55

949 38 1
                                    

This is the way I love him.

Aku dah kata, cinta aku hanya untuk suami. Dan ya. Cinta aku hanya pada Faiz. Dan ini cara aku mencintainya.

Menjadi teman tapi mesra. Menjadi kawannya. Tapi lebih dari itu.

Selain mencintai dia, aku juga perlu untuk mencintai diriku sendiri.

Jadinya, ada masa aku kata pelacur kelas atasan. Tapi selalunya, aku anggap aku FWB. Semua tu adalah untuk ingatkan aku. Untuk bersedia ditinggalkan bila-bila masa.

Dan sekarang ni, kami sedang duduk dan bercakap dari hati ke hati. Dia sendiri dah mengaku yang Iza menghubunginya kembali. Dia sendiri mengaku, yang dia bahagia tika ini.

Apa yang aku mampu buat?

Senyum saja.

Hati aku?

Siapa kisah? Aku hanya menumpang disini. Hanya aku mencintainya. Bukan dia. Hanya aku anggapnya suami sepanjang perhubungan kami. Bukan dia.

Jadi Amna. Bersedia. Bila-bila masa, Iza akan hadir menuntut tahktanya.

Ting!

Aku buka mesej yang diberikan oleh Zimi.

Amna, kenapa Zimi rasa tak sedap hati? Zimi rasa macam Amna sedang menangis. Amna okey tak?

Aku senyum segaris.

"Siapa?" Tanya Faiz.

"Zimi." Jawabku.

Aku masih meletakkan daguku dilutut. Tanganku saja yang bermain-main dengan telefon bimbitku. Tak rasa nak balas mesej dari Zimi. Mataku, fokus pada telefon bimbitku. Tak mampu nak lihat wajah bahagia orang didepan.

"Masih contact dengan dia?"

Aku angguk.

"He is my friend. My true friend."

Dia mengeluh.

"Kalau I minta you jangan contact dengan dia lagi, boleh kan?" Lembut saja permintaan Faiz tu.

"You are my husband. Of course, you have the right." Balasku.

"Delete nombor dia." Arah Faiz.

Aku hanya mengikut arahannya. Seandainya selepas aku dan Faiz bercerai, aku masih tahu bagaimana mahu menghubungi Zimi kembali.

"Unfollow IG dia. Facebook pun. Unfriend dia." Arah Faiz lagi.

Aku ikutkan saja kehendaknya. Dia suami. Dia sugar daddy aku. Kenalah ikut.

"And you know. You still tak bagi lagi I nombor telefon you." Katanya.

Aku ketawa.

"Yang selama ni you call, WhatsApp tu. Apa benda?"

"Itu, I curi. Officially, you tak bagi pun."

Aku ketawa sambil menggelengkan kepalaku. Macam-macam perangai. Sama je. Aku bagi ke, dia ambil ke. Objective nya sama. Dapat contact aku.

"Nah, ambillah no I. 012 3456789." Aku layankan saja telatahnya.

Dia turut sama ketawa.

"Kita tak nak tukar ke the way we address each other?" Tiba-tiba Faiz menukar topik.

"Such as?"

"Abang-sayang?"

Aku buat memek nak muntah.

"Okey apa? Sweet je, kan?"

Aku ketawa.

Sayang? Bila masa aku jadi sayang dia? Sayang sebagai kawan. Langsung tak romantik.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now