27

878 37 16
                                    

Untuk aku, selagi dia tak katakan hasratnya tu pada mama dan waliku, itu hanyalah sekadar cakap. Semua orang boleh cakap. Tapi berapa ramai yang bertindak.

Kalau korang faham, faham lah.

Dia sendiri takut nak jumpa ibu bapa perempuan yang dia cintai. Takkanlah dia berani nak cakap benda ni pada mama. Tak mungkin.

Aku tak cabar dia. Sebab aku memang tak nak. Tak nak dia jadi suami aku.

Bukan sebab dia jahat atau buruk perangai. Bukan. Langsung tak. Tapi sebab dia ada seseorang dalam hati dia.

Aku susah nk terima seseorang yang sudah punya pilihan hati. Aku boleh terima kisah silam seseorang. Aku rasa. Ini aku rasa, aku masih boleh terima seorang kaki kelab malam sekalipun. Tapi bukan seseorang yang dah letakkan perempuan lain dalam hati dia.

Terutama bila melihat dia terlalu memuja perempuan itu. Memang tak lah!

Aku lebih sanggup nikah dengan Zafuan dari Faiz. Aku tak tau lah kalau dia dah ada teman perempuan atau belum. Tapi, setakat ini, tak ada pula cerita dia bawa balik perempuan jumpa mak dia.

Oh. Aku dan Zafuan pun dah okey. Tak tahulah macam mana boleh okey. Aku sebenarnya okey je dengan dia. Cuma aku menyampah gila dengan perangai bodoh sombong dia tu.

Tapi sekarang dah berubah. Aku pun dah bagitahu dia kenapa aku buat dia macam tu. Dia terima dan sanggup nak belajar. Jadi, aku okey saja.

Dia suruh aku selalu perhatikan dia. Tak pasal-pasal, aku sekarang ni jadi sibuk dengan kerja-kerja dia. Tapi, aku bawa mama sekali. Mama lepak kedai makan kat bawah tu, aku naik atas uruskan budak seorang tu.

Tapi selalunya, dia datang rumah kalau ada perbincangan yang serius. Sebab benda tu akan ambil masa yang lama. Dan aku tak nak duduk lama-lama kat pejabat dia. Aku sentiasa ingatkan diri, mama adalah keutamaan aku.

Niat aku tolong Zafuan hanyalah kerana aku sayangkan syarikat tu. Aku kerja di syarikat tu selepas setahun ditubuhkan. Aku adalah saksi betapa susah dan payahnya arwah Tuan Fadil nak naikkan syarikat.

Dan sekarang, syarikat sedang mengalami masalah yang kronik. Ramai pekerja yang berhenti kerja sebab takut syarikat membuang mereka atau tak mampu nak bayar gaji mereka.

Hakikatnya, syarikat masih boleh bertahan. Jangkaan aku, sekiranya operasi syarikat maintain macam ni, dengan keadaan kewangan sekarang, syarikat masih boleh survive untuk 3-4tahun lagi.

Sebab itu, tindakan awal untuk mengekalkan ia untuk 30-40 tahun akan datang perlu diambil sekarang. Kebergantungan pada tender kerajaan perlu dihapuskan. Dengan keadaan sekarang ni, syarikat kecil akan terus tenggelam.

Daripada berlawan dengan syarikat besar untuk mendapatkan tender kerajaan, baiklah pergi cari peluang perniagaan dengan syarikat besar. Dan Zafuan berjaya mendapat kontrak setahun sebagai percubaan untuk perkhidmatan lorinya.

Bukan kontrak besar tapi pendapatan tetap. Walaupun untuk tempoh setahun, tapi jika berikan perkhidmatan yang memuaskan hati, takkan mereka tak nak sambung lagi, kan? Dan strateginya adalah meletakkan pemandu yang terbaik dalam syarikat agar tiada rungutan dari pelanggan.

Aku selalu tekankan pada Zafuan untuk rajin membaca bahasa tubuh seseorang. Kaji perangai dan tingkah laku seseorang. Nampak macam tak ada kena mengena tapi ia sangat diperlukan untuk kau pengaruhi orang yang kau sedang berurusan.

Mengunakan kelebihan dan kekurangan seseorang untuk tukar menjadi duit. Itu lah seni dalam dunia pemasaran. Dan jangan terlampau bergantung pada satu cara saja.

Betul, media sosial sangat berpengaruh zaman ini. Tapi berapa ramai yang anggap media sosial ini membuang masa?

Sebab tu, sangat penting 'after sale service'. Walaupun bukan pelanggan yang memberi kerja tetap, tapi kalau dia boleh pilih kita untuk service seterusnya, ia lebih baik dari cari pelanggan baru.

Faham. Fahamlah. Tak faham. Sudah.

Jadi, pelanggan sedia ada perlu sentiasa diraikan. Sesekali, telefon mereka. Hanya untuk bertanya khabar. Tak perlu untuk selalu menjual.

The art of marketing is be a human.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now