"Terima kasih hantar sampai rumah. Susahkan korang je." Kataku selepas memarkirkan kereta didalam porch.
"Tak ada yang susah, Amna. Amna masuk dulu. Lepas tu, baru kami balik. Jangan lupa kunci rumah." Pesan Zimi.
Aku angguk.
"Aku tak tahulah. Tapi hati aku rasa tak sedap je nak tinggalkan kau seorang." Kata Zafuan. Berkerut dahinya.
"Samalah. Abang pun rasa macam tu." Sokong Zimi.
"Tak payah nak macam-macam lah korang. Amna masuk, korang balik. Jangan pula nak jadi guard kat depan rumah ni." Kataku dan segera masuk ke dalam rumah.
Grill aku kunci. Aku halau mereka supaya pergi. Bila kereta Zimi bergerak, baru aku tutup pintu.
Tak lama selepas itu, pintu rumahku diketuk. Kuat.
Segera aku ke tingkap. Mengintai siapa yang sedang mengetuk rumahku.
Iza? Nak apa ke?
"Kak, buka pintu ni. Saya tahu akak ada. Buka kak." Kata Iza yang masih mengetuk pintu rumahku.
Aku buka.
"Ada apa Iza? Faiz tak ada." Kataku.
"Buka grill ni, kak." Desaknya.
Sebaik saja aku buka, dia menolakku kasar. Terhantuk badanku ke daun pintu. Terhantuk pula daun pintu ke dinding. Bertambah sakit badanku.
Aku ikut Iza yang sedang mencari sesuatu. Dia ke dapur, bilik tamu dan sudah bersedia untuk naik ke atas.
"Iza, tak baik menceroboh masuk rumah orang. Iza baliklah. Faiz tak ada. Dia balik kanpung. Kereta dia pun tak ada, kan? Pergilah balik." Kataku lembut. Aku tahan dia dari melangkah naik ke tangga.
Dia tepis tanganku. Aku kejarnya dan menghalang langkah nya.
"Balik Iza." Tegas suaraku.
"Akak tu, boleh pula. Siap tidur kat rumah ni. Akak siapa sebenarnya? Teman tapi mesra? Ke seks partner dia?" Kata Iza. Kasar dan cukup untuk buat hati aku terluka.
Kerana itu kebenarannya. Cuma dalam hububgan yang halal.
"Tepi kak." Dan dia menolak aku.
Aku yang tak bersedia dengan penolakkan itu, terjatuh. Bergolek sehingga anak tangga bawah.
"Amna!" Jerit suara Zimi dan Zafuan yang sudah berada didepan pintu rumah.
"Tolong!" Dalam kepayahan, aku minta tolong kepada mereka berdua.
Air mataku tumpah. Sakit sangat. Aku rasa panas dicelah kangkangku. Seperti ada bendalir yang mengalir.
"Zafuan, pergi buka pintu kereta."
"Boleh ke abang angkat dia seorang? Kita pimpin dia bang. Tak elok pula abang gendong dia." Kata Zafuan.
Zimi angguk.
Mereka menolong aku untuk bangun. Dan mereka memapah aku.
"Cik adik, silalah keluar. Lain kali masuk rumah orang tu, beradab sikit." Sempat lagi Zafuan menyuruh Iza yang sedang kaku di anak tangga keluar.
Mereka kemudian memimpin aku ke dalam kereta.
"Kunci rumah atas meja sebelah pintu. Jangan cakap apa-apa dengan perempuan tu." Kataku.
Zafuan segera masuk semula. Setelah mengeluarkan Iza. Dia mengunci pintu dan segera masuk ke dalam kereta.
"Call Faiz." Kata Zimi.
"Jangan. Please. Jangan." Rayuku.
"Amna, ni bukan masa untuk kau sembunyi lagi dari dia. Dia kena tahu." Kata Zafuan dan terus mendail nombor Faiz.
"Kitorang on the way bawa Amna ke Hospital Putrajaya." Kata Zafuan dan terus mematikan talian.
"Selawat banyak-banyak, Amna. Doa. Moga selamat baby tu. Kau pun selamat." Kata Zafuan.
"Korang, jangan cerita apa-apa pun apa yang korang nampak tadi. Tolong janji dengan aku. Apa yang jadi tadi, rahsia kita bertiga. Tolong!" Rayuku.
"Tapi Amna. Ini melibatkan nyawa kau. Anak kau." Kata Zafuan.
"Tolong." Rayuku lagi.
Zafuan dan Zimi diam.
"Tolong aku. Jangan buka mulut apa pun. Apa pun orang nak cakap, Faiz nak kata, korang terima saja. Jangan buka mukut langsung." Rayuku lagi.
"Diam Amna. Relax." Kata Zimi.
"Macam mana Amna nak diam? Korang tak nak tolong Amna." Balasku. Sedikit neradang dalam kesakitan.
"Aku janji." Kata Zafuan akhirnya.
"Zimi?"
"Ya. Zimi janji. Apa pun orang cakap, kami terima. Rahsia ni tak akan pernah terbuka dari mulut Zimi." Kata Zimi yang masih focus pada pemanduan nya.
"Aku pun sama." Kata Zafuan.
"Terima kasih."
Dan aku mula berselawat dan berdoa. Dengan tenang. Aku memang berharap sangat anak ini selamat. Tapi seandainya tidak, aku redha.
Aku yakin, ada yang terbaik Allah sedang rancang untuk aku.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...