🥀Bab Tiga Puluh Empat•°
Cukup lima hari aku berkampung di hospital hari ini aku dibenarkan untuk pulang ke rumah.Tapi tu laa..Tak ada siapa yang nak jemput aku.Baju hospital pun aku tak tukar lagi.
Jungkook.
Entah dia pergi mana.Macam sengaja tak nak ambil aku.Aku dah cuba call tapi tak dapat.Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa.Dengan bil hospital belum bayar lagi.Aku rasa betul-betul diabaikan.
Aku lepaskan keluhan yang terasa berat.Air mata yang keluar dari tubir mata aku seka dengan jari.Takpelah,aku faham.Suami mana yang boleh terima kalau isteri dia mengandungkan anak lelaki lain,kan.Jadi aku tak salahkan Jungkook jika dia betul-betul bencikan aku.Aku yang salah.Dia memang patut pun layan aku macam ni.
Aku kalihkan cepat-cepat kepala ke belakang bila terdengar bunyi pintu dibuka.Aku kira Jungkook tetapi rupanya-rupanya bukan dia.Perlahan-lahan senyuman aku luntur dari dua ulas bibirku bila melihat gerangan yang muncul di muka pintu itu adalah Yoongi.Aku pandang ke hadapan semula.Menyampah aku nak tengok muka dia.
"Sayang..jom kita balik" ajak Yoongi.Apa?.Kau nak ajak aku balik?.Eh kau siapa nak bawa aku balik.
"Kenapa pula aku kena ikut kau.Aku ada suami.Dia boleh ambil aku.Kau baliklah.Aku tak suruh pun kau datang sini ambil aku" Tegas aku.Yoongi berdecit.Dia datang menghampiri katil lalu tempat kosong disebelahku lantas diisinya.Aku agak terkejut.Pantas aku mengesot sedikit ke tepi menjauhinya.Wajahnya aku langsung tak pandang.Tingkap dekat bilik ini yang menjadi fokus utama aku.
"Mana suami awak?.Ada nampak dia datang?.Tak kan.Sampai bila awak nak tunggu?" Soal Yoongi.
"Suka hati akulah nak tunggu ke,tak nak tunggu ke.Apa masalah kau?"
"Boleh tak jangan degil.Saya cakap ikut saya balik.No excuse" tegas nada suaranya.Aku berdecit kasar.
"Aku tak nak ikut kau.Pergilah!!" Teriak aku sambil menolak tubuhnya turun dari katil dengan kuat.Tapi sikit pun dia tidak bergerak atau berganjak dari situ.
"Dah tak ada alasan lagi.Mahu tak mahu awak kena ikut juga.Nah ni baju.Pergi tukar sekarang" arah Yoongi.Beg kertas yang berada di tangannya dihulurkan kepada aku.Aku pandang beg kertas itu dengan wajahnya silih berganti.Pandangan tajam dan garang aku berikan kepadanya.
"Ambil,Yura.Atau awak nak saya pakaikan baju untuk awak?.Nak?" Kata Yoongi.Aku tak ada pilihan.Yoongi,sekali dia cakap dia akan buat betul-betul.Itulah Yoongi.
Beg kertas itu aku ambil dengan kasar.Sambil kaki dihentak kuat ke lantai aku berjalan menuju ke tandas.
Selesai sahaja aku menukar pakaian,aku keluar dari tandas.Yoongi yang sedang menatap skrin telefon cepat-cepat angkat kepala memandang aku.
"Cantik" spontan perkataan itu meniti keluar dari bibirnya sambil tersenyum.Aku buat tak dengar.Kaki aku atur ke arah katil dengan riak wajah yang cukup garang.
"Dah jom balik" Ujar Yoongi lalu dia berdiri dari katil dan melangkah ke arah pintu.Aku masih diam berdiri di sebelah katil.Masih tidak mahu berganjak dari situ.Terasa aku tidak mengikuti langkah kakinya,dia menoleh ke belakang semula.
"Buat apa lagi dekat situ.Jomlah" kata Yoongi.Aku diam.Dia mengeluh.Kakinya kembali melangkah ke arah aku.
"Jangan risau,semua bil hospital saya dah bayar.Nak harapkan suami awak?.Entah bila dia bayar" ujar Yoongi.Seolah-olah dia dapat membaca fikiranku.
"Dah jom" dia cuba untuk meraih pergelangan tanganku tetapi cepat-cepat aku larikan tangan darinya.
"Aku boleh jalan sendiri" ujarku dengan dingin lalu mula mengatur langkah ke arah pintu.Yoongi tersenyum nipis.Dia berjalan mengikuti langkahku dari belakang.
YOU ARE READING
Our Faith
FanfictionCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...