Epilog 1

3.6K 67 4
                                    

Adha dan Husna menutup dairi arwah ibu mereka. Zimi dan Zafuan hanya memandang anak-anak mereka yang sudah basah pipi dengan air mata.

"Abi jahat!" Kata Husna.

"Husna, abi kamu baik. Kalau ibu kamu dengar kamu cakap macam ni, mesti ibu kamu sedih." Kata Zimi.

"Tapi ayah..." Husna cuba untuk mempertahankan pendapatnya.

Zimi geleng.

Zafuan menarik Adha. Dipeluknya bahu Adha.

"Ibu kamu terlalu mencintai abi kamu. Kerana itu, dia telan semuanya. Tapi, dia tak pernah benci abi kamu. Langsung tak pernah." Kata Zimi lagi.

"Papa dan ayah rasa, dah masa untuk korang pergi cari abi. Korang dah besar untuk faham. Macam mana pun, dia tetap bapa kandung korang. Yang korang patit hormat. Macam mana ibu korang hormatkan dia." Kata Zafuan.

"Husna tak nak." Bantah Husna.

"Husna, ibu sayang kita. Ibu sayang abi. Bukan abi tak nak jaga kita tapi ibu suruh papa dan ayah larikan kita. Sebab ibu nak abi bahagia. Kini, kita pula kena bahagiakan abi. Itu yang ibu nak." Kata Adha.

Zimi dan Zafuan angguk.

"15 tahun abi korang kehilangan korang. Dia hilang isteri. Dia hilang anak-anak. Papa bincang dengan ayah. Rasanya cukuplah tempoh tu. Korang pun dah besar. Bijak. Dah kami didik macam yang ibu korang minta. Sekarang, tiba masa untuk korang kembali pada abi. Papa janji, kalau abi korang tak boleh jaga macam papa dan ayah, kami ambil korang semula." Janji Zafuan.

"Abi dekat mana, papa?" Tanya Adha.

"Minggu depan kita balik Malaysia. Kota cari abi." Kata Zimi.

Adha angguk.

Zimi pandang Zafuan. Mereka tahu, mereka perlu pujuk Husna.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now