🥀Bab Empat Puluh•°
Drtt..drtt..drtt
Aku hanya menatap skrin telefonku yang menyala di atas lantai.Panggilan dari Yoongi.Sudah berkali-kali dia menelefon tapi aku biarkan sahaja panggilannya.Malas nak bercakap dengan dia.Bagi aku,dia lah punca rumah tangga aku retak.Dia juga punca Jungkook membenci aku.Sekarang dia puas hatilah kan sebab dah berjaya buat rumah tangga aku musnah.
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Aku berdecit kasar saat mesej daripada Yoongi masuk.Bukan sekali tetapi lebih daripada sepuluh kali.Tak dapat telefon dia hantar mesej pula.Apa yang dia nak?.Kalau sehari tak menyusahkan hidup aku tak boleh ke?.Lama-kelamaan aku rasa rimas dengan dia.Kadang-kadang menyampah juga.Tak habis-habis nak kacau hidup aku.Dulu dia yang beria nak tinggalkan aku tapi sekarang bersungguh-sungguh nakkan aku balik.Orang macam tu memang tak tahu malu kan.
Drtt..drtt..drtt
Entah panggilan yang ke berapa.Aku pun tak pasti.Sejak dari hari kejadian itu sehinggalah ke harini,kami dah tak berjumpa.Disebabkan itu dia selalu contact aku.Dari pagi sampai ke malam.Nampaknya dia tidak akan berhenti selagi aku tak angkat panggilan dia.Mahu tak mahu terpaksalah aku angkat juga.
"Kau nak apa Yoongi?!" Sergah aku sebaik sahaja panggilan itu aku jawap.
"Sayang kenapa susah sangat nak angkat call? Saya risaukan sayang la.Boleh tak kalau saya call tolong jawap" kata Yoongi.Aku dapat dengar nada suaranya berbunyi risau.Ya..memang betul dia ikhlas mencintai aku.Sampai ke harini dia masih bertahan mahukan aku.Aku hargai dengan perasaan dia.Tapi apa yang dia buat tetap salah.Dia dah musnahkan rumah tangga aku.Aku tak sokong dengan apa yang dia buat.Bagi aku,kalau dia betul-betul mencintai aku,dia mesti rela melepaskan aku.Bukannya bersungguh-sungguh merampas aku dari Jungkook.Aku dah sah menjadi isteri Jungkook tapi kenapa dia tetap berkeras mengatakan yang aku milik dia?.Adakah itu cinta? Aku rasa tak.Bagi aku,dia hanya terlalu obses dengan aku.
"Untuk apa aku jawap panggilan kau? Apa lagi yang kau nak dari aku?!!" Teriak aku sepuas hati.Jujur aku cakap,aku dah penat dengan semua ini.Penat sangat-sangat..
"Saya cuma nak tahu macam mana keadaan awak?.Jungkook ada buat apa-apa ke dekat awak?" Soal Yoongi.Aku ketap gigi.Tangan aku genggam dengan erat.
"Buat apa kau nak ambil tahu pasal aku?"
"Saya risaukan awak.Hati saya ni tak tenang.Hari-hari saya teringatkan awak.Saya rasa tak sedap hati.Jungkook ada buat apa-apa ke dekat awak selepas kejadian tu?.Sudah sebulan kita tak berjumpa,Yura.Saya cuma nak tahu macam mana keadaan awak.Saya risau kalau-kalau dia apa-apakan awak" ujar Yoongi,risau.Betul.Aku dah sebulan tak jumpa dia.Sejak kejadian tu,Jungkook dah larang aku keluar dari rumah.Bukan setakat luar rumah je tapi dalam rumah pun dia tak bagi.Aku hanya dibenarkan duduk di dalam bilik stor ini.
"Kau tahu tak sejak dia nampak kita berduaan dalam bilik tu,dia dah semakin bencikan aku.Kalaulah kau tak datang haritu,aku takkan terseksa macam ni" ujar aku dalam nada suara geram.
"Apa maksud awak? Dia ada apa-apakan awak ke? Dia pukul awak?" Soal Yoongi.Aku diam.
"Jawap Yura,dia pukul awak ke?" Soal Yoongi lagi.Kali ini nada suaranya ditekan sedikit tinggi.Aku diam sejenak sebelum menjawab.
"Ya..dia pukul aku.Dia dera aku.Tapi aku tak salahkan dia.Aku salahkan kau,sebab kau lah penyebab aku didera.Kau yang buatkan dia bencikan aku.Kau yang salah!,bukan dia.Semua yang berlaku ni berpunca daripada kau!.Kalau kau tak datang jumpa aku haritu semua ini takkan berlaku" Aku tahan air mata daripada mengalir.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...