29

818 32 2
                                    

Aku ramai kawan lelaki. Itu hakikat. Namun, dalam semua tu, ada beberapa orang yang aku tertarik. Zimi, salah seorang dari semua. Faiz adalah lelaki yang buat aku lupakan perasaan aku pada Zimi.

Walaubagaimana pun, aku sedar, ianya hanyalah perasaan aku. Tak mengharap mereka untuk menyunting aku untuk menjadi permaisuri hati mereka. Apatah lagi menjadi cinta hati mereka.

Tapi, hari ini betul-betul satu kejutan yang aku langsung tak sangka. Sejarah dalam hidup aku.

Pagi tadi, keluarga Zimi datang menghantar tanda. Untuk merisikku. Tiada angin. Tiada ribut. Zimi hadir membawa lamaran untukku.

Dan mama juga sudah memberinya keputusan. Kami terima lamaran Zimi. Kerana aku pernah cakap pada mama suatu masa dulu, sesiapa saja yang datang meminangku, terima saja. Tak payah bertanya kepadaku. Kecuali kalau mama rasa calon tu tak elok langsung.

Belah malam pula, Puan Zuriah datang dengan kakaknya, ingin menyunting aku untuk Zafuan.

Rasa nak pitam.

Aku langsung tak jangka semua ni. Impian aku, biarlah seorang 'stranger'. Yang aku langsung tak kenal. Tapi, yang hadir, dari orang yang aku langsung tak jangka.

Sebaik saja Puan Zuriah balik, mama panggil aku.

"Lamaran pertama yang datang sebenarnya dari Faiz. Kau ingat tak masa kau keluar dengan Zafuan? Yang Faiz tunggu kau tu. Masa tu, dia katakan hasratnya. Tapi mama suruh dia datang dengan adab dan adat kita sebagai orang Melayu." Cerita mama.

"Tapi mama terima lamaran Zimi." Ayat penyata. Tiada perasaan.

"Sebab itu perjanjian kita. Terima siapa saja yang datang meminang kau. Dorang datang dengan penuh adat. Siap dengan tepak sirih. Mama tengok, Zimi tu pun bagus orang nya. Jaga pergaulan dia dengan kau. Tau batasan." Jawab mama.

"So, officially, orang ni tunang Zimi?" Tanyaku.

"Kalau ikutkan, tak. Sebab ini baru merisik. Belum bertunang. Tapi sebab mama dah terima, unofficially, kau tunang dia." Jawab mama.

Entah. Aku tak rasa apa-apa. Tunang atau tak, aku kini sudah disunting oleh kumbang. Dan kumbang yang bertuah adalah Zimi.

Nak senyum. Tapi macam kelat saja.

Padahal, aku selalu rindu Zimi. Hazimi Redza. Nama yang selalu aku sebut suatu masa dulu. Cuma sejak kehadiran Faiz, nama itu makin terkubur.

Tapi sekarang, nama itu aku kena belajar pahatkan dalam hati. Kan?

Lebih baik Zimi. Yang aku tahu, memang punya perasaan kepadaku. Kan? Kalau Faiz? Entahlah. Mahu merana hidup menahan cemburu. Kan?

Hati?

Aku pernah suka Zimi. Tentu saja aku boleh terimanya dengan baik. Tapi tunggulah bila dia benar-benar menjadi suamiku. Untuk sementara ini, biarlah aku menyayanginya seperti sekarang. Kawan.

Cuma kena bagi lebih perhatian kepadanya. Kerana dia tunangku. Saat ini adalah saat untuk aku lebih mengenalinya. Dengan lebuh mendalam.

Semoga Allah permudahkan urusan kami jika benar kami ini berjodoh.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now