Aku penat.
Bukan badan aku yang penat. Tapi hati, jiwa dan fikiran aku. Penat.
Emosi aku sangat tak stabil.
Aku asingkan diri aku dari masyarakat. Aku larikan diriku dari duniaku. Dari kawan-kawanku. Dari semua. Media sosial semua telah aku hapuskan dari telefon bimbitku. Yang ada hanya satu. WhatsApp.
Itu pun kerana aku masih aku keluarga dn seorang kawan baik.
Kawan baik?
Rasa sinis sekali perkataan itu.
Sejak dia berjumpa dengan seorang yang digelar kekasih. Yang sudi menjadikan dia isteri, langsung dia lupa aku. Datang bila ada sesuatu yang mengganggu emosinya.
Dan aku?
Hanya melayannya seperti biasa. Seperti aku langsung tak terluka dengan perbuatannya. Asalkan dia bahagia. Usah peduli aku yang sedang derita.
Asalkan dia bahagia. Itu saja yang aku harapkan.
Andai dia bahagia begini, iya, aku sebagai sahabat patut sama gembira. Bukan? Perlu sentiasa ada saat susah. Dan terus memberinya semangat agar dia terus memperjuangkan kebahagiaannya.
Lantas, kebahagiaanku bagaimana?
Persetankan kebahagiaan aku. Orang macam aku, tak layak untuk bahagia.
Bahagia bukan untuk orang lemah macam aku. Bukan untuk manusia penakut macam aku. Apatah lagi sebagai seorang pengganggur. Yang tak punya apa-apa. Tiada kerjaya, tiada harta. Duduk dirumah. Ditanggung semuanya.
Ya. Aku hanya berhak bahagia bila aku melihat orang yang aku sayang bahagia. Termasuklah dia...
Dia yang aku kenal disebuah ruangan mencari teman. Tinder.
Semua kerana aku terlalu bosan. Dan iklan aplikasi itu lalu sewaktu aku sedang menonton drama di satu laman sesawang.
Niat cuma mahu mencuba. Bukan untuk mencari teman atau apa. Sekadar mahu melihat. Bagaimana aplikasi itu bergerak.
Dan disitulah perkenalan aku dengan dia.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...