🥀Bab Dua Puluh Lima•°
Aku terkejut saat telinga aku menangkap bunyi melodi yang sungguh indah dimainkan.Wajah Jungkook aku pandang dengan riak wajah tidak percaya.Jungkook tersenyum lalu tangan aku diraih dan dipegang erat.Tanpa aku sangka,dia mula menyanyikan sebuah lagu yang cukup indah buat aku.
Amugeotdo saenggakhaji ma
Neon amu maldo keonaejido ma
Eoh oh~~
Geunyang naege useojwo,yeah~Nan ajikdo midgijiga anha
I modeunge dakkumin geot gata
Eoh oh~~
Sarajilyeo hajima,yeahAku terpaku melihat dia.Suaranya yang merdu itu seakan-akan membuatkan aku terbang tinggi ke langit.Aku hanyut di bawa dia ke alam yang cukup indah ini.
Is it true? Is it true?
You~ you~
Neomu areumdawo dulyeowoUntrue...untrue..
You~ you~ you~Gyeote meomulleo jullae
Naege yakseokhae jullae
Sondaemyeon nara galkka,buseojilkka
Geobna geobna geobnaSiganeul meomchullae
I sungani jinamyeon
Eobseodeon iri doelkka,nal ilheulkka
Geobna geobna geobnaButterfly like a butterfly
Machi butterfly butterfly cheoreom
Butterfly like a butterfly
Machi butterfly butterfly cheoreomDi bawah percikan bunga api ini dia hadiahkan sebuah lagu yang sungguh bermakna buat aku.Dia minta aku supaya setia di sisi dia.Jangan tinggalkan dia walau apa pun yang terjadi.Itulah isi yang tersirat di dalam lagu yang dinyanyikan olehnya.
"Jeon Jungkook.Saya akan sentiasa ada disisi awak buat selama-lamanya.Tak kira apa jua badai yang melanda hubungan kita.Saya akan tetap bersama awak sehingga ke hujung nyawa.Walaupun saya tahu Yoongi akan musnahkan hubungan kita tapi saya tetap akan pertahankan rumah tangga kita.Saya janji"
××××
Terasa kuat hembusan nafas Jungkook mengena aku.Aku tersenyum kecil.Dia tidur lena sangat.Semalam kami pulang ke rumah dalam pukul 3 pagi.Sampai sahaja dekat rumah terus lompat katil.Dengan baju tak tukar.Haih..
Tubuh aku yang masih lengkap memakai gaun semalam mula berasa melekit dan panas.Aku cuba nak bangun.Perlahan-lahan aku angkat kepala dari lengannya.Risau dia tersedar.
Sangkaan aku benar.Belum sempat lagi aku bangun pinggang aku ditarik rapat ke tubuhnya semula.Aku dongakkan kepala memandang dia yang masih memejamkan mata.Aku tersenyum.
"Good morning" Dia tersenyum dengan mata terpejam.
"Morning" Jawap dia sepatah.Tiba-tiba dia lekapkan mukanya pada celah leher aku.Terasa bibirnya mengucup lembut di sekitar leher aku.Aku peluk tubuhnya dengan erat.
"Sayang,saya tak mandi lagi.Busuklah" Dia ketawa kecil.Aku fikir dia akan berhenti tetapi semakin galak pula dia mencium leher aku.
"Sayang mandi ke,tak mandi ke..sayang tetap wangi" ujar Jungkook.Aku tersenyum lagi.Memang setiap kali aku bersama dengan Jungkook pasti bibir aku tidak berhenti menguntumkan senyuman.Lelaki ini sentiasa membuatkan hidup aku disinari cahaya kebahagiaan.Aku tak boleh bayangkan bagaimana jika suatu hari nanti aku ditakdirkan berpisah dengan dia.Aku takut Yoongi akan buat sesuatu yang tak baik.Mesti sekarang dia sedang rancangkan sesuatu untuk musnahkan hubungan kami.
YOU ARE READING
Our Faith
FanficCinta tidak hanya bergantung kepada kesetiaan mahupun kejujuran.Tetapi juga memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi. Siapa sangka,disebabkan kepercayaan tidak diberi rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun akhirnya bergolak dan membawa ke ara...