Aku pun tak tahu kenapa aku libatkan diri aku dalam dunia yang ini? Dunia aku, lelaki hanya kawan. Tak lebih, tak kurang. Tak pernah terlintas kat hati aku untuk memiliki dan dimiliki.
Sesekali tu ada, cuma aku abaikan.
Tapi, secara mengejut, Allah gerakkan hati Zimi untuk merisikku. Dan mama terus bersetuju. Kemudian kami bertunang. Dan hampir nikah.
Sudah 3 bulan, masih menunggu untuk tarikh yang baru.
Sekarang ni, Faiz pula asyik merayu mama agar berinya peluang. Sikit pun dia tak pernah minta aku yang berinya peluang. Seakan, perasaan aku ni tak penting.
Yang paling aku tak sangka, aku terima kehadiran 2 lelaki ink dalam hidup aku. Dengan keadaan kewangan aku yang macam ni. Dengan kesedaran aku dengan tahap kecerdasan otak aku yang kurang. Dan dengan perangai aku dan penampilan aku yang buruk ni. Aku terima lelaki-lelaki ini dalam hidup aku dengan baiknya.
Aku tarik nafas panjang.
Kenapalah aku pilih untuk masuk dalam dunia perasaan ni? Dunia yang paling aku tak nak masuk tu la, dunia yang aku masuk sekarang ni.
Dah miang sangat ke?
Selama ni, aku pilih untuk hidup sendirian. Walaupun hati tertarik pada Zimi, tapi tak pernah pun aku termimpi untuk pergi jauh dari tu. Sekadar suka. Bermain dengan perasaan sendiri. Tanpa impian dan cita-cita. Tanpa harapan dan keinginan untuk bersama.
Sekarang ni?
Aku yang sesak dan semak. Mama suruh aku fikir sendiri. Zimi atau Faiz. Akal aku bulat. Zimi adalah pilihan aku. Tetap Zimi kerana Zimi tahu hampir semua tentang kehidupan aku. Dari dulu hingga kini.
Alasan mama, mak Zimi dah 2 bulan sedarkan diri. Dan sudah semakin sihat. Tapi mereka masih gantung aku. Mama kata, seolah-olah, aku ni yang berharap sangat. Sedangkan orang disana tak sudi. Dan tindakan mereka tu, seolah-olah gantung aku tanpa tali. Buat aku tertunggu-tunggu. Tanpa ada keputusan yang pasti.
Aku tak tahu. Zimi masih seperti biasa denganku. Masih selalu hubungiku. Masih macam dulu. Dekat tapi jauh. Bezanya, dia rajin hubungi aku, membeli jiwaku, dan rajin juga ke rumah. Tapi sekadar itu.
Mama tak bagi aku tanya. Mama kata, jangan tunjuk kita yang terhegeh-hegeh nak dengannya. Maruah diri harus dipelihara. Jangan jadi perigi cari timba.
Mama suruh aku fikirkan dan terus bagi keputusan kepada Zimi. Teruskan, bermakna aku perlu menunggu sehingga Zimi dan keluarganya datang menetapkan tarikh baru penikahan kami. Kalau tidak, putuskan saja pertunangan kami.
Akal aku pilih teruskan. Sementara menunggu, aku boleh merawat diriku. Agar hubungan yang dibina nanti lebih mudah dan dipermudahkan terutama untuk mendapatkan anak.
Hati aku pula pilih untuk berpisah. Kerana aku tak suka menunggu. Dan aku tak suka digantung begini. Aku tak suka buat hatiku pedih, dan sedih.
Bukan sebulan aku digantung begini, sudah 3 bulan. Mama kata, tempoh tu terlalu lama. Dan kalau aku pilih untuk menunggu, kemungkinan masa tu boleh jadi setahun atau bertahun lagi.
Aku tak tahu. Bolehkan aku buat seperti biasa? Follow the flow.
Atau, aku terus saja membujang sampai ke tua. Itu memang perancangan hidup aku. Bujang sampai tua. Kan?
Jadi, sama ada menunggu atau putus, kedua-duanya boleh pergi ke keputusan yang sama. Kan?
Membujang.
Faiz?
Aku malas nak fikir. Macam mana pun, dia tetap tetamu yang hampir setiap hari berkunjung ke rumahku. Dan dia kawan aku, yang selalu ambil berat tentang aku.Tapi, dia juga selalu merayu mama untuk terimanya sebagai menantu.
Aku tak nak jadi bodoh. Bernikah dengan lelaki yang mencintai wanita lain. Belum harungi hidup bersama, aku dah rasa sakitnya itu.
Jadi, biarlah hubungan kami begini. Nanti, bila Iza dah sedar dan kembali kepadanya, hilanglah dia dari hidup aku.
Kan?
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...