Aku rasa, aku boleh jadi kemurungan macam ni. Tekanan yang aku terima, langsung aku tak boleh nak kendalikannya.
Aku cuba untuk tenang tapi aku makin gelisah. Cuba bercakap pada diri, hanya pertunangan. Belum lagi ada apa-apa kepastian.
Aku dan Zimi pun boleh putus. Sebuah perhubungan yang aku dan dia sama-sama suka. Apatah lagi perhubungan tanpa suka.
Bukan kau gelisah sebab takut kehilangan dia ke? Kau dan Zimi lain. Kau suka Zimi. Tapi setakat suka. Tak ada lain.
Tapi suka kau pada Faiz, lain. Kau lebih rela dia jadi kawan kau supaya dia kekal dengan kau, kan? Kau takut nak melangkah jauh dari kawan sebab kau takut hilang dia, kan?
Aku mengeluh.
Kenapa lah otak dan hati aku selalu tak nak bertenang? Kenapa dorang nak seksa aku lagi? Tak cukup ke mama dan ahli keluarga aku layan aku macam ni? Buat aku macam ni? Kenapa organ aku pun nak buat benda yang sama.
Nak hug.
Aku menghantar mesej kepada Zaff di Tinder. Tak pernah aku mulakan apa-apa perbualan. Tapi entahlah. Mungkin aku selesa dengan Zaff.
In real ke?
Saya okey je.Bawa saya lari.
Kenapa ni?
Saya boleh jadi gila.
Tolong, selamatkan saya.Saya tak tau macam mana nak tolong awak.
Kesian pun ada.
Tapi, saya tak mampu nak tolong awak.
Awak pun bukan nak jumpa saya pun.Awak...
Menangis la tu.
Memandai je.
Saya harap saya boleh menangis.
Sekurang-kurangnya, boleh rasa lega sikit.
Agaknya.Kenapa tak menangis?
Awak tengah sedih, kan?
Menangis la.
Tahan buat apa?Bila saya harap, takkan saya tahan lagi.
🤦Hahaha...
Mana la tau.Senget.
Hahaha.Gelak dah.
Ok la tu.Terima kasih.
Tak payah.
Bukan awak nak bagi pun.Bagi apa?
Kasih.
Bagi apa.
Awak kawan saya.
Mestilah saya sayang awak.
Kasihkan awak.Tapi nak jadi kekasih awak.
Hahaha.
Bongok.Setempek je aku bagi tanpa rasa bersalah. Dia pun dah biasa. Dan tak kisah. Kalau tak, dah lama dia marah dan tinggalkan aku.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...