48

780 29 2
                                    

Aku masih menangis. Rasa kejamnya dunia. Kenapa orang buat aku macam ni?

Click!

Tombol pintu bilikku terbuka. Cepat aku berpaling dan mengesat air mataku. Kemudian, aku bangun dan terus bergerak masuk ke dalam bilik air.

"You." Panggil Faiz.

Aku biarkan. Aku belum bersedia mahu berdepan dengannya. Walaupun aku sedar, cepat atau lambat, aku wajib untuk berdepan dengannya.

Biarlah dulu. Bagi aku sikit je masa untuk bertenang. Semoga, lepas mandi ni, aku tenang dan rasional. Boleh berfikir dengan tenang dan matang.

Lama aku mandi. Lebih lama dari biasa. Hingga aku rasa jari aku dah mengecut dek kerana terlalu lama berada dibawah pancuran air pancut.

Aku lap badan dan terus keluar dari bilik air. Berkemban macam biasa aku lakukan. Bukan aku lupa ada lelaki dalam bilik aku, tapi aku lupa bawa baju untuk disalin.

Aku dengan selamba, mengambil pakaian rasmiku dirumah dan menyarungnya ke tubuhku. Aku berdiri di depan cermin. Melihat diriku. Rasa cantik. Aku bergerak ke hujung katil dan duduk. Menyapu lotion ke tubuhku dan menyikat rambutku.

"You." Dan dia mengambil sikat yang sedang menyisir rambutku dan menyisirnya.

Aku biarkan.

"I tahu, you marah." Katanya memulakan bicara.

"Mama buat macam ni, demi kita. Mama risau, kalau tunang, lain jadinya. Dia takut jadi macam you dan Zimi." Sambungnya bila aku diam.

Aku bukan tak tahu kenapa mama buat macam tu. Aku tahu. Aku sedar. Aku faham.

Yang aku marah, kenapa tak bincang dengan aku dulu? Kenapa tak nak dengar penjelasan aku.

Aku bukan tak nak kejar kebahagiaan untuk aku. Tapi, Faiz tak mampu buat aku bahagia.

Dalam tempoh aku dan Zimi dipisahkan dan aku dan Faiz mahu ditunangkan, dia masih meluahkan rasa cinta dan rindu dia pada Iza. Dan apa? Harap aku bahagia? Harap aku diterima dengan sepenuh hati? Harap rumahtangga kami akan kekal selamanya?

Aku sendiri tak yakin. Langsung.

Aku tak setuju untuk ditunangkan. Tapi aku fikir, dalam tempoh bertunang tu, bolehlah aku pujuk mama supaya batalkan pertunangan kami. Agar, aku cukup masa pujuk Iza untuk terima Faiz.

Tapi, hari sepatutnya aku bertunang sudah menjadi hari aku dinikahkan. Rupanya, semua orang dah rancang jadikan ianya majlis pernikahan aku dan Faiz.

Ada ke orang dalam siatuasi aku ni jadi gembira? Bahagia? Tolong ajar aku macam mana aku nak gembira dan bahagia dengan suami yang mencintai perempuan lain.

Aku tahu, untuk aku bahagia, aku kena redha dan terima dengan sepenuh hati. Hanya aku yang mampu buat diri aku bahagia. Cara yang aku tahu dalam keadaan sekarang ni, unfollow dia di Instagram. Dan aku dah pun lakukan itu selepas aku dinikahi.

Walaupun aku sangat nak tahu, apa yang Faiz akan tulis. Tapi aku takut nak baca.

Lagikan dia tahu yang dia bakal nikahi aku pun, masih meluahkan rasa cinta dan rindu. Masih mengharap Iza kembali kepadanya seperti dulu. Takkan la dah nikah boleh berubah.

Ada kemungkinan. Dan ianya semua kerana terpaksa. Terpaksa lepaskan Iza untuk aku?

Tiba-tiba aku rasa lawak. Aku gelak. Sinis.

"Kenapa you gelak? I cakap serious ni. Jangan marah mama. Jangan marah sesiapa. Terima semua ini sebagai jodoh kita." Katanya.

Aku geleng.

Aku ambil sikatku ditangannya dan letakkan ke tempat asalnya. Kemudian, aku jalan ke luar ke arah pintu bilik. Aku nak keluar. Semak dan sesak.

"You nak pergi mana?"

"Keluar."

Dia pandang aku. Dengan kening diangkat. Muka tak puas hati.

"Pakai tudung. Tukar seluar." Arahnya.

Aku pandangnya. Berkerut.

"I suami. Nak tanggung semua dosa you." Sambungnya.

Aku jeling. Aku kembali ke katil. Bilik ini kecil. Katil hanyalah satu-satunya tempat untuk duduk. Selain duduk dilantai.

"Kita pindah esok. Duduk rumah I." Putusnya.

Aku diam.

"Senang you nak bebas dalam rumah. Tak adalah terperuk saja dalam bilik. Nak keluar bilik kena pakai proper. I know your brother in law selalu masuk rumah ni tak kira waktu. And I tak suka." Sambungnya.

Aku masih tak berkutik.

Kalau hal sebesar nikah pun, orang tak bertanya pendapat aku. Aku tak kisah dah. Nak pindah ke. Nak apa ke. Ikutlah. Aku malas nak kisah. Aku malas nak ambil tahu.

Aku ikut je.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now