"Rindu I tak?"
Aku jeling wajah dihadapanku. Hampir seminggu dia hilang. Tanpa mesej. Tiba-tiba muncul depan rumah. Siap sergah orang lagi.
Sakai.
"Kalau rindu, cakap je la." Usiknya lagi.
"Nak apa datang ni?" Terus saja aku dengan suara tanpa nada.
"Kan nak ambil result. Jom." Seraya dia menarik tanganku.
Aku memukul-mukul tangannya minta dilepas. Akhirnya, aku rentap tanganku.
"Lain kali, hilangkan diri lama-lama. Orang nak inform apa-apa dah susah." Sarkastik saja suara aku.
Dia hanya menyengih. Tak ada tanda-tanda nak membela diri atau menceritakan kenapa dia menghilang.
"Kalau I nak p ambil result, takkanlah time ni I baru balik. Mestilah either I tak keluar atau terus pergi." Kataku.
"Jangan kata you tak pergi ambil darah hari tu." Katanya.
Aku terus saja menunjukkan kedua belah belakang tapak tanganku yang lebam. Kesan dicucuk.
Dia sengih.
"Sampai lebam." Selamba saja dia mengambil kedua belah tanganku dan digengam keduanya. Siap tiup-tiup.
Sakai.
"Dah?" Tanya ku. Sarkastik lagi.
Dia sengih dan melepaskan tanganku.
"Tak perasan dekat kad tu dia tulis 2 minggu lagi. Nurse tu cakap hari Isnin. I thought Isnin ni. Tengok kad tu tapi tak fikir apa-apa. Tengok juga tarikh. Tapi, tak ambil kisah. Sekali, nurse yang ambil darah tu kata, 2minggu lagi. Baru perasan, tarikh tu bukan Isnin ni." Kataku.
"Tu lah you. I nak tengok, you tak bagi. Next time, bagi je I tengok. You tu, semua benda careless." Bebelnya.
"Penat I datang." Sambungnya.
Aku jelingnya.
"Siapa suruh datang? Pergilah balik." Dan aku terus melangkah masuk ke dalam pagar dan menutupnya.
"Masuk dulu, tah sapa nama kau. Lupa pula makcik nak tanya." Laung mama dari pintu dapur.
Haah. Aku pun tak pernah tahu nama dia. Sekadar nama dalam tinder tu je la.
"Faiz, makcik." Balasnya.
"Ha, Faiz. Masuk. Masuk." Kata mama.
Dan dia dengan selambanya membuka pagar yang telah aku tutup dan terus melangkah masuk ke arah mama.
Pintu dapur adalah pintu utama untuk kami keluar masuk. Walaupun pintu paling dekat adalah pintu ruang tamu. Tapi sebab ruang tamu pun, kami jarang jejak. Tetamu yang datang pun lebih selesa terus ke dapur.
"Duduk dulu. Makcik baru balik beli barang dapur. Barang pun tak keluarkan lagi." Aku dengar mama menjemputnya duduk.
Aku dibonet kereta. Mencari bahan basah untuk dibawa masuk. Barang kering, tunggu lah orang lain. Pinggang aku tak mampu nak hadap berat barang tu.
"Adoi." Tiba-tiba, ada orang tolak aku ke tepi. Pinggang aku dah la sangat sensitif dengan pergerakan. Terutama yang mengejut macam ni. Sakit tau.
"Biar abang tolong cik adik angkat semua ni." Katanya sambil menayang muka kuat.
Sakai.
Abang celah mana? Kami sebaya kot.
Aku ambil beberapa plastik yang aku rasa ringan. Yang aku rasa aku mampu nak bawa selepas dia angkat keluar plastik dari bonet.
"You. Pergi masuk. Biar I angkat semua ni." Arahnya.
"Ringan je ni." Kataku dan terus melangkah masuk tanpa menghiraukan dia.
Aku letak barang dan terus masuk ke bilikku. Rasa melekit dan rimas. Aku nak mandi.
"Letak saja. Nanti makcik kemas." Kata mama. Aku dengar saja dari bilik air.
"Tak pe lah makcik. Dari tak buat apa-apa. Ada juga benda saya nak buat." Balas J.
"Suka hati lah. Makcik nak mandi. Nak solat. Dah pukul berapa ni. Mana yang tak tahu tu, letak saja." Kata mama.
"Ya lah makcik."
Diam saja. Tiada bicara. Hanya bunyi kelentang kelentong saja.
Aku siap mandi. Aku buka game. Check. Kot ada sesuatu untuk aku buat. Selesai. Baru aku kenakan pakaian dan keluar.
"You dah makan ke?" Tanyaku.
Dia geleng.
"Mama tak masak. Makan kat luar saja hari ni." Sambungku dan terus melangkah ke dapur.
Aku ambil jag dan buatkannya air.
"Air kosong je. I pun nak juga jaga badan." Katanya.
Aku diam. Air dah aku bancuh. Teh hijau. Aku ke peti sejuk dan ambil lemon. Aku hiris dan masukkan ke dalam jag air. Aku bawa jag ke meja makan dimana dia sedang duduk dan sekali lagi peti sejuk aku buka dan aku tambah ais ke dalam jag.
Aku ke singki dan mengambil cawan dan menyerahkan kepadanya.
"Air ni oun elok juga. Tapi tak ada rasa manis la. Madu mahal." Kataku dan terus ke singki semula.
"Jom keluar makan. I lapar." Katanya.
Aku diam.
Tangan aku sudah mengupas bawang putih. Aku ambil copping dan bawang putih yang siap buang kulit, aku copkan menjadi halus.
"Jomlah you." Rengeknya.
Aku ke peti sejuk. Mengeluarkan spegati yang aku dah rebus pagi tadi. Daging yang dah siap cincang dan basuh.
Aku ambil kuali, aku tumis bawang putih, aku masukkan daging, aku letak lada hitam dan Meggi Cukup Rasa.
"Kata tak reti masak."
Terkejut aku bila dia betul-betul dibelakangku.
"Memang suka buat rumah orang macam rumah sendiri ke?" Perliku.
"Tak de lah. Tapi rumah ni rasa macam rumah sendiri pula. Selesa saja." Balasnya.
Aku diam. Malas nak membalas. Bukan boleh menang pun cakap dengan dia ni. Lantaklah.
Aku memasukkan spegati bila daging sudah cukup masak. Sambil menahan rasa sakit di pinggang. Aku menggaul spegati agar rasa rata sebelum aku masukkan serbuk cili kering.
"Lain kali, belajar minta tolong dengan orang sihat." Katanya dan terus merampas sudip ditanganku.
Aku memandangnya.
"You memang nak I peluk you ke?" Katanya bila aku masih kaku berada dihadapannya. Manakala tangan kanannya menggaul spegati dan tangan kirinya memegang kuali.
Terus saja aku keluar dari kepompongnya. Baru tersedar. Aku duduk besandar di singki sambil memandangnya.
"Kan I kata, I duduk rumah sendiri. Masak sendiri. Semua kerja rumah I buat sendiri." Katanya tiba-tiba.
"Tak tanya apa-apa pun." Balasku.
"I tahulah apa yang you tengah fikir." Katanya dengan muka penuh bangga.
Aku ketawa. Kelakar melihat gelagatnya.
"Macam ni saja you nak hidang untuk I?" Tanyanya.
"You ajak makan luarkan? Ni I masak untuk family I. Jap lagi dorang balik. Patut masak pagi tadi. Tapi semuanya nak pergi awal. Tu yang baru masak la ni." Kataku.
Dia selamba saja. Aku lihat dia matikan api dan terus bergerak ke rak pinggan dan mengambilnya. Dicedoknya spegati tadi dab terus saja dia ambil garfu ditempatnya.
Sekali lagi aku ketawa dan mengikutnya ke meja makan. Aku pandang saja dia makan. Terhibur rasanya melihat dia begith menikmati makanan yang aku masakkan untuknya.
Ya. Aku memang masak untuknya. Sekalilah untuk keluargaku.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...