Sekali lagi, aku tak boleh nak tidur. Faiz disebelah sedang lena diulit mimpi. Dan aku terpandang telefon bimbitnya.
Aku ambil dan aku bawa ke buka Instagram. Butang achieve aku klik. Terasa nak baca luahan hatinya. Sejak aku nikahi dia. Ayat-ayat yang aku puji kepuitisannya.
Tanpa sedar, dia menyelinap masuk ke dalam hati. Aku cuba tepis, tapi dia makin melekat dan diam utuh disini. ♥️.
Mungkin dia tak tahu, aku selalu merinduinya. Sejak pertama kali bertemu mata dengannya. Hati ini terlalu gembira.
Dia bukan wanita yang bekerjaya. Yang punya kecantikan dan gaya. Bukan dia. Namun, dia punya keperibadian yang tinggi. Yang buat aku terpikat kepadanya.
Manis senyumannya. Manis lagi bicaranya. Setiap bait kata yang keluar dari bibirnya seperti lagu puisi yang menenangkan jiwa.
Apa guna harta dan wang, andai dia jauh dariku. Hati ini. Rindu ini. Hanya untuk dia. Hanya dia.
Dia merajuk, aku rela untuk pujuk. Dia mencebik, dia meradang, dia memerli. Aku terima dengan tenang. Kerana dia hidupku. Nyawaku. Segalanya untukku.
Aku cuba untuk buat dia bahagia. Namun, dia tetap memilih untuk membahagiakan ku lebih dari dirinya. Sungguh, dia wanita terpuji.
Aku tak pernah salah memilihnya. Berjuang untuk memilikinya. Bersabar dengan penolakannya. Kerana dia benar-benar intan yang tinggi nilainya.
Makin hari, cinta ini makin subur, mekar untuknya. Tak pernah sekalipun, sekelumit pun mahupun seketika ia pudar. Tak pernah.
Aku mati tanpanya. Tanpanya, hanya jasad aku bernyawa. Jiwa aku akan mati bersamanya.
Air mataku makin laju mengalir. Namun, aku masih mahu membacanya. Aku masih mahu menyelami hatinya. Supaya aku yakin, tindakanku adalah tepat.
Kehadirannya melukakan hati dia. Sayang, ketahuilah. Bukan dia yang mendiami hati ini. Hanya sayang.
Bait ayat itu, sangat mencucuk jiwaku. Makin parah. Air mata makin laju mengalir.
"Ibu, kenapa ni?" Tanya Faiz dengan suara seraknya.
"Ibu minta maaf." Dan aku memeluknya.
Maafkan aku suami. Aku telah menyusahkan hidup kau. Menjadi punca semua kekusutan dalam hidup kau.
Maafkan aku.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
AléatoireBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...