Zimi dan Zafuan mengarahkan pemandu grab untuk membawa mereka ke Gamuda Cove. Dengan harapan, Faiz masih menetap disitu.
Sampai saja didepan rumah, pintu rumah terbuka. Segera mereka keluar selepas membayar tambang grab. Mereka memberi salam.
Faiz keluar.
"Allah. Zimi, Zafuan. Masuklah." Sambut Faiz. Mereka bersalaman.
"Anak korang? Tak jemput pun. Mentang-mentang Amna dah tak ada, korang buang aku juga." Seloroh Faiz.
Zimi dan Zafuan diam.
"Kau sorang?" Tanya Zafuan.
Faiz angguk.
"Isteri dengan anak-anak kau?" Sengaja Zafuan bertanya.
Faiz tunduk. Wajahnya sedih.
"Lepas Amna meninggal, anak-anak aku pun hilang. Aku tak tahu dorang pergi mana. Tak tahu siapa yang ambil. Aku cari merata tempat. Tak jumpa. Aku rindu mereka sangat-sangat." Kata Faiz.
"Maksud aku, Iza dengan anak-anak kau dengan Iza." Tanya Zafuan membetulkan tanggapan Faiz.
Faiz geleng.
"Aku tak pernah setuju nak nikah dengan Iza. Betul, aku cintakan Iza. Tapi, selepas jump Amna, aku sedar. Bila kita mencintai seseorang itu bukan bermakna dia sesuai dengan kita. Melihat dia bahagia adalah satu kebahagiaan untuk kita. Mempunyai kesamaan bukan bermakna serasi. Aku lebih serasi dengan Amna. Sebab itu, aku tak setuju nak kahwin dengan Iza. Tapi, dalam masa yang sama, aku nak lihat Iza bahagia. Jadi, aku biarkan dia buat apa saja yang dia suka. Dan biarkan hati isteri aku terluka." Kata Faiz.
Zimi dan Zafuan berpandangan antara satu sama lain. Adha dan Husna juga.
"Sejak pertama kali aku kenal Amna, aku tahu, aku mati kalau dia tak ada. Sebab tu, aku sanggup buat apa saja untuk memiliki dia. Bila aku dah memiliki dia, aku nak kami jadi seperti kawan. Boleh bersembang apa saja. Boleh cerita hati dengan hati. Tapi sebab aku malu nak bagitahu dia tentang perasaan aku. Jadi, aku jadikan Iza sebagai topik. Tapi sebenarnya, apa yang aku katakan perasaan aku pada Iza adalah sebenarnya perasaan aku kepadanya. Sebab aku tak nak dia jauh dari aku. Aku tahu, Amna cintakan aku. Sebab tu, bila Iza kembali, aku jadikan Iza sebagai bahan untuk buat dia jealous. Supaya dia meluahkan perasaannya. Tapi, tak sangka. Dia rasa terancam. Dan dia mengalah." Kata Faiz. Dia mengelap air matanya yang mengalir.
Masih terasa sakit melihat Amna menangis. Bagaikan hatinya dirobek dan diricik halus. Sangat menyeksakan.
"Aku tak mungkin buang Amna hanya untuk Iza. Amna is taitinium. Sangat mahal dan berharga. Sangat penting dalam hidup aku. Setitis air mata dia mengalir, umpama darah aku memancut keluar." Sambung Faiz lagi.
"Aku terkejut gila bila aku balik petang tu, Amna rebah. Walau macam mana pun, aku syukur. Aku ada disisinya sewaktu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku sempat bagitahu dia, aku cintakannya. Sempat aku bisik kat telinga dia. Dia cinta halal aku. Bukan kerana nafsu tapi kerana perasaan itu hadir bersama tanggungjawab yang aku rela untuk tanggung. Sempat juga aku katakan, aku cintakan dia melebihi rasa cintaku pada Iza. Alhamdulillah. Aku sempat ucapkan khalimah syahadah dan dia sempat mengikutnya sebelum nafasnya dicabut." Makin lebat air mata Faiz mengalir tapi dia tetap mampu tersenyum.
"Seandainya aku tak malu nak mengaku yang aku dah jatuh cinta pandang pertama dengannya. Aku rasa, hidup kami tak adalah drama sangat. Pasti aku sempat bahagiakan Amna sepanjang perkahwinan kami." Sambung Faiz bersama sesalan yang tak mungkin mampu ditebus.
Kerana Amna sudah tiada.
"Kenapa kau tak kahwin dengan Iza lepas Amna meninggal?" Tanya Zafuan.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...