Dua•°

Taehyung melangkah masuk ke dalam banglo dengan langkah yang cukup lemah sekali.Riak wajahnya nampak murung dan agak sayu.Kebenaran yang diberitahu Yura tentang statusnya amat menyentap hati Taehyung.Biarpun Yura sudah bercerai dengan Jungkook namun entah mengapa hati Taehyung kuat menyatakan bahawa Yura masih mencintai Jungkook.Dia boleh lihat dari dalam anak mata itu.Anak mata Yura yang bersinar-sinar,jelas terlihat dia masih berharap akan cinta daripada lelaki itu.Mungkin kerana ego yang membuatkan dia menafikan perasaannya yang sebenar.Nampaknya peluang untuk Taehyung rebut hati Yura hanya tinggal angan-angan.Susah untuk Taehyung masuk ke dalam hati itu jika hati perempuan itu masih mahukan lelaki yang bernama Jeon Jungkook.Tiada ruang untuk Taehyung.

"Tae" panggil abang sulung Taehyung apabila melihat adiknya menonong ke tangga tanpa menegur mereka yang berada di ruang tamu.Kebiasaanya Taehyung akan menegur mereka dahulu sebelum naik ke atas.

Taehyung yang mendengar panggilan itu terus berhenti melangkah.Dia berpaling ke arah ruang tamu.Terlihat dua orang abang kandungnya sedang merenungnya dengan pandangan yang pelik.

"Tae okey?" Soal Si abang sulung,Kim Seokjin namanya.Disebelahnya pula ada Kim Namjoon.Sama-sama memerhatikan wajah Taehyung.Dari riak wajah itu mereka sudah tahu yang adiknya ada masalah.

Taehyung mengeluh seketika sebelum kakinya menapak mendekati abang-abangnya.Dia segera melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Seokjin dan Namjoon.

"Kau okey tak? Tadi keluar rumah bukan main gembira lagi,ni balik muka masam mencuka.Kenapa? Yura tolak luahan hati kau?" Tebak Namjoon.Seokjin yang mendengar hanya mengganguk setuju,mengiyakan kata-kata Namjoon.Mungkin benar sangkaan Namjoon yang Yura menolak luahan hati Taehyung.Yalah,sebelum dia keluar muka nampak gembira sangat-sangat tapi bila balik tiba-tiba pula riak wajahnya bertukar murung.Tak lain tak bukan pasti luahan hatinya ditolak,tak pun Yura sudah berpunya.

Taehyung menggeleng lemah.

"Tak hyung.Tae tak luahkan pun perasaan Tae" jawap Taehyung lemah.Seokjin dan Namjoon sama-sama berkerut dahi.

"Lah kenapa tak luahkan? Kata nak luahkan perasaan kau.Ke sebab Yura cakap dia dah ada kekasih sebab tu kau tak cakap?" Tebak Seokjin pula.Taehyung menggeleng lagi.

"Habistu?" Soal Namjoon.Taehyung diam sejenak.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan.Wajah Seokjin dan Namjoon dipandang bersilih ganti.

"Yura dah pernah kahwin dulu.Dia datang sini pun sebab nak lupakan bekas suami dia" kata Taehyung dengan nada sayu.Seokjin dan Namjoon sama-sama terkejut.Bulat empat pasang mata itu memandang Taehyung.

"Bwo?! Yura dah pernah kahwin?" Kata Namjoon dengan suara terperanjat.Taehyung angguk lemah.

"Bekas suami? Maknanya diorang dah bercerai lah?" Soal Seokjin pula.Taehyung angguk lagi.

"So apa masalahnya? Kan dah bercerai.Diorang bukannya ada apa-apa kaitan lagi.Tak salah pun kalau kau nak luahkan perasaan dekat dia" ujar Seokjin.Memang betul pun apa yang dikatakan Seokjin itu.Tak salah.Yura dengan Jungkook kan dah bercerai.

"Tak ada apa-apa masalah.Cuma Tae rasa dia masih cintakan bekas suami dia.Tae boleh nampak dalam mata dia.Tae tak rasa dia boleh jatuh cinta pada Tae.Cuba hyung fikir,macam mana Tae nak buatkan dia jatuh cinta pada Tae sedangkan hati dia masih mahukan bekas suaminya?" Soal Taehyung dengan bersungguh-sungguh.

Our FaithWhere stories live. Discover now