I kerja
Kalau tak, boleh hantar you.Eh
Sibuk je nak hantar kita.
Ingat kita tak de family ke?Tak de la.
Nak tau result.
Time result keluar pun, I kerja.
I suruh you pilih tarikh lain
You tak nak.Hari Jumaat tak ramai orang.
Tadi pun tak ramai orang, you dah bising.
Takkan nak buat next week.
Bukan you pun yang tanggung sakit ni.Macamlah you makan ubat.
Hahahaha.
Sewel. Sakit pula hati kita.
Itu lah kau. Jujur sangat. Semua benda nak cerita. Acah-acah dia stranger. Tak kenal. Sekali Allah tunjuk. Sekelip mata.
Sekurang-kurangnya, kehadiran dia buat aku lupa seketika kerisauanku. Dengan keputusan ujian air kencing yang aku peroleh tadi, betul-betul buat aku runsing.
Ph 6. Buah pinggangku dalam paras berjaga-jaga. Aku kena jaga permakananku. Protein and potassium adalah musuh utamaku.
Tapi, aku suka makan daging, ayam, seafood. Ya. Telur juga. Tanpa makanan ni semua, apa sedapnya makan?
Mana nikmatnya makanan?
Nak sihat ke tak nak?
Oh. Mungkin aku boleh buat intermittent fasting. Puasa 16 jam. Untuk bagi buah pinggang rehat. Dan semestinya aku kena betulkan waktu tidur aku. Tak leh dah nak terjaga tengah malam dan buat kerja.
Aku kena paksa diri untuk tidur lepas terjaga. Aku kena paksa diri untuk tidur dengan baik supaya buah pinggang aku jadi makin sihat.
Tiba-tiba rasa geram juga dengan doctor ni. Bukan dia nak terangkan apa-apa. Dia tengok keputusan darah dan air kencing, terus dia ambil borang suruh buat ujian darah sekali lagi.
Haru betul.
Tak payahlah buat aku susah hati.
Tong!
Aku buka skrin telefon bimbitku bila nama J tertera.
Oh. Lupa.
Isnin tu, I shift malam.
Bolehlah temankan you.Aku tepuk dahi. Ini kalau halang pun tak jalan terutama sekarang dia dah tahu kat mana rumah aku.
Nasiblah...
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...